KENYATAAN AKHBAR
PERMOHONAN UPUOnline KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI & INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) SESI AKADEMIK 2016/2017
1. Permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dibuka pada 18 Januari 2016 (Isnin) mulai jam 12.00 tengah hari melalui Sistem UPUOnline di URL http://upu.mohe.gov.my
2. Permohonan kemasukan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.my
3. Permohonan kemasukan ke UM bagi Program Pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dikemukakan terus melalui laman web MyUM-ID.um.edu.my
4. Semua pemohon diwajibkan memilih 12 pilihan program pengajian yang berbeza dan dibenarkan untuk mengemas kini permohonan tanpa sebarang had. Semua program pengajian yang ditawarkan oleh UA, Politeknik dan Kolej Komuniti telah mendapat akreditasi MQA.
5. Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 15.64 (termasuk GST) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 18 Januari 2016 sebelum mengemukakan permohonan. Kaedah pembelian No. Unik ID di BSN adalah melalui Kaunter BSN dan bagi pemegang akaun GIRO, pembelian No. Unik ID boleh dibuat melalui Mesin ATM dan Online BSN. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan
6. Pembelian No. Unik ID di BSN akan ditutup untuk jualan pada 04 April 2016 manakala Sistem UPUOnline akan ditutup pada 05 April 2016 (Selasa) jam 4.00 petang.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut :
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6767 /6777
No. Faks : 03-8870 6864
E-mel : upu@mohe.gov.my
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Tinggi
22 Januari 2016
No comments:
Post a Comment