Monday, 16 July 2018

Resepi Kek Pisang Mudah Menggunakan Blender Sahaja

Bahan-Bahan:
1. 1 cawan pisang (dilecek)
2. 1 biji telur ayam
3. 1 cawan minyak masak, nak sedap minyak jagung la
4. 1 cawan gula (saya kurangkan sedikit, bergantung kepada kemanisan pisang itu)
5. 1 penutup esen pisang, kalo tak de pun letak esen vanilla pun tak pe
6. 1 1/2 tepung gandum (diayak)
7. 1 sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:
1. Blend telur dengan gula sampai bertukar warna menjadi putih dalam 3-5 minit
2. 
3. kemudian masukkan pisang yang telah dilecek bersama dengan minyak masak n esen pisang. Blend sehingga hancur.
4. Dibekas yang lain, masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat yang telah di ayak ke dalam satu bekas. 
5. kemudian masukkan hasil blend ke dalam tepung. kacau dengan senduk sehingga sekata.
6. sapukan acuan bekas kek dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat dengan acuan 
7. isi adunan tadi ke dalam acuan dan kukus (api besar) sehingga 15-20 minit
8. pastikan penutup pengukus ditutup dengan tuala atau kain supaya wap tidak jatuh ke dalam adunan kek. 

Satu adunan boleh dapat 17 biji bentuk love cm kat bawah ni :) 



Resepi ini adalah daripada siraplimau.com

# resepi kek pisang mudah dan gebu
# resepi kek pisang kukus
# resepi kek pisang blender
# resepi kek pisang tanpa mixer
# resepi kek pisang tanpa oven
# resepi kek pisang jimat kos
# resepi kek pisang semudah ABC

Monday, 9 July 2018

Kacang Buncis Masak Kicap

Bahan-bahan:
1. kacang buncis
2. bawang besar (mayang)  + putih (pukul dengan lesung je)
3. belacan
4. cili boh
5. Air
6. Kicap
7. garam, ajinomoto


Cara-caranya:
1. tumis bawang, masukkan belacan, cili boh
2. kemudian masukkan kicap n sedikit air
3. masukkan kacang buncis
4. perasakan dengan garam, ajinomoto siap. 

Tumis Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
1. Ikan tongkol (potong ikut saiz yang anda suka)
2. bawang merah+putih+halia
3. lada lumat
4. Belacan
5. asam keping
6. Garam, ajinomoto

Cara-cara:
1. tumis bawang merah, putih, halia
2. kemudian masukkan lada lumat, belacan dan asam keping
3. masukkan sedikit air
4. masukkan ikan
5. dan perasakan dengan garam n ajinomoto

Sayur Lemak Terung

Bahan-bahan:
1. Terung (buang kulit dan potong ikut saiz yang ada suka)
2. air
3. belacan
4.garam
5. ajinomoto
6. santan


Cara-cara:
1. masukkan kesemua bahan, kecuali santan
2. masak hingga mendidih
3. apabila mendidih masukkan santan
4. Kacau seketika, siap

Sup Sayur Chalong (Bebola Ikan) Terengganu

Bahan-bahan:
1. Bawang merah+putih+halia
2. Serbuk rempah sup
3. lada hitam
4. Isi ikan
5. Carrot, batang saderi, bunga kobis, daun sup, daun bawang
6. garam, ajinomoto


Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian masuk kan serbuk rempah sup dan lada hitam yang telah diblend. 
2. Masukkan air dan sayuran seperti carrot, batang saderi, bunga kobis. 
3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto
4. Apabila mahu mendidih masukkan daun sup dan daun bawang dan bebola ikan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...