( MOHON JASA BAIK UNTUK SEBARKAN)
Assalamualaikum dan Sejahtera kepada sahabat mahasiswa-mahasiswi seluruh negara.
Sejak Rayani Air muncul dalam industri penerbangan kita, pelbagai respon yang kita boleh lihat daripada segenap masyarakat.
Syarikat penerbangan ini mengamalkan sistem Patuh Syariah yang saya secara peribadi sukai.
---
Saya baharu sahaja selesai berbincang dengan CEO Rayani Air,
Dato' Ravi Alagendrran. Beliau ada berita baik untuk kita mahasiswa/i.
Beliau bersetuju untuk memperkenalkan sistem Waran Pelajar. Kami belum berbincang berkenaan keistimewaan Waran Pelajar ini secara terperinci, namun antara keistimewaan yang saya cadangkan;
- Diskaun dari 10-30%
- Elaun Bagasi
- Pertukaran tarikh secara percuma sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh penerbangan.
---
Tugasan utama saya adalah untuk mengumpulkan data mahasiswa/i yang berminat mendapatkan waran ini dari seluruh Universiti Awam di Malaysia.
Saya perlukan bantuan sahabat mahasiswa untuk menghebahkan link google form ini : https://goo.gl/r214tQ
Sila isi, dan kami akan menghubungi anda untuk tindakan yang selanjutnya.
---
Kita harap projek ini dapat direalisasikan. Mohon Sebarkan.
RAHMAN IMUDA
Koordinator,
Projek Waran Pelajar,
Rayani Air.
No comments:
Post a Comment