Friday 15 January 2016

Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu: Tarikh Tutup 31 MAC 2016

 Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) kini dibuka dan akan ditutup pada 31 MAC 2016 ( Khamis ).

• Bagi Pelajar persendirian yang belum pernah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS hendaklah mengisi pada ruangan “ Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara”

• Manakala bagi pelajar yang telah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS pada tahun lepas hendaklah mengisi pada ruangan “ Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.


• Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian ( Online ) dipautan http://www.espmb.com/maidam_zakat.

• Sila gunakan Google Chrome Sebagai pelayar.

• Permohonan online yang dicetak bersama dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Unit Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) sebelum 31 MAC 2016.

• Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada dermasiswa@gmail.com atau Hubungi 09-6303030 samb Unit Agihan Zakat ( Bantuan Zakat IPTA/IPTS )

• Tarikh Tutup Permohonan pada 31 MAC 2016.

Sumber:  MAIDAM (PUSAT URUSAN ZAKAT TERENGGANU)



SYARAT-SYARAT BANTUAN DERMASISWA & BANTUAN AM PELAJARAN ZAKAT MAIDAM

1. SYARAT-SYARAT UMUM
 
  a.


b.

c.


d.

e.


f.

g.


h.


i.

j.

k.











Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri 
Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.

Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama
menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Pengerusi JKKK.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.

Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi
permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.

Tarikh pembukaan permohonan Bantuan Dermasiswa adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi
atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.

Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke
institusi pengajian berkenaan .

Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.

Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.

Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran
kepada pelajar dalam dan luar negara seperti berikut :-

   i. SIJIL : 2 tahun ( Ma’ahad Bu’uth & Pusat bahasa)
   ii. DIPLOMA : 3 tahun ( Darul Ifta’ dan lain-lain )
   iii. IJAZAH PERTAMA (BA) : 4 tahun
   iv. IJAZAH PERTAMA (BA) : 2 tahun khusus untuk pelajar mu’adalah
   v . IJAZAH PERTAMA (BA) : 6 tahun khusus untuk pengajian perubatan
   vi. IJAZAH PERTAMA (BA) : 3 tahun pengajian qiraat di Mesir.
   vii. MASTER (MA) : 2 tahun.
   viii. DOKTOR FALSAFAH (PhD): 4 tahun.

 
2. SYARAT KHUSUS BANTUAN DERMASISWA:
 
  a.





b.




Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber
pendapatan sendiri atau tetap samada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan
samada elaun atau seumpamanya dari mana-mana sumber samada daripada Yayasan Terengganu atau
badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa 

Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.



3. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN:
 
  a.


b.








Setiap peringkat pengajian samada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja ( Bukan Double Degree)

Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

   i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA.
   ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
   iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
   iv. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
   v. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

 
4. KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN
 
  a.

b.
























c.

Permohonan boleh dibuat secara “online” menerusi laman web MAIDAM www.maidamtrg.gov.my

Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat pejabat MAIDAM beserta dokumen berikut:

   i. Surat Pengesahan dari Jabatan Penuntut Malaysia /Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar
      luar negarayang mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   ii.Surat Pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar tentang status terkini pelajar dalam negara
      luar negarayang mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   iii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iv. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
   v. Keputusan peperiksaan terkini bagi yang berkaitan.
   vi. Surat tawaran belajar.
   vii. Salinan surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Universiti.
   viii. Sijil-sijil akademik.
   ix. Pengesahan bermastautin di Terengganu oleh Amil Zakat/ Pengerusi JKKK.
   x. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
   xi. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 
5. PERHATIAN
 
  a.


b.
















“LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang telah diluluskan salah satu daripada bantuan seperti di atas sebelum ini.

Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta menghantar maklumat berikut untuk tindakan MAIDAM.

   i. Surat Pengesahan dari Jabatan Penuntut Malaysia /Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar
      luar negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar tentang status terkini pelajar dalam negara yang
      mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
   iv. Keputusan peperiksaan terkini bagi yang berkaitan.
   v. Salinan surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Universiti.
   vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
   vii. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 
6. PERTANYAAN :

       Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Jabatan Baitulmal
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my


Sumber: MAIDAM
























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...