20/07/2016
1. Pergi ke laman utama ZAKAT MAIDAM atau
KLIK SINI
2. Klik Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS
3. Berikut adalah syarat permohonan, Kemudian klik Borang Permohonan
4. Masukkan nombor Kad pengenalan anda
5. Isi maklumat anda
6. Hantar Permohonan
7. Cetak borang permohonan anda
8. Borang hendaklah disekalikan dengan surat tawaran belajar, salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa, pengesahan pendapatan ibubapa, salinan akaun bank berserta salinan akademik. Boleh rujuk di bawah.
9. Borang permohonan hendaklah mendapat pengesahan JKKK.
10. Borang boleh dipos atau hantar ke Jabatan Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam masa dua minggu selepas itu.
11.08.2016
Hari ni aku check status permohonan ni. So aku buka lah laman web MAIDAM untuk check status permohonan aku sama ada layak ke tak. Tengok-tengok permohonan aku lulus. Happy nya. Tak terkata. Syukur Alhamdulillah. Rupanya cepat juga dorang urus permohonan aku. Padahal yang aku mohon tu hari 20/07/2016, hantar borang tu kalo tak silap 28/07/2016, tengok-tengok tadi 02/08/2016 da keluar keputusan. Da la hantar lambat, by pos lagi borang tu. Alhamdulillah dapat rm1500. Syukar sangat. Dapat tampung untuk bayar yuran pengajianku bulan 9 ni. Terima kasih ya Allah. Terima kasih kepada pihak MAIDAM. Jasa-jasa anda amatlah saya hargai. SYUKUR ALHAMDULILLAH...