Thursday 31 May 2018

Resepi Biskut Kacang Peas Mudah

Bahan-bahan:

1. 1 cawan Tepung Kacang Peas
2. 1 cawan Tepung Gandum
3. 1/2 cawan Gula Aising
4. 1/2 st Baking Powder
5. 1/2 st Garam
6. Minyak Mazola
7. 1 biji Telur Kuning


Cara-cara:

1. Gaulkan kesemua bahan 1-5, sehingga sebati.
2. Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
3. Bentukkan bulat-bulat seperti guli.
4. Berus atas nya dengan telur kuning.
5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan & Simpan dalam bekas kedap udara.


#Resepibiskutkacanghijaumudah
#Resepibiskutkacanghijausimple


Gambar daripada Aezlan Lan


Resepi ini adalah daripada HomeKreation


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk resepi lain anda boleh rujuk dibawah

Bahan-bahan:
1. 500g serbuk kacang peas
2. 1kg gandum
3. 1cawan tepung susu
4. 1cawan marjerin
5. 2 sdu kecil esen
6. 1 sdu kcil garam
7. 12 sdu besar gula halus
8. minyak mazola/jagung secukupnya


Cara-cara: 
1. Gaul sebati bahan 1-7 sehingga jadi seperti serbuk roti berderai
2. masukkan minyak sikit sikit sehingga boleh membentuk doh
3 Gentel jadikan bentuk bebola kecil atau cetak ikut acuan, sapu telur kuning atasnya
4. boleh letak sebarang kekacang atau gula.manik di atasnya
5. bakar 170•c selama 20minit atau ikut kesesuaian suhu oven masing2

***minyak jagung akan menghasilkan tekstur biskut lebih ringan berbanding minyak masak biasa..

Resepi daripada Aezlan Lan

Resepi Biskut Kacang Mazola Klasik

Bahan-bahan:

1. 2 cawan kacang tanah( disangai dan kisar)
2. 1 ½ cawan gula aising
3. 3 cawan tepung gandum
4. Sedikit garam halus
5. ½ botol minyak mazola ( botol kecil) agak2 sampai boleh bentuk bulat2
6. Kuning telur dan kacang tanah untuk hiasan...


Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk...
2. gaul sampai boleh bentuk bulat2...
3. Bakar 20 minit 180 darjah...siap.
Budak-budak pun boleh buat...senang mudah dan cepat...

Nota: 
1. Korang boleh tukarkan minyak mazola kepada minyak jagung, sebab minyak mazola pun harga dia agak mahal. haha
2. Disangai tu bermaksud, goreng kacang dengan api yang perlahan dan tanpa menggunakan minyak.




Resepi  ini adalah daripada group Masak Apa Hari Ni..(MAHN) oleh Noor Lela

Tuesday 29 May 2018

Kacang Tanah Pedas

Bahan-bahan:

1. 1/2 kg kacang tanah (di basuh & tos sehingga tiada lagi air pada kacang)
2. 1 mangkuk kecil tepung bestari
3. 1 sudu gula icing (campur dalam tepung)
4. 1 sudu kecil serbuk cili babas
5. 2 biji telur ayam

Cara-cara:
1. Pecahkan telur dalam bekas, kacau telur sehingga betul-betul hancur
2. Kemudian masukkan kacang. Kacau
3. Masukkan tepung bestari, gula icing dan serbuk cili babas
4. Kacau sehingga sebati
5. Siap untuk digoreng






Nota: Resepi ini adalah daripada Maziah Nur Wafa Wafa‎  dalam group Masak Apa Hari Ni..(MAHN)



#Resepi kacang botak
#Resepi kacang pedas

Resepi Tart Nenas

Bahan A: 

1. 1ketul buttercups 250g (keluarkan awal,bagi lembut)
2. 1sdb minyak sapi
3. 1sdb gula icing
4. 2 biji kuning telur
5. Pewarna kuning telur
Bahan B:
1. 1/2 cawan tepung gandum
2. sdb tepung kastard
3. 2 sdb tepung jagung

Bahan C: Glaze
1. 2 biji kuning telur
2. 1 sudu air
3. pewarna kuning 

Bahan C: Glaze (resepi lain)
1. 1 biji telur


Cara-cara:
1. Gaul sebati bahan A menggunakan senduk. 
2. Kemudian masukkan bahan B
3. Uli dengan tangga hingga tidak lekat kat tangan (kalau lembik tambahkan tepung gandum sikit-sikit.
4. Terapkan, letak inti dan glaze kuning telur.
5. Bakar selama 30 minit suhu 180c, api atas bawah sehingga garing. (resepi lain bakar selama 15/160c, 25/170, 20/180)

Nota: Resepi ini adalah daripada Suhaila Azhar daripada group Masak Apa Hari ni.. (MAHN)

---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN:
1. 1 ketul butter @ 250g marjerin
2. 3 1/4 cwn tepung gandum
3. 3 sudu gula icing
4. 1 biji kuning telur
5. 1 camca esen vanila
1)kacau sebati butter & gula
2)masukkan kuning telur & esen vanila kacau sebati lagi
3)masukkan tepung sedikit2 sampai jd doh
4)blh la gulungkan
5)sapukan kuning telur pd permukaan tart
6)bakar suhu 180 selama 20 minit. Siap! 

Nota: Resepi daripada Niza Mualif
---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN

Bahan-bahan:
1. 250 gm butter/margarine (1 cawan paras) 
2. 250 gm tepung gandum (anggaran 2 1/4 cawan)
3. Inti nenas secukupnya

Cara-cara:

1. Sebatikan bahan 1 dan 2 guna seduk kayu sahaja sehingga kedua dua bahan sebati. Sekadar sebati sahaja. Tak jadi perlu kembang.
Adunan memang lembut dan melekat di jari.
2. Masukkan ke dalam acuan tart dan paip memanjang. Potong anggaran 2 inci panjang.
Saya menggunakan cutter khas*.
3. Letakkan inti jem nenas yang telah digentel memanjang. Berat anggaran 6 gram setiap biji.
4. Gulung kemas. Sapu dengan telur kuning kalau nak. Kalau tak nak pun tak pa.
5. Bakar pada suhu 140 darjah selama 25 hingga 30 minit.
NOTA:
1. Saya guna butter Anchor salted
2. Tepung cap bunga Ros
3. Inti nenas saya beli di kedai jual bahan bakery. Minta jem nenas THAI GRED A. Anggaran RM10 Sekilo.
4. Satu adunan akan menghasilkan anggaran 42 biji tart gulung.

Nota: Resepi daripada Zalina Yahya daripada group Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
---------------------------------------------------------------------------------

Resepi jem nenas
1. 2 biji nenas
2. 1 1/2 cawan gula
Blend nenas dengan gula guna setengah cawan air sahaja..
Masak kalau boleh guna kuali non stick, tutup nanti letup2 sikit.. 
Bila da kering boleh angkat.. sis tak guna pewarna ye.. warna asli.

Nota: Resepi daripada Jue Honey

Monday 28 May 2018

Resepi Biskut Suji Menggunakan Tiga Jenis Bahan

Bahan-bahan:
1. 1 cawan minyak sapi (Cairkan)
2. 3/4 cawan gula kastor (halus
3. 2 cawan tepung gandum
4. Hirisan ceri

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan gula kastor bersama-sama supaya adunan tidak berketul.
2. Masukkan tepung dan gula yang di ayak ke dalam satu bekas
3. Kemudian masukkan minyak sapi
4. Gaul sehingga menjadi doh
5. Ambil sudu kecil, bentukkan bulat supaya sama saiz
6. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
7. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius atas dan bawah selama 20-25 minit
9. Sejukkan dan siap untuk dimakan
10. Nak lagi sedap, lepas bakar sejukkan dan golek kan biskut dalam gula kastor



Resepi ini adalah daripada group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dan daripada FashaFer Mazmy

#resepi biskut suji simple
#biskut suji 3 bahan
#biskut suji express

Monday 21 May 2018

Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan:

1. Bunga lawang
2. Bunga cengkih
3. Buah pelaga
4. Kulit kayu manis
5. Bawang merah+putih+halia (blend)
6. Lada hitam (blend)
7. Carrot
8. Bunga kobis
9. Baby corn
10. Tomato
11. Cili (dipotong)
12. Ayam/daging/udang/sotong
13. Mee kuning
14. Garam
15. Ajinomoto

Cara-cara:


1. Tumis 4 beradik iaitu Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, sehingga naik bau dan kekuningan, 

2. kemudian masuk kan bawang putih+merah+halia yang telah diblend, masukkan lada hitam yang diblend, tumis sehingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, ayam/daging dan carrot dulu, apabila carrot hampir masak  masukkan bunga kobis, baby corn, cili potong dan tomato. 
4. Masukkan bahan perasa seperti garam dan ajinomoto.  
5. Masukkan mee kuning dan udang. Apabila mendidih tutup api (jangan terlalu lama, jika tak nak mee kembang). Siap!!!


#Mee rebus sihat
#Mee rebus Terengganu

#Resepi Mee rebus simple 



Sunday 20 May 2018

Resepi Tepung Pelita Tanpa Kukus

Bahan-bahan :

A. LAPISAN BAWAH (HIJAU)

1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. Pewarna hijau




Masak bahan-bahan tersebut sehingga pekat




Masukkan satu sudu teh gula aising kedalam bekas



Kemudian masukkan lapisan bawah yang telah dimasak pekat kedalam acuan/bekas (tidak perlu tunggu sejuk, letak terus je panas-panas supaya gula tu larut)




B. LAPISAN ATAS
1. 4 Cawan santan
2. Sedikit garam
3. 4 sudu makan tepung beras



Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk masak sehingga pekat




Apabila sudah pekat masukkan ke dalam acuan. Dan boleh masukkan kedalam peti ais. 



SIAP!!!!
Thanks Sally Ahmad for the resepi  diambil dari Facebook

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan:
1. Daun pucuk paku merah + daun kelsom + daun kemangi + daun selasih + kangkung + daun kadok + daun kunyit.
2. Ubi keledek ( dibuang kulit)
3. Budu (setengah botol budu, kalau boleh biar masin dengan budu, tak perlu guna garam). 
4. Beras (segenggam)
5. Isi kelapa tua dihiris (6 keping) dan  dibakar (jangan bakar terlampau hangus, sekadar warna koko tua, dan kemudian di blender halus.
6. Isi ikan selayang (2 ekor besar) (blend, dibuang tulang dulu)
7. Santan (Anggaran Rm2)
8. Bawang besar (1 biji) + Halia (besar ibu jari kaki) (Blend)
9. Garam (optional kalau cukup masin budu)
10. Lada hitam (1 sudu makan)(diblend)
10. Ajinomoto (Optional) 

Cara-cara:
1. Masak nasi sehingga hancur sehingga menjadi bubur
2. Apabila menjadi bubur masukkan bawang dan halia yang telah dblend bersama dengan isi ikan. Kacau. 
3. Masukkan ubi keledek
4. masukkan isi kelapa yang telah diblend, masukkan budu, lada hitam dan masukkan kesemua bahan-bahan bernombor satu. kacau.
5. Masukkan Ajinomoto dan Last sekali masukkan santan. Jangan terlampau lama, risau santan pecah minyak. 
6. Jika terlampau pekat tambahkan air. Masak sehingga daun lembut. Siap.



#Resepi bubur lambuk sedap
#Resepi bubur lambuk yang sangat sedap
#Resepi bubur lambuk orang Terengganu

Monday 14 May 2018

Resepi Kek Pisang Mudah Menggunakan Blender

Bahan-bahan:
1. 1 biji telur ayam
2. 1 cawan gula
3. 1 cawan minyak masak
4. 1 cawan pisang yang dilenyek
5. 1.5 cawan tepung gandum
6. 1 sudu teh soda bikarbonat
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 penutup botol esen pisang

Cara-cara:
1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender, blend hingga betul-betul hancur dan halus teksturnya. 
2. Kemudian masukkan minyak dan pisang yang dilenyek kedalam blender tadi. Blend hingga sebati dan hancur. 
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend ke dalam besen atau apa apa bekas.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit yaaa.. Kacau hingga sebati n sehingga habis tepung. 
5. Masukkan esen pisang dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati
6. Sapukan loyang atau bekas cake ngan minyak n tuang sehingga penuh
7. Kukus selama 40 minit jika menggunakan loyang n 20 minit jika menggunakan cup. 

Resepi ini adalah daripada siraplimau.com

# resepi kek pisang mudah
# resepi kek pisang kukus
# resepi kek pisang blender
# resepi kek pisang tanpa mixer
# resepi kek pisang tanpa oven
# resepi kek pisang jimat kos
# resepi kek pisang semudah ABC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...