Wednesday 18 May 2016

Buat Donut Guna Rice Cooker

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share cara bagaimana buat donut di asrama terutamanya bagi yang tak ada dapur. So aku yang tinggal di asrama ni memang tak da dapur untuk masak. Siapa cakap guna rice cooker tak boleh masak macam-macam. Setakat ni aku dah masak nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun sup tom yam, k.teow goreng, pop corn, jemput-jemput, mee rebus, nasi minyak, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur nasi, chakoi/kayu kamat dan donut hanya dengan menggunakan rice cooker. Menarik kan. 
So hari ni aku nak share cara-cara buat donut guna rice cooker. Resepi ni aku ambil daripada Resepi Donut Mudah dimana resepinya adalah seperti dibawah. 
Bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 1 peket mauripan
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 4 sudu besar minyak (aku ganti dengan margerin)
  • 2 sudu besar susu tepung (aku ganti dengan susu pekat)
  • 1/2 cawan air suam
  • Air suam secukupnya
Cara:
  • Bancuh yis dengan air suam 1/2 cawan. Godak sampai larut. Dan tepikan. (Biarkan sehingga 10 minit). [jangan campurkan yis dengan garam, pengalaman aku, aku campurkan garam dengan yis, terus tak aktif/ tak jadi/tak kembang yis tu]
  • Lepas tu ambil besen, masukkan tepung, gula, garam, susu tepung dan gaul.
  • Masukkan bancuhan yis tadi dan uli. 
  • Teruskan masukkan air sikit-sikit dan uli. 
  • Pastikan uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  • Lepas tu biarkan 45-60 minit.
  • Dan lepas waktu menunggu. Bolehlah mula buat bentuk donat.
  • Ambil sikit doh, ikutlah nak besar ke kecik. Bulatkan, kemudian tekan bagi leper sedikit. Basahkan jari. Dan cucuklah di tengah-tengah untuk buat lubang.
  • Trick: Buat dulu bulat kecil sampai habis doh. Lepas tu barulah lubangkan. Cepat kerja.
Sumber: Resepi Donut Mudah 












  • Aku guna gula aising, maklum la tak da blender di asrama. 
  • Buat sendiri lagi puas hati daripada beli kat luar. Makan time panas-panas lagi. Sangat sedap.
  • Yang kat bawah ni resepi Sheila Rusly. Aku just share. Kalau korang nak cuba pun boleh. 



Resepi Sheila Rusly


Resepi Donut Lembut dan Gebu
Bahan-bahan
500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.


Ni menu-menu yang pernah aku masak before ni

Mee Rebus


Kari ayam instant 


Nasi Goreng Kampung


Bihun Tom yam (But Bihun Letak Asing)


Mee Goreng


K. Teow Goreng

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...