Hai ... Ramai yang bertanya pada saya tentang itinerary saya ke Thailand. Kali ini agak berlainan sedikit kerana kami ke sana bawak masuk kereta sendiri.. hehehe..
Well, tak ada la susah sebenarnya nak menyeberang ke sana dengan kenderaan sendiri. Destinasi kali ni antara tempat yang popular di Thailand iaitu Hatyai-Krabi-Phuket. Disebabkan ramai yang bertanya & nak tahu macam mana prosedur bawak kenderaan ke sana boleh la tengok itinenary saya ni.
6.11.2015
Me & husband memulakan perjalanan kami dari Selangor ke Bukit Kayu Hitam, Kedah iaitu border yang memisahkan Malaysia & Thailand. Hikss. Sampai di sana kami berdua menunggu rakan2 konvoi yang lain tiba untuk kami bertolak sama2 masuk ke sempadan. Oh ya jangan lupa isi minyak kereta you all penuh2 ya before masuk sebab minyak di sana lagi mahal dari tempat kita. hehe. Bila semua dah cukup korum kami dah ready nak masuk ke Thailand (waktu ni dalam pukul 8 malam waktu Malaysia). Yeayyy excited nak g jalan2 you all boleh bawak dokumen2 berikut untuk bawak masuk kereta ke sana:
1. Geran Asal Kereta (belakang & depan)
2. Pasport
3. Insurans kereta untuk masuk ke Thailand
Mudah je kan dokumen yang kena prepare. Ok sekarang saya nk cerita cara2 masuk ke sana. Sebelum terjah ke kaunter imigresen Malaysia pastikan anda telah membeli insurans untuk kereta anda. WAJIB ada! Tak perlu risau fikir mana nak beli insurans ni sebabnya sampai je area pekan Changlun berlambak-lambak ada kedai2 kecil yang jual insurans ni tau. So ikut kata hati anda nak beli dengan kedai mana satu grin emoticon Bila dah ada semua dokumen di atas u all boleh la dengan senang hati drive ke kaunter Imigresen Malaysia dengan kereta. Tak perlu turun kereta tau ala2 macam u all drive through kfc. Hihi. Di kaunter ni imigresen kita akan bagi passport kita then lepas selesai boleh la terus drive ke kaunter imigresen Thailand pula. Di sini bukan drive through macam tadi tau kat sini u all kena park kereta then beratur di kaunter. Apa borang yang perlu ada & cara2 beratur?
1. Passport
2. Borang TM6 Arrival & Departure (boleh dapatkan di kaunter)
3. 2 set borang TM2 Information Conveyance & TM3 Passenger List (1 set akan di beri kepada pegawai imigresen & 1 set lagi kita akan serahkan bila nak balik Malaysia).
4. Selesai isi semua borang diperlukan, setiap penumpang kereta dikehendaki beratur bawak passport, borang TM6 & RM1 untuk bayaran di kaunter. Di sini muka anda akan di scan oleh kamera so jangan terkejut pulak.. hihi
5. Selesai step no. 4, pemilik geran kereta kena beratur di kaunter satu lagi and bawak bersama geran kereta, borang TM2 & insurans kereta. Serahkan kepada pegawai imigresen borang2 tersebut. In return diorang akan bagi satu borang bertaip dengan details pemilik geran and pemilik kena tandatangan borang ni. AWASSS! Jangan sesekali hilangkan borang ni kalau u all nak balik ke Malaysia sebab nanti akan diserah kepada mereka semula bila kita nak balik Malaysia.
Selesai semua urusan di kaunter akhirnya kami berjaya bawak masuk kereta ke Thailand. Hoorayyy!!! Kami stop di 7-E Danok untuk beli simkad pakai buang. THB100 untuk simkad then THB200 topup untuk guna plan internet. Penting sebenarnya internet access ni untuk communicate dengan kawan2 konvoi yang lain and semestinya untuk guna waze kalau anda tersesat tongue emoticon After that kami teruskan perjalanan dari Danok ke Hatyai. Perjalanan kami memakan masa selama 1 jam.
Sampai di Hatyai kami tak check in hotel lagi tapi kami terus ke area Bandar Hatyai untuk makan udang galah. Kedai udang ni betul berhadapan Pink Lady Complex (boleh waze untuk ke sini). Berbaloi-baloi dengan harganya & udangnya memang fresh & besar2!1pinggan ni hanya THB300. I likeeee heart emoticon Selesai bagi perut kenyang kami terus ke destinasi hotel kami untuk check in di Boom Forest Hotel (1 malam harga THB1000) Jom berehat untuk aktiviti esok pula
7.11.2015
Hari ni kami nak explore Hatyai sebelum bertolak ke Krabi. Selepas check out hotel, kami ke bandar untuk breakfast. Kami ke Restoran Salma. Jangan risau tentang makanan halal sebab restoran ni restoran muslim harga juga berpatutan bagi saya & yang penting sedap juga masakan di sini. Selesai makan kami shopping area tepi jalan di sini. Banyak kedai2 yang jual baju, kekacang & macam2 lagi lah. Then our next destination is Magic Eye 3D Museum bersebelahan Greenway Shopping Mall. Harga tiket bagi dewasa THB400 termasuk pertunjukan magic selama 40 minit. Museum ni 2 tingkat penuh dengan 3D art. Kalau sejam tu rasanya memang tak cukup la masa nak spend kat sini. Overall memang best untuk bergambar kenangan.
After that, kami ke destinasi yang saya memang tak sabar2 nk pergi iaitu ke Klonghae Floating Market. Apa yang best kat sini? Bagi saya semestinya makanan yang dijual di atas sampan di sini. Semua makanan murah dan yang penting memang sedap. Kat Malaysia tak jumpa rasa macam ni wink emoticon Macam2 kami cuba makanan di sini & total cost hanya THB200 je untuk 2 orang makan. Like Like. Selain makanan, di sini juga ada jual barang2 cenderamata seperti T-Shirt, magnet fridge dan lain2. Bagi muslim, di sini juga ada disediakan surau kecil untuk anda melakukan ibadat
Next destination is kami ke Hatyai Ice Dome. Ice Dome ni terlatak di dalam Hatyai Municipal Park. Kat sini ala2 Icity Snow Walk di Shah Alam. Alang2 dah datang tempat orang ni kami cuba je la masuk sini nk try best ke idok. Tiket dewasa berharga THB300 dan anda akan diberikan jaket berserta gloves. Kalau tak bagi benda alah tu memang membeku la kami kat dalam ni. Dia punye sejuk mak aihhh kalah Icity.. Hahaha. Dah puas sejukkan badan kami meneruskan perjalanan ke Krabi. Jarak perjalanan dar Krabi ke Hatyai memakan masa selama 4 jam. Waktu ni kami bertolak dalam pukul 8 malam dari Hatyai and sampai di Krabi dalam pukul 12 pagi tengah malam then terus check in di Aonang Viva Resort untuk 2 malam (harga hotel untuk 2 malam THB3900) grin emoticon
8.11.2015
Kami mulakan aktiviti kami pagi ni dengan island hopping. Sebelum tu kami isi perut dulu dengan pulut ayam. Ce teka harga berapa? THB20 only tongue emoticon Untuk island hopping kami ambil pakej 4 island tour. U all boleh pilih nak naik long tail boat atau speed boat. Kami pilih speed boat. Nak ke jeti tak perlu susah2 nanti ada driver akan pick up u all di hotel u all. Pick up service ni dah termasuk dalam pakej tau. Me is so excited nak tengok keindahan Krabi walaupon tak reti berenang angan2 ku tinggi sungguh nak snorkeling. Nasib la husband layankan jua kerenahku ;P Pakej 4 islands ni merangkumi :
4 islands: Tup & Mor Island, Chicken Island, Poda Island & Railey Cave
Harga: THB1200 per adult
Transporatation: Speed Boat
Lunch: Disediakan berseta minuman (Halal)
Snorkelling: 2 kali termasuk peralatan snorkeling
Masa : 10 pagi – 4 petang
Habis aktiviti snorkeling kami balik berehat secukupnya sebab plan nak ke pasar malam di Krabi Town malam ni. Hihi. Di pasar malam, pelbagai ragam orang di sana kami boleh lihat. Makanan halal? Jangan risau tak susah cari peniaga muslim di sini. Kalau dah ke Krabi memang tak sah kalau tak cuba pancake diorang yang famous amos tu kann. Sekali rasa memang nak tambah lagi. Woihh bahaya betol.. haha.. Macam2 saya try antaranya original flavor, nutella flavor & banana choc flavor. Memang semua sedap2 la harga pula tak mahal THB40-THB60 je. Like lagi like emoticon Dah habis pusing pasar malam kami balik hotel untuk berehat & sambung aktiviti esok pula grin emoticon
9.11.2015
Selesai check out kami breakfast di restoran halal berdekatan dengan hotel kami tinggal. Memang tak susah cari yang halal di sini Selepas selesai isi perut, kami teruskan perjalanan ke Phuket. Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa dalam 2 jam. Dalam perjalanan kami stop di stesen minyak untuk isi minyak kereta. Memang berbeza harga di sini dengan Malaysia. Setiap pam petrol tidak semestinya sama harga petrol mereka. Lain kan dengan sistem kita? Sebelum masuk Phuket berhenti dulu tepi jalan ambik gambar kenangan di signboard ni Takde keje betul kak kiah ni.
Sampai di Phuket kami check in dekat Di Pantai Boutique Beach Resort (harga 2 malam THB3000) di area Patong Beach. Btw, hotel ini menyediakan breakfast halal untuk guest di sini. So tak perlu risau nak cari makan di mana. Aktiviti hari ni tak banyak memandang semua dalam keletihan lagi so we decide berehat saje di hotel and keluar untuk dinner je.
For dinner, kami makan di kawasan Masjid Nurul Islam Patong Beach. Kedai makan kami betol2 berdepan dengan masjid. Kalau nak cari makanan halal better u all datang di area masjid ni memang banyak kedai yang halal. Dan semestinya masakan Chef Thailand memang tak mengecewakan perut saya. Kerabu sotong & tomyam dia perghhh memang kaw kaw bak hang grin emoticon After makan, kami round2 Phuket town dengan kereta and berhenti untuk melihat kawasan tumpuan utama pelancong asing di Phuket iaitu Bangla road. Bila lagi nak tengok tempat orang kan alang2 dah datang. Ada apa di Bangla Road? U all boleh google sendiri. After that, balik hotel & kroh3. grin emoticon
10.11.2015
Aktiviti hari ni kami ke Phuket Tiger Kingdom. Alaa yang orang dok ambik gambar lentok dengan cik rimau tuu. Memang tak laa saya nak masuk. Seram plak rasanya. Tengok dari jauh je laa. Haha. Disebabkan saya tak masuk ni saya bagi info harga tiket untuk masuk bermanja-manja dengan sang belang ni. Harga bermula dari THB800 – THB1000. Lagi kecik sang belang tu lagi mahal harga tiket. Amacam ada berani tak? ;p
After that kami ke Elephant Trekking. Maaf lerr ni cerita tahun lepas so saya dah x ingat dh nama tempat gajah ni.. Hoho.. Besar betul gajah kat sini. Dah nama gajah memang la besar ye dok grin emoticon Di sini ada guide tour yg terangkan dekat anda cara2 nak naik gajah ni. Kalau u all takut nak naik u all boleh bagi makan dekat gajah ni atau bergambar dengan diorang. Wuhuuuu… harga untuk elephant trekking THB800 seorang, harga untuk elephant feeding & kalau nak ambil gambar dengan cik gajah ni hanya THB100 je.
Aktiviti kami di Phuket kali ni lebih kepada santai2 je so tak banyak sangat ambik gambar. Betul2 enjoy dengan pemandangan di sini. Handphone letak tepi dulu… Kalau u all nak jalan2 di shopping mall u all boleh ke Jungceylon Mall terletak di Patong. Banyak gak barang2 branded di sini. Kami juga singgah ke Premium Outlet Phuket tapi agak jauh sikit dengan Jungceylon Mall. Bagi saya takde la best sangat outlet ni. Best lagi JPO. Hihi..
Tak sah kalau datang Thailand tapi tak try massage di sini kan. Sepanjang jalan di Bandar Phuket u all boleh Nampak kedai2 spa yang menawarkan pakej massage ni. Kena pandai2 la survey harga kalau nak yang betul2 murah. Hari tu saya ambil pakej body massage THB250 saje. Memang rasa fresh bila dah habis massage. Hilang penat berjalan.. hihi
11.11.2015
Selepas check out and having breakfast, kami nak pusing2 Pantai Phuket sebelum balik Malaysia. Kalau ke Phuket u all wajib datang ke Karon View Point. Kat sini u all boleh view Phuket dari tempat tinggi ala2 macam Ampang point tu untuk view KL. Tempat parking memang susah jika datang dengan kereta kecuali u all datang dengan motor memang senang nak parking. Memang ramai yang datang sini nak tangkap gambar.
Selepas Karon View Point kami singgah di Karon Beach. Waktu ni pagi lagi so tak ramai lagi omputeh berjemur. Air pantai di sini tenang & bersih. Memang terpukau mata & rasa tenang je. Tak nak balik boleh tak?? ;p Oh ya sebelum balik, kami singgah sekali lagi di bandar Hatyai untuk makan2 di Restoran Salma & shopping lagi untuk buah tangan keluarga & kawan2.
Dah habis aktiviti shopping kami bertolak ke Malaysia melalui Danok-Bukit Kayu Hitam. Prosedur untuk balik Malaysia?
1. Drive ke imigresen & park kereta di ruang disediakan.
2. Semua penumpang kereta kena turun beratur untuk cop passport, RM1 untuk bayaran & scan muka u all.
3. Borang TM2 & TM3 berserta dengan borang printed yg korang x boleh hilangkan tu kena beri kepada pegawai imigresen & tandatangan.
4. Selesai part imigresen Thailand then terus pandu lalu ke kaunter imigresen Malaysia & serahkan passport.
That’s all. Sekarang u all dah berada di Negara Malaysia. Tanah air tercinta. Hikks. heart emoticon
Terima kasih daun keladi yang sudi baca. Harap2 dapat la share experience sama2 Boleh tengok gambar saya share untuk lagi jelas & sesetengah tempat yang saya mention ada yang saya tak ambil gambar pon sebab dah syok sangat menikmati pemandangan sampai lupa kt gajet semua tu. heee
Insurans kereta yang wajib ada kalau nak bawak kereta masuk Thailand |
udang galah yang fresh di Hatyai. Boleh waze Pink Lady Complex. Kedai ni betul2 di hadapan complex ni. Oh ya waktu malam je ade. Siang hari kalau cari memang x jumpe aaa.. |
Check in di Aonang Viva Resort Krabi |
Pulut ayam THB20 only |
4 islands hopping package |
4 islands hopping package |
Sumber: Rozlyn Farah Diana
No comments:
Post a Comment