IKLAN JAWATAN KOSONG
YAYASAN TERENGGANU 2016
Permohon adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan sahaja bagi
memenuhi jawatan-jawatan berikut : -
1. JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)/GURU
INTERIM GRED DC41 BAGI SUBJEK BERIKUT :-
i) Bahasa Melayu
ii) Bahasa Arab
iii) Sains
iv) Bahasa Inggeris
v) Teknologi Maklumat
vi) Matematik
vii) Bahasa Arab Asing
viii) Pendidikan Agama Islam
ix) Kaunselor
x) Quran
xi) Sejarah
xii) Kemahiran Hidup Bersepadu
xiii) Geografi
2. PENEMPATAN : Sekolah Menengah
Imtiaz Yayasan Terengganu
3. TARAF JAWATAN : Sandaran
4. * KADAR ELAUN BULANAN
5. SYARAT LANTIKAN :
i. Terdiri daripada warganegara Malaysia serta rakyat Negeri Terengganu Darul
Iman.
ii. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah
iii. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf
iv. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga (3)
mata pelajaran lain.
v. Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan
kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), mata pelajaran Agama Islam Tinggi atau Empat (IV) Senawi
atau setaraf dengannya.
vi. Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang
rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan
kepentingan Perkhidmatan.
6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :
Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
UNTUK MEMOHON: KLIK SINI ATAU PERMOHONAN ONLINE GURU SANDARAN TERENGGANU
No comments:
Post a Comment