Monday 14 March 2016

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2016 Kini Dibuka 15Mac-15April 2016

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu Kini Dibuka mulai hari ini 15Mac 2016 hingga 15April 2016. Pendaftaran boleh dibuat secara online  melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/?mod=semakan ini atau KLIK SINI 

Syarat Kelayakan
1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
3. Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4. Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5. Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu. (Pasal syarat ni, korang apply je, sebab saya ada tanya dengan org JKKK, dia cakap isi je borang ni. Tak join sukarelawan pun tak pe.)
6. Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7. Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

CARA-CARA MENGISI PERMOHONAN
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online  melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/?mod=semakan ini atau KLIK SINI.
2. Laman web yang akan keluar adalah seperti berikut.
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian klik semak

4. selepas tu buat pilihan anda, sama ada cyber orang muda, saf orang muda dan lain-lain, kemudian klik PERMOHONAN BARU. Klik je mana-mana yang korang suka. 

5. Semak kelayakan sama ada anda memenuhi kelayakan atau pun tidak, kemudian klik SAYA SETUJU. 

6. Dah siap isi, korang cetak la borang tu. Lepas tu sertakan dengan salinan IC korang dengan slip gaji ataupun pengesahan pendapatan. Kalau korang tak da slip gaji buat borang cam kat bawah ni atau nak senang cerita minta dengan JKKK. Biasanya dorang ada borang pengesahan pendapatan bagi yang tak da slip gaji.


Kalau kes yang tidak bekerja ataupun masih dalam pengajian boleh buat borang camni.
7. Da siap tu boleh la hantar je JKKK. 
8. Harap info ni membantu korang. Waallahu'alam. 


SUMBER: iDANATB

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...