Thursday 31 May 2018

Resepi Biskut Kacang Peas Mudah

Bahan-bahan:

1. 1 cawan Tepung Kacang Peas
2. 1 cawan Tepung Gandum
3. 1/2 cawan Gula Aising
4. 1/2 st Baking Powder
5. 1/2 st Garam
6. Minyak Mazola
7. 1 biji Telur Kuning


Cara-cara:

1. Gaulkan kesemua bahan 1-5, sehingga sebati.
2. Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
3. Bentukkan bulat-bulat seperti guli.
4. Berus atas nya dengan telur kuning.
5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan & Simpan dalam bekas kedap udara.


#Resepibiskutkacanghijaumudah
#Resepibiskutkacanghijausimple


Gambar daripada Aezlan Lan


Resepi ini adalah daripada HomeKreation


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk resepi lain anda boleh rujuk dibawah

Bahan-bahan:
1. 500g serbuk kacang peas
2. 1kg gandum
3. 1cawan tepung susu
4. 1cawan marjerin
5. 2 sdu kecil esen
6. 1 sdu kcil garam
7. 12 sdu besar gula halus
8. minyak mazola/jagung secukupnya


Cara-cara: 
1. Gaul sebati bahan 1-7 sehingga jadi seperti serbuk roti berderai
2. masukkan minyak sikit sikit sehingga boleh membentuk doh
3 Gentel jadikan bentuk bebola kecil atau cetak ikut acuan, sapu telur kuning atasnya
4. boleh letak sebarang kekacang atau gula.manik di atasnya
5. bakar 170•c selama 20minit atau ikut kesesuaian suhu oven masing2

***minyak jagung akan menghasilkan tekstur biskut lebih ringan berbanding minyak masak biasa..

Resepi daripada Aezlan Lan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...