Sunday 1 January 2017

Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu Dibuka: Bermula 3 Julai hingga 31 Ogos 2017

Bantuan Zakat IPTA/IPTS akan dibuka 3 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Para pelajar anak Terengganu yang sedang menuntut di IPT Dalam dan Luar Negara dipelawa memohon.


Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran IPTA/IPTS MAIDAM
Permohonan Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran Zakat IPTA/IPTS telah dibuka bermula 3/7/2017 sehingga 31/8/2017. Sila hantar borang yang telah dicetak bersama-sama salinan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Urusan Zakat (PUZ) Daerah masing-masing. Harap maklum. Permohonan Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran Zakat IPTA/IPTS ini hanya layak dimohon sekali setahun sahaja untuk setiap pelajar, sekiranya pelajar telah membuat permohonan bagi sesi Januari - Mac 2017, maka pelajar tersebut tidak layak memohon untuk sesi Julai - Ogos 2017 ini.




MAKLUMAT-YANG PERLU DIISI OLEH PEMOHON







SYARAT-SYARAT DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

1. OBJEKTIF :
a. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
b .Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
c.Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

2. ASNAF : Fisabililllah

3. SYARAT-SYARAT UMUM DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN :
a. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
b .Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
c.Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Pengerusi JKKK/ Penghulu / Y.B.
d.Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
e.Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
f.Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
g.Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
h.Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
i.Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
j.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
k.Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran kepada pelajar dalam dan luar negara seperti berikut :-

Bil
Tahap
Tempoh
Catatan
1
Sijil 
2 tahun   
Ma’ahad Bu’uth  dan Pusat bahasa
2
Diploma
3 tahun   
Darul Ifta’ dan lain-lain
3
Ijazah Pertama (BA)
4 tahun 
Pelajar biasa
4
Ijazah Pertama (BA)
2 tahun
Khusus untuk pelajar mu’adalah
5
Ijazah Pertama (BA)
6 tahun
Khusus untuk pengajian perubatan
6
Ijazah Pertama (BA)
3 tahun
Pengajian qiraat di Mesir
7
Master (MA)              
2 tahun
Pelajar biasa
8
Doktor Falsafah (Phd)  
4 tahun
Pelajar biasa

4. SYARAT KHUSUS DERMASISWA :
a. Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
b. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.
5. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN :
a.Setiap peringkat pengajian sama ada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja ( Bukan Double Degree).
b.Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

   i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA.
   ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
   iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
   iv. Pinjaman pelajaran disekat kerana keputusan peperiksaan yang rendah
   v. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
   vi. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

6. KADAR BANTUAN SEPERTIMANA BERIKUT :
a.Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average(GPA) 2.5 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil
Tahap Pengajian
Dalam Negara RM

1
Diploma
800.00
2
Ijazah Pertama
1,000.00


b.Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.

7. KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN :
a. Permohonan boleh dibuat secara “online” menerusi laman web MAIDAM www.maidamtrg.gov.my
b.Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah (bagi pelajar dalam negara) beserta dokumen berikut:

   i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut Malaysia /
      Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar luar Negara atau dari Bahagian Hal
      Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:

           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.
           - Keputusan peperiksaan
           - Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penangguhan semester.

   ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
       bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.
   iv. Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara
       yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.
   v. Pengesahan bermastautin di Terengganu
   vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).
   vii. Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.
c.Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar berkenaan.

8. KEMUDAHAN LANJUTAN PERMOHONAN
a. Kemudahan “LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang pernah membuat permohonan bantuan Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran sahaja.
b. Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta perlu mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap.
c.Menghantar borang tersebut beserta dokumen -dokumen berkaitan seperti di atas ( dokumen permohonan biasa) ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing (bagi pelajar dalam negara).

9. CARA BAYARAN :
a. EFT / cek / Cara lain yang bersesuaian.



       Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada : 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my

SUMBER: MAIDAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...