Sunday, 26 June 2016

Pengurusan Modal Manusia (Human Capital Management)

Apakah itu Pengurusan Modal Manusia (PMM)
Boldizzoni (2008) dalam kajian Kwon dan Dae-Bong (2009) menyatakan konsep modal insan adalah campuran semantik manusia dan modal. Dalam perspektif ekonomi, modal merujuk kepada faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan dimana mereka tidak digunakan secara ketara dalam proses pengeluaran. Menurut Kwon dan Dae-Bong (2009) bersama-sama dengan pergertian modal dalam perspektif ekonomi, manusia ditugaskan untuk menjaga semua aktiviti ekonomi seperti pengeluaran, pengunaan dan urus niaga. Menurut Kwon et al (2009) lagi penubuhan konsep-konsep ini ia boleh diiktiraf bahawa modal insan bererti satu daripada unsur-unsur pengeluaran yang boleh menjana nilai tambah apabila memasukkannya.
Menurut Fauzi dan Khairul Naim (2012) modal manusia ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Menurut Fauzi et al (2012) lagi, modal insan ini dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan, dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Nilai kini terhadap pelaburan tersebut dapat menentukan taraf modal insan yang ada pada seseorang.
Schultz (1961) dalam kajian Kwon dan Dae-Bong (2009) memperakui bahawa modal insan sebagai “ ‘something akin to property’ against the concept of labor force in the classical perspective, and concecptualized ‘the productive capacity of human beings in now vastly larger than all other form of wealth taken together’ “. Garavan et al. (2001) dan Youndt et al (2004) menpunyai pemikiran yang sama dengan Schultz (1961) dimana modal insan boleh berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran, pendidikan dan kebolehan. Manakala Rastogi (2002) conceptualizes modal insan sebagai pengetahuan, kecekapan, sikap dan tingkah laku yang tertanam dalam seseorang individu.
Haslinda (2009) menyatakan dengan ringkas modal insan sebagai orang dan mentakrifkan pengurusan modal insan (PMM) sebagai proses memperoleh, membangun, mengerakkan dan pengekalan pengetahuan kolektif, kemahiran dan kemampuan kakitangan sesebuah organisasi dengan melaksanakan proses dan sistem yang sepadan dengan bakat perkerja kepada matlamat perniagaan kesuluruhan organisasi.
Menurut Fauzi dan Khairul Naim (2012) lagi, pembangunan modal insan pula adalah pembangunan yang menumpukan kepada manusia. Matlamat utamanya ialah untuk meningkat dan memajukan individu bagi mendapatkan pulangan pada masa akan datang. Menurutnya lagi program-program pembangunan modal insan yang lengkap dan menepati matlamat menjadikan manusia sebagai modal untuk mendapatkan pulangan adalah merangkumi pendidikan, dasar kependudukan dan kesihatan. Empat strategi utama untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama ialah meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memperkukuhkan keupayaan R&D (Research and Development), sains dan inovasi, memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral dan memperkasakan golongan belia dan wanita.
Hideo Seki (1985), dalam kajiannya menyatakan bahawa Grilliches dan Wheeler membuktikan bahawa pendidikan, pemakanan dan kesihatan menpunyai perhubungan yang positif dengan tingkat keluaran negara dan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan penduduk yang pesat boleh meningkatkan pengangguran. Oleh itu, tahap ekonomi yang kukuh juga memainkan aspek penting dalam pelaburan kepada modal insan. Selain itu taraf kesihatan juga turut penting dalam menentukan keupayaan seseorang untuk belajar dengan berkesan dan bekerja dengan produktif. Malah pemakanan yang baik juga turut menpengaruhi pertumbuhan mental dan tahap kecerdasan seseorang dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja.
Grilliches dan Wheeler dan Fauzi dan Khairul Naim (2012) dalam kajian, mereka menpunyai pendapat yang sama bahawa pendidikan dan kesihatan adalah faktor yang menpengaruhi modal insan. Grilliches dan Wheeler berpendapat bahawa pemakanan menpengaruhi pertumbuhan mental dan tahap kecerdasan seseorang malah dapat meningkatkan produktiviti tenaga kerja. Pendapat ini disokong oleh Schultz (1971) dimana dasar perancangan keluarga akan menpengaruhi penyediaan pemakanan yang sempurna terutamanya bagi keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana dan menpunyai bilangan anak yang ramai. Dengan itu, terbukti bahawa pemakanan akan menpengaruhi modal insan dan produktiviti individu.
Schultz (1971) dalam kajiannya pula menyatakan bahawa dasar perancangan keluarga perlu diperkenalkan bagi mengatasi masalah penyediaan makanan yang tidak sempurna kepada keluarga kerana penerusan pendidikan yang tertinggi oleh golongan miskin akan terbantut di samping melahirkan manusia yang benar-benar yang cekap dan berkemahiran. Menurut Schultz (1971) lagi, terdapat lima kategori yang boleh difokuskan untuk melahirkan modal manusia. Antaranya adalah kemudahan kesihatan dan perkhidmatan, on-the-job training, penyediaan pendidikan formal di peringkat rendah, menengah, tinggi, program pembelajaran untuk golongan dewasa dan migrasi dan penghijrahan seseorang atau keluarga untuk mendapatkan peluang kerjaya yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...