Wednesday 4 October 2017

Permohonan Bantuan Pakaian Sekolah bagi Negeri Terengganu Kini Dibuka

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oct 2017

Syarat Kelayakan

1.
Rakyat Negeri Terengganu
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri
Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
2.
Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan tidak melebihi RM 2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun)..
3.
Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi persekolahan tahun hadapan dan berumur diantara 7 hingga 17 tahun sahaja.
4.
Pemohon mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengundi di negeri Terengganu.
5.
Borang permohonan yang telah dicetak perlu diserahkan kepada Pengerusi JKKK masing-masing bagi tujuan pengesyoran berserta salinan dokumen berkenaan :-.

i.   Kad Pengenalan Pemohon, pasangan (jika ada) dan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan Besekolah
ii.  Slip Gaji Terkini atau
iii.  Slip Pencen Terkini
6.
Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukakan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim.
7.
Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak.
8.
Kerajaan Negeri berhadk menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa sebarang notis.



SUMBER: Danattb, untuk permohonan KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...