Tuesday, 15 March 2016

Enam Cara Mudah Putihkan Ketiak


Perah sebiji limau nipis campurkan dgn sedikit kapur .. 
Lumurkan bahagian ketiak 
Biarkan selama 15 minit 
Kemudian bilas dgn air bersih/air suam
Boleh amalkan 3 kali seminggu

Bersihkan ketiak dgn hirisan timun 
Biarkan selama 15-20minit 
Bilas dgn air bersih/ air suam 
atau
Kepikkan hirisan timun
Biarkan selama 15-20minit
Bilas bersih

Sapu myk zaitun pada ketiak 
Biarkan selama 15-20minit 
Bilas bersih 
** Minyak zaitun baik utk kulit

Bersihkan ketiak menggunakan tawas bersama air suam sedikit

Kunyit bukan sahaja digunakan untuk memasak tapi juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit. 
Anda tidak perlu susah payah menumbuk, 
cukup beli saja di pasar yang sudah dijadikan serbuk. 
Caranya cukup mudah larutkan 2 senduk serbuk kunyit dalam air 
Sapukan di ketiak. 
Biarkan selama 15-20minit
Bilas bersih

3 minggu ketiak berdaki dah hilang
maluuu ketiak hitam, celahan berkarat
bukan malu kt dia je
malu gk tgk diri sndri kt cermin
sapu je 2kali sehari
takpayah scrub , tak payah sental
rm35 sahaja
wasap
0193812533
0193812533
SUMBER: Ferra Malek
BBER6 petua putihkan ketiak ..Boleh amalkan 3 kali seminggu 
Gambar yg ke 6 yg paling mudah😍😘.. 
inshaaAllah berkesan .....

Monday, 14 March 2016

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2016 Kini Dibuka 10 Mac - 11 April 2016


IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2016

Warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan dipelawa memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti kursus-kursus yang disenaraikan:

(A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN
1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)
  (a) Kejuruteraan                 (b)Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  (c) Seni Bina (Architecture) (d) Pertanian
  (e) Perakaunan                  (f) Sains Tulen
  (g)Juru Ukur                         (h) Teknologi Maklumat
   
2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)
  (a) Perubatan                                 (b) Pengajian Islam
  (c) Pergigian                                         (d) Matematik
  (e) Perubatan Veterinar                  (f) Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik)
  (g) Farmasi                                         (H) TESL
  (i) Kejuruteraan                                 (j) Psikologi
  (k) Ukur Bahan                                 (l) Sains Komputer
  (m) Seni Bina (Architecture)         (o) Ekonomi
  (p) Sains dan Teknologi Makanan (q) Perakaunan
  (R) Sains Bioteknologi                         (s) Pentadbiran Perniagaan
  (T)Akuakultur                                         (u) Pelancongan dan Hospitaliti
  (V)Sains Biologi Marin                         (w)Undang-Undang
  (x) Sains Alam Sekitar                         (y) Pengurusan Ladang
  (z) Perikanan                                         (z1) Pertanian
  (z2) Perhutanan                                 (z3) Muzik
  (z4) Komunikasi                                 (z5) Pendidikan
  (z6) Pengangkutan dan Logistik         (z7) Teknologi Maklumat
   
(B) KELAYAKAN MEMOHON
1. Had Umur
  Bagi kursus (A) 1 pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun.
  Bagi kursus (A) 2 pemohon hendaklah tidak melebihi 25 tahun.
   
2. Kelayakan Akademik
  Kursus Diploma
  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar.
   
  Kursus Sarjana Muda
  -Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.5.  Kelayakan ini haruslah diperoleh dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf.
  -Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
  -Lulus Foundation dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5
   
  Perubatan, Pergigian dan Farmasi
  -Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.5 di peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi. Tawaran biasiswa hanya di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)dalam negeri sahaja.
  -Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) kecuali Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.
   
(C) CARA MEMOHON
 
Permohonan dibuat melalui on-line dengan melayari http://www.biasiswa.sabah.gov.my/ mulai   10  Mac 2016. Pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.

   
(D) PERHATIAN
  -Bagi pelajar Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, pemohon bolehlah menggunakan Keputusan Peperiksaan Semester Satu (1) dan mengemaskini semula permohonan apabila keputusan peperiksaan semester terakhir diperolehi dan kemukakan ke Bahagian Biasiswa, JPANS dengan segera.
  -Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
  -Keputusan permohonan boleh disemak melalui online.
  -Kursus-kursus Matrikulasi/Asasi/Foundation tidak ditaja.
  -Tarikh tutup permohonan ialah  11 April 2016. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.
   

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu 2016 Kini Dibuka 15Mac-15April 2016

Permohonan Dana Bakti Remaja Terengganu Kini Dibuka mulai hari ini 15Mac 2016 hingga 15April 2016. Pendaftaran boleh dibuat secara online  melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/?mod=semakan ini atau KLIK SINI 

Syarat Kelayakan
1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2. Jumlah pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
3. Pemohon yang belum berkahwin pada tarikh pengisian borang.
4. Berumur di antara 21 hingga 40 tahun.
5. Hendaklah menjadi ahli dalam salah satu badan sukarela dalam Negeri Terengganu. (Pasal syarat ni, korang apply je, sebab saya ada tanya dengan org JKKK, dia cakap isi je borang ni. Tak join sukarelawan pun tak pe.)
6. Hendaklah memberi khidmat sukarela kepada JKKK, Agensi Kerajaan dan Badan Sukarela.
7. Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa) .
8. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

CARA-CARA MENGISI PERMOHONAN
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online  melalui laman web http://danattb.terengganu.gov.my/?mod=semakan ini atau KLIK SINI.
2. Laman web yang akan keluar adalah seperti berikut.
3. Masukkan nombor kad pengenalan anda, kemudian klik semak

4. selepas tu buat pilihan anda, sama ada cyber orang muda, saf orang muda dan lain-lain, kemudian klik PERMOHONAN BARU. Klik je mana-mana yang korang suka. 

5. Semak kelayakan sama ada anda memenuhi kelayakan atau pun tidak, kemudian klik SAYA SETUJU. 

6. Dah siap isi, korang cetak la borang tu. Lepas tu sertakan dengan salinan IC korang dengan slip gaji ataupun pengesahan pendapatan. Kalau korang tak da slip gaji buat borang cam kat bawah ni atau nak senang cerita minta dengan JKKK. Biasanya dorang ada borang pengesahan pendapatan bagi yang tak da slip gaji.


Kalau kes yang tidak bekerja ataupun masih dalam pengajian boleh buat borang camni.
7. Da siap tu boleh la hantar je JKKK. 
8. Harap info ni membantu korang. Waallahu'alam. 


SUMBER: iDANATB

Thursday, 10 March 2016

Anak Gantung Diri Disebabkan Dapat Nombor 2 dalam Peperiksaan

Love is the most important in our life. Without love there is no life. Today I wanna share a story which is I found from the Facebook. Hope can be lesson to all of us. 

"Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa. 

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita. 

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A. 

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. 

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??” 

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan. 

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”

Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak. 

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih. 

Saya menggangguk. 

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Khairul Hakimin. Muhammad
Takut. 

09/03/2016, Bandar Baru Bangi."

Sumber: FB :Khairul Hakimin Muhammad 

Wednesday, 9 March 2016

How to Banish Ants From Dining Table

Cara Menghalau Semut Daripada Meja Makan

Isteri selalu complaint, semut selalu naik atas meja. Buka tudung saji, tengok semut tengah kendurikan makanan. Terus tak de mood nak makan then ajak kita makan kat luar. Selalu makan kat luar tak elok tuan-tuan, tak sihat, poket suami demam nanti.
Memang tuhan buat orang lelaki ni pantang dengar masalah, mesti otak berputar mencari penyelesaiannya. Bercampur pulak darah patent dalam diri, lagi lah laju (sebenarnya dah tak larat nak dengar hehe).
1. Mula-mula cari stokin yang kau sendiri dah menyampah nak pakai. Atau kau dah jadi pengikut tegar Wak Doyok yang memang tak pakai stokin lagi senang, ambik je mana stokin kau suka.
2. Pastu potong 4. Lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja kau 6, potong 6 lah.
3. Sarungkan kat kaki meja, pastu spray perfume. Ikutlah jenama apa yang isteri kau suka, Ridsect pun boleh, Baygon pun boleh. Jangan guna Versace sudah lah.
Spray keliling untuk kesan yang lebih efektif.
Ok sekarang bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun dah malas nak panjat meja makan tu.
Selamat mencuba. "Happy Wife, Happy Life"
Dah settle satu masalah, sekarang aku dah boleh fokus kerja.
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3
Sumber : Petua Orang Lama & Oh! Media

Tuesday, 8 March 2016

Kenapa Allah Menciptakan Wanita Begitu Lama?


"Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Allah ???"
Allah menjawab:
"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?"
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".
Malaikat menjawab dgn takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa???", tanya malaikat. Allah melanjutkan, Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,
Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, Tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. Allah S.W.T berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. "CINTANYA TANPA SYARAT".

Zoo animals left to die, their dried bodies lying around in Khan Younis

Zoo animals left to die, their dried bodies lying around in Khan Younis
Many animals in a Gaza zoo have died from neglect and starvation since the start of the Israeli-Palestinian conflict in 2014.






How do animals survive in an area where the human lives are not valued at all. Israel is responsible anything that dies in Gaza whether human beings or animals. May Allah SWT help Gaza people.

SOURCE: FB: CCTV

Monday, 7 March 2016

How to Derive Marshallian Demand Function

DIRECT UTILITY FUNCTION

Maximize U(X,Y) = ln(A) + αln(X)+ (1-α)ln(Y) Subject to PxX + PyY = I.
Solve the Marshallian demand function

How to Solve?
Step:

  1. Do the Lagrange as below. (L =  ln(A) + αln(X)+ (1-α)ln(Y) -  [PxX + PyY - I].
  2. Differentiate X, then find Lambda(Equation 1).
  3. Differentiate Y, then find Lambda(Equation 2).
  4. Differentiate Lambda(Equation 3).
  5. Combine the both equation 1 and 3, then you can find whether X or Y. (Equation 4)
  6. The X that you get in step 5 (equation 4), then substitute in equation equation 3. Then you will Y (Y Marshallian). 
  7. After that substitute Y in equation in equation 4 to find X (X Marshallian)
Marshallian demand function
Maximize U(X,Y) = Subject to PxX + PyY = I.
Solve the Marshallian demand function. 
Marshallian demand function
Direct Utility Function

Marshallian Demand Functon


Sunday, 6 March 2016

Trip To Waterfall Sungai Chiling

Perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum.... 6 Mac 2016 merupakan trip kami ke Air Terjun Sungai Chiling. First time pergi aku fikir Sungai Chiling ni macam air terjun Chemerong yang terletak di Dungun Terengganu, dimana sampai sana tak perlu nak hiking bagai, turun kereta je terus jumpa air terjun. Air terjun sungai Chiling ni memang adventure, daripada kaki bukit nak ke puncak air terjun memakan masa dalam 45 minit camtu. So bagi mereka yang minat hiking and adventure boleh try datang sini. 

Gambar di bawah ini adalah pintu utama Sungai Chiling. Kenderaan tidak dibenarkan masuk. So korang parking di luar je ye. Nak datang sini make sure pakai kasut sukan, untuk keselamatan korang juga. 
Entrance Sungai Chiling
Bila da masuk entrance tu korang akan berjalan masuk dalam 5 minit camtu, then korang akan jumpa ni. Untuk pengetahuan korang semua, air terjun Sungai Chiling ni hanya dibuka pada hari jumaat, sabtu dan ahad iaitu bermula 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Make sure korang tak pergi weekdays. Nanti korang yang tersurprise sebab penat-penat ja datang dari jauh. 

lepas tu korang akan jumpa ni. Pondok merah tu merupakan tempat pendaftaran, dimana caj yang dikenakan adalah RM1 seorang. 
Tempat Pendaftaran Sungai Chiling
Lepas da buat pendaftaran, korang da boleh mulakan perjalanan korang untuk ke puncak air terjun. Bagi yang tak nak hiking korang boleh mandi di bawah sahaja. Tapi kebiasaanya dekat bawah tu sesak, ramai orang. Biasanya dorang buat program, camping atau sebagainya. Gambar dibawah ni adalah lintasan pertama yang korang kena lalui. 
Laluan pertama: Jambatan
Lepas korang lalu jambatan korang akan jumpa jalan yang macam ni. Suasana Sungai Chiling ni sangat best. Pokok-pokoknya hijau, udaranya nyaman, dan sangat-sangatlah menyenangkan dan menyamankan. Pelancong asing pun turut datang sini tau. 

Laluan ke Air terjun
Laluan yang korang perlu lalui. Jalannya agak sedikit becak. Tapi tak berapa becak pun. Ok la. 
Ada yang cakap yang kat laluan yang becak camni ada lintah. Hmm. Aku pun tak pasti betul ke tak. Apa-apa pun korang perlu berhati-hati je sepanjang perjalanan korang.
Laluan ke Air Terjun Sg Chiling

Laluan Ke Air Terjun Chiling
Sepanjang Perjalanan korang akan nampak ni
Sepanjang perjalanan sebelah kiri korang, korang akan nampak ni. Ada juga sesetengah daripada pengunjung yang mandi disini.


Ikan kecil
Nah aku belanja korang short video. huhu..
Ok. Yang ni agak adventure. Korang kena naik balak ni untuk meneruskan perjalanan naik korang ke air terjun. Hati-hati ye korang. Bagi kaum hawa sila berhati-hati ye. 
Halangan Pertama Laluan ke Air Terjun Chiling
Lepas daripada balak tu kena jalan lagi. Actually jauh lagi perjalanan. Balak tu hanyalah halangan pertama korang. Selepas tu korang akan nampak ni sepanjang perjalanan korang.



Lepas tu korang akan jumpa ni. First time pergi sini aku fikir da sampai. Rupanya kena redah ni. So terpaksalah buka kasut. Jadi aku sarankan korang bawa selipar jepun sebab lepas sampai penghujung sana tak kan la korang nak pakai kasut lagi kan. Make sure bawa sedia selipar. Kalau korang nak berkaki ayam boleh je, tapi sakit r kaki korang pijak batu-batu sepanjang perjalanan korang ke puncak. 
Halangan Kedua Sungai Chiling
Hati-hati ye lalu ni. Jangan pijak batu-batu besar yang tenggelam. Kebiasaanya batu yang tenggelam tu licin. Kalau korang pijak juga tak tau la. Nasib korang la kalo terjatuh. Huhu.


Ikan-ikan kecil sepanjang perjalanan
Selepas halangan kedua, korang jalan lagi dalam beberapa minit, kemudian korang akan jumpa ni. Titian ke seberang. Korang kena naik ni. Make sure take off selipar korang. Kalau tak, tak pasal-pasal korang jatuh. So be careful ok. 

Halangan Ketiga Laluan ke Sg Chiling
Kemudian, selepas melepasi balak, jalan je dalam beberapa minit korang akan nampak ni. Bagi aku ni lah halangan yang sangat-sangat susah, adventure dan sakit juga lah nak ke sampai di atas.  Aku sarankan korang naik slow-slow tak payah fikir nak cepat sampai. Korang boleh pengsan tau bagi yang ada low blood pressure. Ini pengalaman aku sendiri la. hahaha. Make sure bawa air mineral cukup-cukup. Mendaki ni memerlukan kekuatan mental dan fizikal tau. Korang kena kuat. Yang penting jangan putus asa. Sebab apa? sebab korang da nak sampai da pun. Rugi tau kalau give up. 
Kalau da naik tu tak payah tengok belakang ye. SILA BERHATI-HATI ye. Ni halangan yang sangat-sangat mencabar untuk korang. 
Halangan Terakhir ke Puncak Air Terjun Sg Chiling
Gambar dibawah adalah view selepas korang mendaki. Perggh.. Seram juga kalau tengok ke bawah. Hati-hati ye. Jangan terlalu dekat dengan tebing. 
Views Selepas Mendaki
Air Terjun Sg Chiling
Ok. Korang da sampai puncak da. Jalan je sikit lagi. Dalam 1 minit camtu. Tadaaaa. Da sampai pun. Tu da nampak da air terjun Sg Chiling. 

Air Terjun Sg Chiling
Pesanan aku:
  1. Korang nak mandi tu hati-hati tau. Ni korang berada di puncak tau dimana arus airnya sangat laju.
  2. korang tak payah la sangat nak berbikini bagai. Haisssh.. Mencemarkan pandangan mata betul. Even orang putih pun tak de nya yang berbikini situ.
  3. Yang lelaki pun sama la. Tak payah nak berboxer bagai. Malu pula kepada kaum hawa yang tertengok. 
  4. Kebersihan pun penting juga. Jangan sembarangan buang sampah ye. Plastik-plastik roti, botol mineral jangan buang ye. Simpan je dalam beg. Jaga kebersihan untuk kelestarian alam kita. 
Cadangan aku: 
  1. Pihak berwajib yang bertanggungjawab haruslah menaiktaraf tandas-tandas yang disediakan. Untuk pengetahuan korang, tandas yang disediakan untuk kaum hawa adalah 2 tandas dan 1 bilik air sahaja. Korang yang nak tukar baju confirm kena beratur panjang. 
  2. Pihak berwajib juga haruslah menaiktaraf surau. Untuk pengetahuan korang, surau tersebut sangat kecil dan surau tu umum. Lelaki pun ye. Perempuan pun ye. Dalam erti kata lain surau tu ada 1 je. 
Waallah'ulam

Wassalam......

Saturday, 5 March 2016

ENDOMETRIOSIS MEROSAK PERANAKAN WANITA


Perkongsian darirpada Dr Pakar Sakit Puan terkenal, Prof Dato Dr.Hamid Arshat. 
Semoga bermanfaat

ENDOMETRIOSIS MEROSAK PERANAKAN WANITA.

Mengapa sesetengah wanita mudah diserang penyakit yang berpunca dari darah kotornya sendiri!


Dipercayai daya ketahanannya amat lemah. Mengapa?

  1. Dari kecil lagi tak suka makan sayur dan buah-buahan.
  2. Suka makan fast dan junk foods, makan diproses dan diawet.
  3. Terlalu minat makanan-makanan goreng, manis bergula dan penuh karbohidrat.
  4. Tidak suka makanan tradisional - ubi keladi keledek; sayur-sayur pucuk paku ,ubi cekor manis, daun turi dan lain-lain.
  5. Air kelapa, nenas dan papaya tidak diminum dan dimakan
  6. Terlalu minat burger, hot dog, nuggets kentang goreng. Minuman bergas cola dan lain-lain. 
  7. Terlalu stress hidupnya.
Chocolate cyst atau endometrioma besar. Perut saperti hamil 5 bulan. Ini kali kedua atau recurrent.
Dulu pernah bedah untuk penyakit yang sama.

Kandungan cyst ialah cecair chocolate disedut keluar dari kantung cyst.

Lebih 2 liter cecair chocolate.

Dibersihkan berulang-ulang kali dengan air saline hingga tiada kesan cecair chocolate.

Kantung cyst dibedah buang dan kilang ovary dibaik pulih.

Karung cyst setelah dibedah . Dihantar makmal pathology untuk dianalisa.
SUMBER: 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...