Wednesday, 24 May 2017

Resepi Orang Terengganu: Lala Masak Lemak Kuning


Bahan-bahan:
1. Lala 
2. Bawang putih
3. Bawang Merah
4. Halia
5. Air
6. Asam gelugur (1 keping)
7. Serbuk kunyit atau kunyit hidup
8. Santan (Kalo nak lemak letak santan rm3)
9. Garam
10. Lada Lumat 1 sudu
11. Ajinomoto (Terpulang nak letak ke tak)

Cara-cara
1. Masukkan lala dan air dalam periuk, air tu agak-agak je.
2. hidupkan api gas
3. Sementara itu blend bawang putih+merah+halia
4. Siap blend terus masukkan dalam periuk tadi.
5. kemudian masukkan asam gelugur, sedikit serbuk kunyit, lada lumat, garam dan ajinomoto
6. biarkan ianya seketika, kemudian masukkan santan
7. Kacau-kacau sekejap then mendidih tutup. Siap



*Just nak bagi tahu resepi orang terengganu ni sihat tau. Tak perlu tumis bawang semua. minyak memang tak guna la. Cuma untuk resepi ni letak santan la. Resepi amat mudah dan senang. Selamat mencuba uolls. 

Ikan Masak Asam Pedas


Bahan-bahan:
1. Ikan (Siakap/Tenggiri/Ikan merah, apa-apa ikan je yang korang suka)
2. Bawang putih
3. Bawang Merah
4. Halia
5. Air
6. Asam gelugur (3 keping)
7. Bunga Kantan 1 kuntum
8. Serbuk kunyit atau kunyit hidup
9. Garam
10. Lada Lumat 1 atau 2 sudu
11. Ajinomoto (Terpulang nak letak ke tak)

Cara-cara
1. Masukkan ikan dan air dalam periuk, air tu agak-agak je.
2. hidupkan api gas
3. Sementara itu blend bawang putih+merah+halia
4. Siap blend terus masukkan dalam periuk tadi.
5. kemudian masukkan asam gelugur, bunga kantan, sedikit serbuk kunyit, lada lumat, garam dan ajinomoto
6. biarkan ianya mengelegak seketika, then siap. 

*Just nak bagi tahu resepi asam pedas orang terengganu ni sihat tau. Tak perlu tumis bawang semua. minyak memang tak guna la. Resepi amat mudah dan senang. Selamat mencuba uolls. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...