Monday 1 February 2016

Borang Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu: Tarikh tutup: 15 April 2016

Borang permohonan rasmi program ‘Keluarga Generasi TTB: Perkahwinan Perdana’ tahun 2016. Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 kini dibuka secara rasmi mulai 1 Februari 2016 sehingga 15 April 2016. Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu ini terbuka kepada semua rakyat Terengganu yang berkelayakan. Berikut ialah cara memohon perkahwinan Perdana 2016 Terengganu.

Syarat-Syarat Permohonan Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu

1. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
2. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
3. Perkahwinan adalah kali pertama
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM3,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
10. Pemohon dan pasangan bersetuju untuk bernikah pada 14 Mei, 2016 (Sabtu) dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
11. Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
12. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Cara Memohon Perkahwinan Perdana 2016 Terengganu

1. Borang permohonan boleh dibeli di Ibu Pejabat YPKT dan Pejabat YPKT Cawangan dengan bayaran RM2.
2. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan perlu dikembalikan semula sebelum/pada 15 April 2016 bersama dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
i. Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
ii. Slip pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
iii. Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
iv. Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)

SUMBER: TERENGGANU TIMES

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...