Wednesday, 18 May 2016

Buat Donut Guna Rice Cooker

Assalamualaikum. Hari ni aku nak share cara bagaimana buat donut di asrama terutamanya bagi yang tak ada dapur. So aku yang tinggal di asrama ni memang tak da dapur untuk masak. Siapa cakap guna rice cooker tak boleh masak macam-macam. Setakat ni aku dah masak nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, bihun sup tom yam, k.teow goreng, pop corn, jemput-jemput, mee rebus, nasi minyak, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, bubur nasi, chakoi/kayu kamat dan donut hanya dengan menggunakan rice cooker. Menarik kan. 
So hari ni aku nak share cara-cara buat donut guna rice cooker. Resepi ni aku ambil daripada Resepi Donut Mudah dimana resepinya adalah seperti dibawah. 
Bahan:
  • 4 cawan tepung
  • 1 peket mauripan
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
  • 4 sudu besar minyak (aku ganti dengan margerin)
  • 2 sudu besar susu tepung (aku ganti dengan susu pekat)
  • 1/2 cawan air suam
  • Air suam secukupnya
Cara:
  • Bancuh yis dengan air suam 1/2 cawan. Godak sampai larut. Dan tepikan. (Biarkan sehingga 10 minit). [jangan campurkan yis dengan garam, pengalaman aku, aku campurkan garam dengan yis, terus tak aktif/ tak jadi/tak kembang yis tu]
  • Lepas tu ambil besen, masukkan tepung, gula, garam, susu tepung dan gaul.
  • Masukkan bancuhan yis tadi dan uli. 
  • Teruskan masukkan air sikit-sikit dan uli. 
  • Pastikan uli sampai doh tak melekat kat tangan.
  • Lepas tu biarkan 45-60 minit.
  • Dan lepas waktu menunggu. Bolehlah mula buat bentuk donat.
  • Ambil sikit doh, ikutlah nak besar ke kecik. Bulatkan, kemudian tekan bagi leper sedikit. Basahkan jari. Dan cucuklah di tengah-tengah untuk buat lubang.
  • Trick: Buat dulu bulat kecil sampai habis doh. Lepas tu barulah lubangkan. Cepat kerja.
Sumber: Resepi Donut Mudah 












  • Aku guna gula aising, maklum la tak da blender di asrama. 
  • Buat sendiri lagi puas hati daripada beli kat luar. Makan time panas-panas lagi. Sangat sedap.
  • Yang kat bawah ni resepi Sheila Rusly. Aku just share. Kalau korang nak cuba pun boleh. 



Resepi Sheila Rusly


Resepi Donut Lembut dan Gebu
Bahan-bahan
500gm tepung gandum (tepung High Protein pun boleh tapi donat warna putih)
210ml air suam
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam
3 susu tepung (akak tukar 3 sudu susu pekat manis)
3 sudu besar gula (akak guna 1 1/2 sudu ajer)
1 bungkus mauripan (11gm)
sedikit air sejuk dalam peti sejuk (guna apabila adunan belum lembut)
Cara Menyediakan
1. Masukkan susu pekat dan gula dalam air suam dan kacau sebati baru masukkan mauripan.
2. Dalam mangkuk, masukkan tepung dan garam, buat lobang di tengahnya dan masukkan marjerin dan adun mesra semua bahan.
3. Tuang mauripan ke dalam adunan dan uli kesemuanya hingga menjadi doh.
4. Uli adunan hingga doh lembut, jika belum lembut masukkan air peti sejuk dan uli lagi.
5. Terap dengan acuan dengan menggunakan pengelek.
6. 5 minit kemudian donut akan kembang dan bolehlah di panaskan api dalam kuali.
7. Guna api yang kecil dan minyak yang agak banyak untuk tenggelamkan donut.


Ni menu-menu yang pernah aku masak before ni

Mee Rebus


Kari ayam instant 


Nasi Goreng Kampung


Bihun Tom yam (But Bihun Letak Asing)


Mee Goreng


K. Teow Goreng

Resepi Bonda: Onde-Onde @ Buah Melaka

Bahan-Bahan adunan
1. Tepung Beras
2. Tepung Pulut
3. Kapur
4. Daun Pandan (campurkan dengan air kemudian kisar)
5.Gula melaka (potong kecil-kecil)

Bahan-bahan salut
1.kelapa muda
2. sedikit garam
campurkan kelapa muda dengan garam, ratakan

  • Gaul tepung pulut (1 Packing tepung pulut = 500gram), letak 2 genggam tepung beras, letak air kapur sedikit (Jangan terlebih nanti pahit) dan air pandan. Uli dengan tangan sehingga sekata. Jangan terlampau lembik ataupun terlampau keras. 
  • Panaskan air
  • Lepas tu bentuk onde-onde dan letakkan gula melaka didalam onde-onde.
  • Onde-onde yang dibentuk masukkan kedalam air yang panas
  • Onde-onde yang masak dia akan timbul
  • angkat onde-onde yang timbul dan toskan kemudian gaul dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam. 
  • Siap untuk dimakan. 
Gambar daripada google, tak sempat snap sebab tak sabar mau makan. hihi

Monday, 16 May 2016

How to Calculate Compensating Variation (CV) and Equivalent Variation (EV)

Compensating Variation (CV)
CV is how much money we would have to give to (or take away from) the consumer to get them back to the same level of utility that they had before prices changed. So to calculated CV, you try to get the consumer to the initial utility level at the new prices by changing income.

The process for calculating CV is generally as follows:
1. Find demand functions
2. Plug demand functions into utility function
3. Solve for utility level achieved at the old income and old prices
4. Set the value found in step 3 equal to the utility function using new prices and unknown new income, and solve for new income
5. Subtract old income from income found in step 4 - that's CV



Equivalent Variation (EV)
EV is how much money the consumer would be willing to give up (or be paid) to prevent prices from changing - it is the change in income that would get them to the same new utility level as the change in price would if it happened. Thus to get EV, we get the consumer to the di erent utility level under old prices by changing income.

The process for calculating EV is generally as follows:
1. Find demand functions
2. Plug demand functions into utility function
3. Solve for utility level achieved at the old income and new prices
4. Set the value found in step 3 equal to the utility function using old prices and unknown new income, and solve for new income
5. Subtract income found in step 4 from old income - that's EV

How to derive Hicksian Demand Function


How to derive Inverse Function
How to derive Expenditure Function
How to derive Hicksian demand function from expenditure function
How to obtain Marshallian demand function from inverse function





How to Derive Slutsky Equation



Sunday, 8 May 2016

Cara-Cara Mengisi Borang Bantuan ONLINE iDANATTB (TERENGGANU) FASA I-2016

BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERAYAAN (TERENGGANU) DIBUKA MULAI 01. 04.2017 HINGGA 21.04.2017

CARA-CARA MENGISI PERMOHONAN
1. Anda boleh menyemak kelayakan anda di LINK INI atau KLIK SINI
2. Masuk kan No kad Pengenalan anda (Seperti gambar di bawah, kemudian klik SEMAK)


3. Terus cetak borang permohanan anda (Bagi yang pernah membuat permohonan)
4. Bagi yang kali pertama memohon, klik mana-mana yang berkenaan dengan diri anda dan kemudian KLIK PERMOHONAN BARU. 




5. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji atau Slip Pencen Terkini iii. Salinan Surat Nikah


6. Sila serahkan borang permohonan ini berserta salinan dokumen sampingan kepada Pengerusi JKKK bagi tujuan pengesahan sebelum atau pada 21-May-2016. Kegagalan mengemukakan borang ini boleh menyebabkan permohonan anda GAGAL.

Berikut adalah syarat-syarat permohonan

1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing. 


2. Pemohon hendaklah Ketua Isi Rumah sahaja. 


3. Jumlah pendapatan bulanan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan. 


4. Bagi pemohon yang belum berkahwin hendaklah berumur melebihi 40 tahun serta berpendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.


5. Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen tidak layak memohon. 


6. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji atau Slip Pencen Terkini iii. Salinan Surat Nikah 


7. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim. 


8. Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu. 


9. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak. 


10. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. 


SUMBER: iDANATTB

Saturday, 7 May 2016

PERMOHONAN ONLINE iDANATTB (TERENGGANU) FASA I-2017 KINI DIBUKA

BORANG PERMOHONAN BANTUAN BAKTI REMAJA (TERENGGANU) DIBUKA MULAI HARI INI 16.01.2017 HINGGA 15.02.2017


Berikut adalah syarat-syarat permohonan




1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing. 

2. Jumlah pendapatan bulanan  tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. 

3. Pemohon yang belum berkahwin, berumur antara 21-40 tahun

4. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji.

5. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim. 

6.Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu.

7. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak. 

8. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. 

CARA-CARA MENGISI PERMOHONAN
1. Anda boleh menyemak kelayakan anda di LINK INI atau KLIK SINI
2. Masuk kan No kad Pengenalan anda (Seperti gambar di bawah, kemudian klik SEMAK)

3. Klik mana-mana yang berkenaan dan kemudian KLIK PERMOHONAN BARU. 


4. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji.

6. Sila serahkan borang permohonan ini berserta salinan dokumen sampingan kepada Pengerusi JKKK bagi tujuan pengesahan sebelum atau pada 15-FEB-2017. Kegagalan mengemukakan borang ini boleh menyebabkan permohonan anda GAGAL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...