Saturday 29 August 2015

Rates of Return to Education in manufacturing based on Gender in Ipoh Perak


Kajian Kadar Pulangan Pendidikan Pekerja Dalam Sektor Pembuatan Berdasarkan Jantina:

Tinjauan di Ipoh, Perak

Disediakan oleh:
Low Ai Vy 
Nur Athirah Mohamad Roshaniza 
Ros Amira Mohd Sudin 
1.0  PENGENALAN
Pendidikan merupakan asset yang utama dalam perlaksanaan pembangunan negara Malaysia. Mengabaikan kepentingan pendidikan ini bererti mengekang pencapaian negara dan menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat. Kepentingan dalam pendidikan ini dapat dilihat dengan jelas apabila peruntukan terhadap perbelanjaan dalam bidang pendidikan mencatatkan jumlah yang tinggi dan tindakan berani kerajaan dalam mengambil risiko asalkan dapat menghasilkan modal insan yang berguna pada masa hadapan.
      Sektor industri pendidikan di Negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad-21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperoleh status “World Class Education”. Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kuanliti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, “Pendidikan Bertaraf Dunia” bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sector pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhan ekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosial masyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual, pembangunan teknologi dan sains dan kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.
Dalam kehidupan manusia yang semakin bersaing sengit ini, pendidikan merupakan tiket untuk meningkatkan kualiti hidup. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Malaysia telah menekankan lagi kepentingan pendidikan sebagai instrumen yang penting dalam usaha membanteras kemiskinan. Ross dan Wu (1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Hal ini kerana pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana daktor ekonomi dan sosial lbergantung kepada pendidikan yang diterima. Golongan yang mempuyai tahap dan kelulusan akademik yang tinggi seperti diploma dan ijazah lazimnya menjadi pemangkin terhadap kemajuan negara.
        Berdasarkan tajuk kajian ini, fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis kadar pulangan pendidikan mengikut jantina bagi pekerja dalam sektor pembuatan. Seterusnya, mengkaji kepentingan tahap kemampuan pekerja semasa bersekolah dan semasa di tempat kerja dalam menentukan kadar pulangan pendidikan. Meskipun masyarakat semakin maju, masih terdapat masalah jurang antara jantina. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita semakin bergiat aktif dalam bidang pendidikan jika dilihat dari statistik terkini Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pengajian Tinggi. Bilangan pelajar wanita di institusi pengajian tinggi semakin tinggi, malahan melebihi pelajar lelaki. Namun, jika dilihat di sektor pekerjaan, penglibatan wanita dalam tenaga buruh lebih rendah. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki memperoleh kadar upah yang lebih tinggi berbanding wanita walaupun pada tahap dan kelulusan yang sama. Hal ini menunjukkan wujudnya masalah jurang antara jantina. Jurang antara jantina ini dipercayai didorong oleh sifat wanita yang semula jadinya lebih cenderung untuk memainkan peranan tradisinya ,sebagai suri rumah tangga.
        Kini, permintaan tenaga kerja yang berpendidikan dan mempunyai kelulusan yang tinggi semakin meningkat. Pelaburan dalam pendidikan memerlukan kos yang tinggi di mana ia juga melibatkan kos lepas seperti pendapatan yang terpaksa dilepaskan oleh individu kerana mengikuti sesuatu program pendidikan. Di Malaysia, sektor pekerjaan utama meliputi sektor awam dan sektor swasta. Tingkat gaji di sektor awam telah ditetapkan secara seragam mengikut tahap pendidikan, jawatan, dan kebolehankerja individu. Namun, di sektor swasta masih terdapat pihak yang berkelulusan tinggi tetapi menerima kadar upah yang rendah berbanding dengan mereka yang berkelulusan rendah. Pulangan pendidikan di sektor swasta tidak dikatakan tidak mempunyai hubungan dengan tahap pendidikan individu. 
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, tahap pendidikan dan kelulusan memberi impak dalam kadar upah. Namun diskriminasi upah mengikut jantina wujud dalam keadaan kadar upah yang diterima oleh seseorang individu berbeza mengikut jantina walaupun beban kerja adalah sama pada tingkat kelulusan yang sama.
            Justeru, objektif kajian ini adalah seperti berikut:
                             i.               Mengkaji sejauh mana tahap pendidikan individu mempengaruhi tingkat upah.
                           ii.               Menganalisis pengaruh jantina terhadap pulangan pendidikan.
                         iii.               Mengkaji kepentingan tahap kemampuan pekerja semasa bersekolah dan semasa di tempat kerja dalam menentukan kadar pulangan pendidikan.
Kajian ini menfokuskan kepada pekerja yang bekerja dalam sektor swasta sahaja.
3.0 KAJIAN LITERATUR
Analisis terhadap kadar pulangan pendidikan merupakan antara isu utama yang sering diperkatakan dan mendapat tumpuan di serata dunia. Terdapat banyak pengkaji yang telah memberikan sumbangan dalam isu pulangan pendidikan, khususnya berdasarkan jantina. Antaranya ialah Tan Jee-Pang (1985), Schafgans (2000), Chirwan dan Mirrian (2009), Warunsiri dan McNown (2010), Aysit dan Yousef (2011), serta Rahmah (2001).
            Misalnya, Warunsiri dan McNown (2010) telah menggunakan pendekatan Panel Pseudo untuk mengangar kadar pulangan pendidikan pekerja di Thailand. Kajian tersebut menganggar kadar pulangan pendidikan pekerja di Thailand yang lahir antara tahun 1946-1967  di kawasan bandar dan luar bandar. Merujuk kepada kajian tersebut, individu yang bermotivasi dan memiliki tenaga kerja yang tinggi akan mempunyai pilihan upah yang tinggi. Motivasi merupakan pemboleh ubah yang secara positifnya memberi kesan kepada perolehan walaupun berada di luar rangkaian pendidikan.
            Kajian Tan Jee-Pang (1985) pula melibatkan analisis kajian pulangan persendirian pada tingkat pencapaian pendidikan sekolah menengah mengikut jantina. Beliau telah mengukur jumpah kos perbelanjaan pelajar sepanjang tempoh persekolahan menengah menggunakan kaedah soal selidik. Keputusan daripada kajian tersebut menunjukkan kadar pulangan persendirian pelajar lelaki dan perempuan dari sekolah swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar sekolah bantuan kerajaan.
            Selain itu, Chirwan dan Mirrian (2009) telah menganggar pulangan pendidikan dengan menggunakan asas dan kesinamungan fungsi pendapatan Mincer berdasarkan data tinjauan Malawi 2004/2005. Hasilnya, didapati secara puratanya, wanita memiliki kadar pulangan ke atas pendidikan yang tinggi berbanding pekerja lelaki. Hal ini dipercayai didorong oleh ketidakseimbang dalam penawaran dan permintaan buruh wanita di negara tersebut. Penawaran buruh wanita di negara tersebut adalah rendah, tetapi permintaan terhadap buruh wanita adalah tinggi disebabkan oleh kepakaran mereka.
            Aysit dan Yousef (2011) juga telah menilai hubungan antara kadar upah dan pendidikan di Palestin dan Turki. Kajian tersebut juga membandingkan kadar pulangan persendirian ke atas pendidikan. Keputusan kajian menunjukkan wujud jurang jantina untuk wanita di kedua-dua buah negara. Kadar pulangan pendidikan ke atas wanita adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki di kedua-dua buah negara. Hasil ini adalah selaras dengan dapatan kajian Chirwan dan Mirrian (2009). Implikasi daripada kajian tersebut, telah disarankan agar peruntukan sumber ke atas pendidikan untuk wanita ditingkatkan.
            Schafgans (2000), dan Rahmah (2001) telah melakukan tinjauan kajian di Malaysia. Untuk melihat kes kadar pulangan pendidikan di Malaysia, kajian mereka adalah antara kajian yang boleh dirujuk. Kedua-dua pengkaji telah menyatakan bahawa wujud isu diskriminasi terhadap golongan wanita walaupun pada konteks tahap pendidikan yang sama.
4.0 METODOLOGI DAN DATA
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan data primer, yang mana data diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kawasan kajian telah ditetapkan iaitu di Perak. Sebanyak 55 responden telah diperoleh secara rawak sebagai sampel kajian ini. Hasil data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0.
Hipotesis Kajian
Berdasarkan pernyataan masalah dan kajian-kajian lepas, hipotesis kajian ini telah dibentuk. Hipotesis kajian ini dibina untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut:
Hipotesis 1
H0: Tidak terdapat hubungan antara pendidikan dengan kadar upah
H1: Terdapat hubungan antara pendidikan dengan kadar upah
Hipotesis 2
H0: Tidak terdapat hubungan antara pengalaman kerja dengan kadar upah
H1: Terdapat hubungan antara pengalaman kerja dengan kadar upah
Hipotesis 3
H0: Tidak terdapat hubungan antara pengalaman kerja gandaan dua dengan kadar upah
H1: Terdapat hubungan antara pengalaman kerja gandaan dua dengan kadar upah
Hipotesis 4
H0: Tidak terdapat hubungan antara jantina dengan kadar upah
H1: Terdapat hubungan antara jantina dengan kadar upah
Hipotesis 5
H0: Tidak terdapat pengaruh tahap kemampuan semasa bersekolah dengan kadar upah
H1: Terdapat pengaruh tahap kemampuan semasa bersekolah dengan kadar upah
Untuk menganalisis kadar pulangan terhadap pendidikan, kami menggunakan pendekatan Model Persekolahan Mincer. Model ini diilhamkan oleh Mincer (1974) dan menerangkan tentang pelaburan modal manusia dalam sektor pendidikan dan pulangan dalam bentuk pendapatan upah atau gaji. Model Mincer menunjukkan hubungan antara tahun persekolahan, pendapatan dan pelaburan selepas sekolah dalam modal manusia. Dalam rangka kerja fungsi perolehan, kadar upah diandaikan bergantung kepada tahap persekolahan, latihan sambil kerja dan pengalaman. Persamaan asas Model Persekolahan Mincer (1974) adalah seperti berikut:
Ln Wi = β0 + β1Si + β2ti+ β3 t² + ε                                                     (1)
di mana,
            Ln W = logaritma asli upah bulanan
            S = Tahun bersekolah
            t = Pengalaman kerja
            t² = Pengalaman berkerja ganda dua
            β = parameter yang dianggarkan
            ε = Ralat rawak
            i = individu
untuk mengkaji sejauh mana tahap pendidikan mempengaruhi tingkat upah ataupun gaji individu kami menggunakan model Mincer untuk menjawab objektif yang pertama. Manakala untuk menjawab objektif yang kedua kami menambahkan pembolehubah jantina ke atas model Mincer untuk mengkaji pengaruh jantina terhadap tingkat upah perkerja.
Ln Wi= β0 + β1Si + β2ti+ β3+ G+ ε                                                (2)
di mana,
            Ln W = logaritma asli upah bulanan
            S = Tahun bersekolah
            t = Pengalaman kerja
            t² = Pengalaman berkerja ganda dua
            β = parameter yang dianggarkan
            G = Jantina
            ε = Ralat rawak
            i = individu

Selain itu untuk menjawab objektif yang ketiga kami membina model yang ketiga dimana pembolehubah bersandar adalah kadar upah dan pembolehubah tidak bersandar adalah kemampuan semasa bersekolah, kemampuan semasa kerja dan faktor latar belakang keluarga. Persamaan ekonometrik adalah seperti berikut:
Ln Wi= = β0 + β1Si + β2ti+ β3 t² + β4KSBi + β5KSKi+ β6FLBK + ε                                    (3)
di mana,
Ln W = logaritma asli upah bulanan
S = Tahun bersekolah
t = Pengalaman kerja
t² = Pengalaman berkerja ganda dua
KSB = Kemampuan semasa bersekolah
KSK = Kemampuan semasa kerja
FLBK = Faktor latar belakang keluarga
β = parameter yang dianggarkan
ε = Ralat rawak
i = individu
5.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Sebanyak 25 responden adalah lelaki manakala selebihnya 30 orang adalah perempuan. Sebanyak 30 responden adalah berbangsa Melayu, 15 bangsa Cina, dan 10 bangsa India. Daripada keseluruhan responden 17 adalah bujang dan 38 responden adalah berkahwin. Jadual 2 dibawah menunjukkan taraf pendidikan tertinggi responden mengikut   jantina. Majoritinya bersekolah sehingga peringkat SPM.

Jantina responden




Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent


Valid
lelaki
25
23.8
45.5
45.5


perempuan
30
28.6
54.5
100.0


Total
55
52.4
100.0

















Jadual 1


Taraf pendidikan tertinggi * Jantina responden Crosstabulation
Count






Jantina responden
Total


lelaki
perempuan
Taraf pendidikan tertinggi
darjah 6/UPSR
2
2
4
PMR/SRP
6
2
8
SPM/O-Level
11
16
27
sijil/STPM/A-Level/Matrikulasi
1
2
3
diploma
1
4
5
sarjana muda
4
4
8
Total
25
30
55
Jadual 2

MODEL 1
Ln Wi= β0 + β1Si + β2ti+ β3 t² + ε

Model Summaryb
Model
R
R Square
Adjusted R Square
Std. Error of the Estimate
Durbin-Watson
1
.397a
.158
.108
.42566
1.964
a. Predictors: (Constant), Pengalaman Ganda Dua, Tahun Persekolahan, Bilangan tahun pengalaman kerja anda
b. Dependent Variable: ln Wage



ANOVAb
Model
Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
1
Regression
1.730
3
.577
3.182
.032a
Residual
9.241
51
.181


Total
10.970
54



a. Predictors: (Constant), Pengalaman Ganda Dua, Tahun Persekolahan, Bilangan tahun pengalaman kerja anda
b. Dependent Variable: ln Wage





Coefficientsa
Model
Unstandardized Coefficients
Standardized Coefficients
t
Sig.
B
Std. Error
Beta
1
(Constant)
6.376
.395

16.125
.000
Tahun Persekolahan
.057
.027
.328
2.109
.040
Bilangan tahun pengalaman kerja anda
.019
.018
.430
1.022
.312
Pengalaman Ganda Dua
2.701E-5
.000
.026
.065
.949
a. Dependent Variable: ln Wage





Berdasarkan jadual diatas didapati dua pembolehubah adalah tidak signifikan dan hanya satu pembolehubah sahaja yang significant. Untuk pembolehubah tahun persekolahan, kita boleh tolak hipotesis null dengan 5% aras keertian dimana prob(t-statistik) adalah 0.040 lebih kecil daripada 0.05 yang mana ia menunjukkan ia adalah signifikan dalam menunjukkan hubungan tahun persekolahan dengan kadar upah. Oleh itu kita berjaya menolak hipotesis null dan terima hipotesis alternatif dimana prob(t-statistik = 2.109) adalah lebih besar berbanding nilai kritikal 2. Manakala pembolehubah pengalaman kerja dan pengalaman kerja gandaan dua kedua-duanya adalah tidak signifikan, yang mana masing-masing prob(t-statistik = 1.022, 0.065) adalah lebih kecil berbanding nilai kritikal 2, dan prob(t-statistik) adalah masing-masing adalah 0.312 dan ,0.949 melebihi nilai aras keertian 1%, 5% dan 10%. Nilai R2 = 0.158 menunjukkan 15.8% daripada kadar upah diterangkan oleh tahun persekolahan, pengalaman kerja dan pengalaman kerja gandaan dua dan selebihnya diterangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak dimasukkan dalam model ini. Nilai Durbin Watson yang melebihi nilai R2 iaitu 1.964 > 0.158 menunjukkan autokorelasi tidak wujud dalam model ini. Ketidaksignifikan dua pembolehubah tersebut mungkin disebabkan oleh saiz sampel yang kecil menyebabkan hipotesis null tidak berjaya ditolak.

MODEL 2
Ln Wi= β0 + β1Si + β2ti+ β3 t² + ε + G                                                                                   (2)

Model Summaryb
Model
R
R Square
Adjusted R Square
Std. Error of the Estimate
Durbin-Watson
1
.453a
.205
.142
.41752
1.905
a. Predictors: (Constant), Jantina responden, Tahun Persekolahan, Pengalaman Ganda Dua, Bilangan tahun pengalaman kerja anda
b. Dependent Variable: ln Wage



ANOVAb
Model
Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
1
Regression
2.254
4
.564
3.233
.020a
Residual
8.716
50
.174


Total
10.970
54



a. Predictors: (Constant), Jantina responden, Tahun Persekolahan, Pengalaman Ganda Dua, Bilangan tahun pengalaman kerja anda
b. Dependent Variable: ln Wage




Coefficientsa
Model
Unstandardized Coefficients
Standardized Coefficients
t
Sig.
B
Std. Error
Beta
1
(Constant)
6.730
.438

15.358
.000
Tahun Persekolahan
.057
.026
.325
2.134
.038
Bilangan tahun pengalaman kerja anda
.014
.018
.322
.772
.444
Pengalaman Ganda Dua
.000
.000
.096
.246
.807
Jantina responden
-.200
.116
-.223
-1.734
.089
a. Dependent Variable: lnWage





Berdasarkan jadual diatas pula didapati dua pembolehubah adalah tidak signifikan dan didapati dua pembolehubah sahaja yang significant. Pembolehubah tahun persekolahan, adalah signifikan dimana kita boleh tolak hipotesis null dengan 5% aras keertian dimana prob(t-statistik) adalah 0.038 lebih kecil daripada 0.05 yang mana ia menunjukkan ia adalah signifikan dalam menunjukkan hubungan tahun persekolahan dengan kadar upah. Oleh itu kita berjaya menolak hipotesis null dan terima hipotesis alternatif dimana prob(t-statistik = 2.134) adalah lebih besar berbanding nilai kritikal 2. Manakala pembolehubah pengalaman kerja dan pengalaman kerja gandaan dua kedua-duanya adalah tidak signifikan, yang mana masing-masing prob(t-statistik = 0.772, 0.246) adalah lebih kecil berbanding nilai kritikal 2, dan prob(t-statistik) adalah masing-masing adalah 0.444 dan 0.807 melebihi nilai aras keertian 1%, 5% dan 10%. Manakala jantina pula adalah signifikan dalam menerangkan hubungan dengan kadar upah, yang mana prob(t-statistik) adalah 0.089 lebih kecil daripada, 0.10 iaitu 10% aras keertian. Oleh itu hipotsis null berjaya ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Nilai R2 = 0.205 menunjukkan sebanyak 20.5% daripada kadar upah diterangkan oleh tahun persekolahan, pengalaman kerja, pengalaman kerja gandaan dua dan jantina dan selebihnya diterangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak dimasukkan dalam model ini. Nilai Durbin Watson yang melebihi nilai R2 iaitu 1.905 > 0.205 menunjukkan autokorelasi tidak wujud dalam model ini. Ketidaksignifikan pembolehubah pembolehubah pengalaman dan pengalaman gandaan dua mungkin disebabkan oleh saiz sampel yang kecil menyebabkan hipotesis null untuk menjawab objektif ini tidak berjaya ditolak.


MODEL 3
Ln Wi= = β0 + β1Si + β2ti+ β3 t² + β4KSBi + β5KSKi+ β6FLBK + ε           
Model Summaryb
Model
R
R Square
Adjusted R Square
Std. Error of the Estimate
Durbin-Watson
1
.469a
.220
.122
.42227
2.003
a. Predictors: (Constant), FLBR, KSB, TSQUARE, tahun persekolahan, KSK, Bilangan tahun pengalaman kerja anda
b. Dependent Variable: lnWage

ANOVAa
Model
Sum of Squares
df
Mean Square
F
Sig.
1
Regression
2.412
6
.402
2.254
.054b
Residual
8.559
48
.178


Total
10.970
54



a. Dependent Variable: lnWage
b. Predictors: (Constant), FLBR, KSB, TSQUARE, tahun persekolahan, KSK, Bilangan tahun pengalaman kerja anda

Coefficientsa
Model
Unstandardized Coefficients
Standardized Coefficients
t
Sig.
B
Std. Error
Beta
1
(Constant)
6.032
.575

10.495
.000
tahun persekolahan
.066
.029
.386
2.286
.027
Bilangan tahun pengalaman kerja anda
.017
.020
.405
.868
.390
TSQUARE
9.471E-5
.000
.090
.209
.835
KSB
.022
.018
.217
1.285
.205
KSK
-.003
.003
-.215
-1.207
.233
FLBR
1.719E-5
.000
.052
.321
.749
a. Dependent Variable: lnWage

Berdasarkan jadual diatas  didapati kesemua pembolehubah adalah tidak signifikan  kecuali tahun persekolahan yang mana signifikan pada aras keertiaan 5% dan 10% dan t-statistik adalah 2.286 lebih besar daripada nilai kritikal 2 dan didapati R2  adalah sangat rendah iaitu, R2 = 0.22. Sebanyak 22% daripada kadar upah diterangkan oleh tahun persekolahan, pengalaman kerja, pengalaman gandaan dua, kemahiran semasa bersekolah, kemahiran semasa kerja dan faktor latar belakang keluarga dan selebihnya 78% diterangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak dimasukkan dalam model ini. Pengalaman kerja, pengalaman gandaan dua, kemahiran semasa bersekolah, kemahiran semasa kerja dan faktor latar belakang keluarga adalah tidak signifikan dalam menerangkan kadar upah yang mana nilai prob(t-statistik) masing-masing adalah 0.390, 0.835, 0.205, 0.233 dan 0.749 melebihi l%, 5% dan 10% aras keertian. Nilai Durbin Watson yang melebihi nilai R2 iaitu 2.003 > 0.220 menunjukkan autokorelasi tidak wujud dalam model ini. Ketidaksignifikan kebanyakkan pembolehubah mungkin disebabkan oleh saiz sampel yang kecil menyebabkan hipotesis null tidak berjaya ditolak.

6.0 IMPLIKASI, DASAR DAN KESIMPULAN
Dalam dapatan kajian ini, dalam model 1, kami telah mendapati bahawa tahun bersekolah menunjukkan bahawa mereka signifikan dengan kadar upah manakala pengalaman, pengalaman kuasa dua pula menunjukkan tidak signifikan terhadap kadar upah. Model 2 pula menunjukkan bahawa tahun bersekolah dan jantina adalah signifikan dimana ia mempengaruhi kadar upah manakala pengalaman dan pengalaman kuasa dua pula turut menunjukkan tidak signifikan. Dalam model 3 pula menunjukkan kemampuan semasa bersekolah, kemampuan semasa bekerja dan juga faktor latar belakang keluarga tidak signifikan dalam mempengaruhi kadar upah. Hal ini kerana berlakunya kekangan semasa kajian. Antaranya kajian ini mempunyai saiz sampel yang kurang. Saiz sampel yang diambil adalah sebanyak 55 responden di mana ia tidak dapat menjelaskan pembolehubah itu secara tepat. selain itu, pengalaman tidak signifikan dalam mempengaruhi kadar upah juga menunjukkan bahawa dalam sektor pembuatan ini, mereka tidak memerlukan kos latihan yang tinggi untuk pekerja. Hal ini kerana, majikan lebih berminat untuk memilih pekerja yang boleh diupah dengan lebih rendah berbanding dengan pekerja yang lebih berpengalaman dalam industri. Kebanyakan majikan di Malaysia juga tidak mementingkan latar pendidikan pekerja. Hal ini dapat dibuktikan di mana terdapat pengambilan pekerja asing yang tinggi dalam sektor pembuatan. Dalam sektor pembuatan ini, majikan tidak memerlukan kemahiran analisis berbanding teknikal. Terdapat juga berlakunya kadar pusing ganti pekerja dalam sektor pembuatan ini. Kadar pusing ganti pekerja berlaku apabila polisi dalam syarikat itu sendiri yang kurang menjaga kebajikan pekerja seperti tiada faedah sampingan, bonus yang rendah, kurang penjagaan keselamatan di tempat kerja, ketidaksepadanan pekerjaan dan upah yang rendah turut menyebabkan pekerja mudah untuk beralih pekerja. Oleh itu, pembuat dasar perlu memperbaharui polisi-polisi dalam sektor pembuatan dimana mereka hanya akan membenarkan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dibenarkan bekerja melalui penguatkuasaan undamg-undang. Hal ini betujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada permintaan pekerja asing dan seterusnya dapat membaiki imbangan semasa kerana ia dapat mengurangkan pengaliran keluar Ringgit Malaysia (RM). Jadi, ini dapat disimpulkan bahawa pengalaman pendidikan tidak signifikan dalam menerangkan hubungan dengan kadar upah.

RUJUKAN

Aziah, Naziatul, and Mohd Radzi (2012). “Kadar Pulangan Pendidikan Mengikut Jantina Di        Malaysia Returns on Education by Gender in Malaysia” 1: 446–56.

A. Naderi a, J. Mace (2003). Education and earnings: a multilevel analysis A case study of the manufacturing sector in Iran. Economics of Education Review 22 (2003) 143–156.

Fan,T.S. (2012). Analisis Pulangan Pendidikan Antara Generasi Di Malaysia The Return Rate of Inter- Generation ’ s Education in Malaysia, 2, 1139–1154.

Husaina Banu Kenayathulla (2013). Higher levels of education for higher private returns: New evidence from Malaysia. International Journal of Educational Development 33 (2013) 380–393.

Kasim Mansur, Gusni Saat dan Said Effendi (2009). Kajian kes pelaburan pendidikan modal        insan di kalangan suku kaum Sama-Bajau di Kota Kinabalu: halatuju dan cabaran. Jurnal Kemanusiaan . Bil.14.

Rahmah Ismail Dan Nanthakumar Loganathan (2007). Analisis Kadar Pulangan Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pendidikan.  32(2007). 103-118.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...