Saturday 15 December 2018

Cendawan Masak Pedas

Bahan-bahan

1. Cendawan
2. Bawang merah, bawang putih (blend)
3. Lada hitam (blend)
4. 2 ekor ikan selayang (yang telah direbus asing, ambil isinya dan hancurkan)
5. sedikit gula, garam dan perasa

Cara-cara

1. Masukkan air, cendawan, bawang, lada hitan, dan isi ikan selayang. Buka api gas, kemudian masukkan gula, garam dan perasa. Biar kan mendidih seketika. Dah siap. 

Tuesday 27 November 2018

Udang/Sotong Masak Merah

Bahan-bahan

Bahan tumis 
1. Cili boh
2. Bawang putih + merah
3. Halia 
4. Asam jawa @asam keping (nak sedap guna asam jawa) 
5. Belacan
6. Garam
7. Ajinomoto
8. Udang/sotong

Cara cara
Tumis cili boh sampai kemerahan pekat (nak pedas, tumis lama-lama), kemudian masuk kan bawang n halia yang telah diblend, kemudian masuk kan asam keping n belacan, garam n ajionomoto and masuk kan udang/sotong. kacau -kacau kemudian masuk kan air

Monday 16 July 2018

Resepi Kek Pisang Mudah Menggunakan Blender Sahaja

Bahan-Bahan:
1. 1 cawan pisang (dilecek)
2. 1 biji telur ayam
3. 1 cawan minyak masak, nak sedap minyak jagung la
4. 1 cawan gula (saya kurangkan sedikit, bergantung kepada kemanisan pisang itu)
5. 1 penutup esen pisang, kalo tak de pun letak esen vanilla pun tak pe
6. 1 1/2 tepung gandum (diayak)
7. 1 sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:
1. Blend telur dengan gula sampai bertukar warna menjadi putih dalam 3-5 minit
2. 
3. kemudian masukkan pisang yang telah dilecek bersama dengan minyak masak n esen pisang. Blend sehingga hancur.
4. Dibekas yang lain, masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat yang telah di ayak ke dalam satu bekas. 
5. kemudian masukkan hasil blend ke dalam tepung. kacau dengan senduk sehingga sekata.
6. sapukan acuan bekas kek dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat dengan acuan 
7. isi adunan tadi ke dalam acuan dan kukus (api besar) sehingga 15-20 minit
8. pastikan penutup pengukus ditutup dengan tuala atau kain supaya wap tidak jatuh ke dalam adunan kek. 

Satu adunan boleh dapat 17 biji bentuk love cm kat bawah ni :) 



Resepi ini adalah daripada siraplimau.com

# resepi kek pisang mudah dan gebu
# resepi kek pisang kukus
# resepi kek pisang blender
# resepi kek pisang tanpa mixer
# resepi kek pisang tanpa oven
# resepi kek pisang jimat kos
# resepi kek pisang semudah ABC

Monday 9 July 2018

Kacang Buncis Masak Kicap

Bahan-bahan:
1. kacang buncis
2. bawang besar (mayang)  + putih (pukul dengan lesung je)
3. belacan
4. cili boh
5. Air
6. Kicap
7. garam, ajinomoto


Cara-caranya:
1. tumis bawang, masukkan belacan, cili boh
2. kemudian masukkan kicap n sedikit air
3. masukkan kacang buncis
4. perasakan dengan garam, ajinomoto siap. 

Tumis Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
1. Ikan tongkol (potong ikut saiz yang anda suka)
2. bawang merah+putih+halia
3. lada lumat
4. Belacan
5. asam keping
6. Garam, ajinomoto

Cara-cara:
1. tumis bawang merah, putih, halia
2. kemudian masukkan lada lumat, belacan dan asam keping
3. masukkan sedikit air
4. masukkan ikan
5. dan perasakan dengan garam n ajinomoto

Sayur Lemak Terung

Bahan-bahan:
1. Terung (buang kulit dan potong ikut saiz yang ada suka)
2. air
3. belacan
4.garam
5. ajinomoto
6. santan


Cara-cara:
1. masukkan kesemua bahan, kecuali santan
2. masak hingga mendidih
3. apabila mendidih masukkan santan
4. Kacau seketika, siap

Sup Sayur Chalong (Bebola Ikan) Terengganu

Bahan-bahan:
1. Bawang merah+putih+halia
2. Serbuk rempah sup
3. lada hitam
4. Isi ikan
5. Carrot, batang saderi, bunga kobis, daun sup, daun bawang
6. garam, ajinomoto


Cara-cara:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, kemudian masuk kan serbuk rempah sup dan lada hitam yang telah diblend. 
2. Masukkan air dan sayuran seperti carrot, batang saderi, bunga kobis. 
3. Perasakan dengan garam dan ajinomoto
4. Apabila mahu mendidih masukkan daun sup dan daun bawang dan bebola ikan. 

Thursday 31 May 2018

Resepi Biskut Kacang Peas Mudah

Bahan-bahan:

1. 1 cawan Tepung Kacang Peas
2. 1 cawan Tepung Gandum
3. 1/2 cawan Gula Aising
4. 1/2 st Baking Powder
5. 1/2 st Garam
6. Minyak Mazola
7. 1 biji Telur Kuning


Cara-cara:

1. Gaulkan kesemua bahan 1-5, sehingga sebati.
2. Tuangkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh lembut.
3. Bentukkan bulat-bulat seperti guli.
4. Berus atas nya dengan telur kuning.
5. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan & Simpan dalam bekas kedap udara.


#Resepibiskutkacanghijaumudah
#Resepibiskutkacanghijausimple


Gambar daripada Aezlan Lan


Resepi ini adalah daripada HomeKreation


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk resepi lain anda boleh rujuk dibawah

Bahan-bahan:
1. 500g serbuk kacang peas
2. 1kg gandum
3. 1cawan tepung susu
4. 1cawan marjerin
5. 2 sdu kecil esen
6. 1 sdu kcil garam
7. 12 sdu besar gula halus
8. minyak mazola/jagung secukupnya


Cara-cara: 
1. Gaul sebati bahan 1-7 sehingga jadi seperti serbuk roti berderai
2. masukkan minyak sikit sikit sehingga boleh membentuk doh
3 Gentel jadikan bentuk bebola kecil atau cetak ikut acuan, sapu telur kuning atasnya
4. boleh letak sebarang kekacang atau gula.manik di atasnya
5. bakar 170•c selama 20minit atau ikut kesesuaian suhu oven masing2

***minyak jagung akan menghasilkan tekstur biskut lebih ringan berbanding minyak masak biasa..

Resepi daripada Aezlan Lan

Resepi Biskut Kacang Mazola Klasik

Bahan-bahan:

1. 2 cawan kacang tanah( disangai dan kisar)
2. 1 ½ cawan gula aising
3. 3 cawan tepung gandum
4. Sedikit garam halus
5. ½ botol minyak mazola ( botol kecil) agak2 sampai boleh bentuk bulat2
6. Kuning telur dan kacang tanah untuk hiasan...


Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk...
2. gaul sampai boleh bentuk bulat2...
3. Bakar 20 minit 180 darjah...siap.
Budak-budak pun boleh buat...senang mudah dan cepat...

Nota: 
1. Korang boleh tukarkan minyak mazola kepada minyak jagung, sebab minyak mazola pun harga dia agak mahal. haha
2. Disangai tu bermaksud, goreng kacang dengan api yang perlahan dan tanpa menggunakan minyak.




Resepi  ini adalah daripada group Masak Apa Hari Ni..(MAHN) oleh Noor Lela

Tuesday 29 May 2018

Kacang Tanah Pedas

Bahan-bahan:

1. 1/2 kg kacang tanah (di basuh & tos sehingga tiada lagi air pada kacang)
2. 1 mangkuk kecil tepung bestari
3. 1 sudu gula icing (campur dalam tepung)
4. 1 sudu kecil serbuk cili babas
5. 2 biji telur ayam

Cara-cara:
1. Pecahkan telur dalam bekas, kacau telur sehingga betul-betul hancur
2. Kemudian masukkan kacang. Kacau
3. Masukkan tepung bestari, gula icing dan serbuk cili babas
4. Kacau sehingga sebati
5. Siap untuk digoreng






Nota: Resepi ini adalah daripada Maziah Nur Wafa Wafa‎  dalam group Masak Apa Hari Ni..(MAHN)



#Resepi kacang botak
#Resepi kacang pedas

Resepi Tart Nenas

Bahan A: 

1. 1ketul buttercups 250g (keluarkan awal,bagi lembut)
2. 1sdb minyak sapi
3. 1sdb gula icing
4. 2 biji kuning telur
5. Pewarna kuning telur
Bahan B:
1. 1/2 cawan tepung gandum
2. sdb tepung kastard
3. 2 sdb tepung jagung

Bahan C: Glaze
1. 2 biji kuning telur
2. 1 sudu air
3. pewarna kuning 

Bahan C: Glaze (resepi lain)
1. 1 biji telur


Cara-cara:
1. Gaul sebati bahan A menggunakan senduk. 
2. Kemudian masukkan bahan B
3. Uli dengan tangga hingga tidak lekat kat tangan (kalau lembik tambahkan tepung gandum sikit-sikit.
4. Terapkan, letak inti dan glaze kuning telur.
5. Bakar selama 30 minit suhu 180c, api atas bawah sehingga garing. (resepi lain bakar selama 15/160c, 25/170, 20/180)

Nota: Resepi ini adalah daripada Suhaila Azhar daripada group Masak Apa Hari ni.. (MAHN)

---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN:
1. 1 ketul butter @ 250g marjerin
2. 3 1/4 cwn tepung gandum
3. 3 sudu gula icing
4. 1 biji kuning telur
5. 1 camca esen vanila
1)kacau sebati butter & gula
2)masukkan kuning telur & esen vanila kacau sebati lagi
3)masukkan tepung sedikit2 sampai jd doh
4)blh la gulungkan
5)sapukan kuning telur pd permukaan tart
6)bakar suhu 180 selama 20 minit. Siap! 

Nota: Resepi daripada Niza Mualif
---------------------------------------------------------------------------------

RESEPI LAIN

Bahan-bahan:
1. 250 gm butter/margarine (1 cawan paras) 
2. 250 gm tepung gandum (anggaran 2 1/4 cawan)
3. Inti nenas secukupnya

Cara-cara:

1. Sebatikan bahan 1 dan 2 guna seduk kayu sahaja sehingga kedua dua bahan sebati. Sekadar sebati sahaja. Tak jadi perlu kembang.
Adunan memang lembut dan melekat di jari.
2. Masukkan ke dalam acuan tart dan paip memanjang. Potong anggaran 2 inci panjang.
Saya menggunakan cutter khas*.
3. Letakkan inti jem nenas yang telah digentel memanjang. Berat anggaran 6 gram setiap biji.
4. Gulung kemas. Sapu dengan telur kuning kalau nak. Kalau tak nak pun tak pa.
5. Bakar pada suhu 140 darjah selama 25 hingga 30 minit.
NOTA:
1. Saya guna butter Anchor salted
2. Tepung cap bunga Ros
3. Inti nenas saya beli di kedai jual bahan bakery. Minta jem nenas THAI GRED A. Anggaran RM10 Sekilo.
4. Satu adunan akan menghasilkan anggaran 42 biji tart gulung.

Nota: Resepi daripada Zalina Yahya daripada group Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
---------------------------------------------------------------------------------

Resepi jem nenas
1. 2 biji nenas
2. 1 1/2 cawan gula
Blend nenas dengan gula guna setengah cawan air sahaja..
Masak kalau boleh guna kuali non stick, tutup nanti letup2 sikit.. 
Bila da kering boleh angkat.. sis tak guna pewarna ye.. warna asli.

Nota: Resepi daripada Jue Honey

Monday 28 May 2018

Resepi Biskut Suji Menggunakan Tiga Jenis Bahan

Bahan-bahan:
1. 1 cawan minyak sapi (Cairkan)
2. 3/4 cawan gula kastor (halus
3. 2 cawan tepung gandum
4. Hirisan ceri

Cara-cara:
1. Ayak tepung dan gula kastor bersama-sama supaya adunan tidak berketul.
2. Masukkan tepung dan gula yang di ayak ke dalam satu bekas
3. Kemudian masukkan minyak sapi
4. Gaul sehingga menjadi doh
5. Ambil sudu kecil, bentukkan bulat supaya sama saiz
6. Bentukkan tepung bulat-bulat di atas tapak tangan.
7. Letakkan hirisan ceri di atas bahagian tengah biskut
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius atas dan bawah selama 20-25 minit
9. Sejukkan dan siap untuk dimakan
10. Nak lagi sedap, lepas bakar sejukkan dan golek kan biskut dalam gula kastor



Resepi ini adalah daripada group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) dan daripada FashaFer Mazmy

#resepi biskut suji simple
#biskut suji 3 bahan
#biskut suji express

Monday 21 May 2018

Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan:

1. Bunga lawang
2. Bunga cengkih
3. Buah pelaga
4. Kulit kayu manis
5. Bawang merah+putih+halia (blend)
6. Lada hitam (blend)
7. Carrot
8. Bunga kobis
9. Baby corn
10. Tomato
11. Cili (dipotong)
12. Ayam/daging/udang/sotong
13. Mee kuning
14. Garam
15. Ajinomoto

Cara-cara:


1. Tumis 4 beradik iaitu Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, sehingga naik bau dan kekuningan, 

2. kemudian masuk kan bawang putih+merah+halia yang telah diblend, masukkan lada hitam yang diblend, tumis sehingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, ayam/daging dan carrot dulu, apabila carrot hampir masak  masukkan bunga kobis, baby corn, cili potong dan tomato. 
4. Masukkan bahan perasa seperti garam dan ajinomoto.  
5. Masukkan mee kuning dan udang. Apabila mendidih tutup api (jangan terlalu lama, jika tak nak mee kembang). Siap!!!


#Mee rebus sihat
#Mee rebus Terengganu

#Resepi Mee rebus simple 



Sunday 20 May 2018

Resepi Tepung Pelita Tanpa Kukus

Bahan-bahan :

A. LAPISAN BAWAH (HIJAU)

1. 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. Pewarna hijau




Masak bahan-bahan tersebut sehingga pekat




Masukkan satu sudu teh gula aising kedalam bekas



Kemudian masukkan lapisan bawah yang telah dimasak pekat kedalam acuan/bekas (tidak perlu tunggu sejuk, letak terus je panas-panas supaya gula tu larut)




B. LAPISAN ATAS
1. 4 Cawan santan
2. Sedikit garam
3. 4 sudu makan tepung beras



Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam periuk masak sehingga pekat




Apabila sudah pekat masukkan ke dalam acuan. Dan boleh masukkan kedalam peti ais. 



SIAP!!!!
Thanks Sally Ahmad for the resepi  diambil dari Facebook

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan:
1. Daun pucuk paku merah + daun kelsom + daun kemangi + daun selasih + kangkung + daun kadok + daun kunyit.
2. Ubi keledek ( dibuang kulit)
3. Budu (setengah botol budu, kalau boleh biar masin dengan budu, tak perlu guna garam). 
4. Beras (segenggam)
5. Isi kelapa tua dihiris (6 keping) dan  dibakar (jangan bakar terlampau hangus, sekadar warna koko tua, dan kemudian di blender halus.
6. Isi ikan selayang (2 ekor besar) (blend, dibuang tulang dulu)
7. Santan (Anggaran Rm2)
8. Bawang besar (1 biji) + Halia (besar ibu jari kaki) (Blend)
9. Garam (optional kalau cukup masin budu)
10. Lada hitam (1 sudu makan)(diblend)
10. Ajinomoto (Optional) 

Cara-cara:
1. Masak nasi sehingga hancur sehingga menjadi bubur
2. Apabila menjadi bubur masukkan bawang dan halia yang telah dblend bersama dengan isi ikan. Kacau. 
3. Masukkan ubi keledek
4. masukkan isi kelapa yang telah diblend, masukkan budu, lada hitam dan masukkan kesemua bahan-bahan bernombor satu. kacau.
5. Masukkan Ajinomoto dan Last sekali masukkan santan. Jangan terlampau lama, risau santan pecah minyak. 
6. Jika terlampau pekat tambahkan air. Masak sehingga daun lembut. Siap.



#Resepi bubur lambuk sedap
#Resepi bubur lambuk yang sangat sedap
#Resepi bubur lambuk orang Terengganu

Monday 14 May 2018

Resepi Kek Pisang Mudah Menggunakan Blender

Bahan-bahan:
1. 1 biji telur ayam
2. 1 cawan gula
3. 1 cawan minyak masak
4. 1 cawan pisang yang dilenyek
5. 1.5 cawan tepung gandum
6. 1 sudu teh soda bikarbonat
7. 1 sudu teh baking powder
8. 1 penutup botol esen pisang

Cara-cara:
1. Masukkan telur dan gula ke dalam blender, blend hingga betul-betul hancur dan halus teksturnya. 
2. Kemudian masukkan minyak dan pisang yang dilenyek kedalam blender tadi. Blend hingga sebati dan hancur. 
3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend ke dalam besen atau apa apa bekas.
4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan soda bikarbonat dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit yaaa.. Kacau hingga sebati n sehingga habis tepung. 
5. Masukkan esen pisang dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati
6. Sapukan loyang atau bekas cake ngan minyak n tuang sehingga penuh
7. Kukus selama 40 minit jika menggunakan loyang n 20 minit jika menggunakan cup. 

Resepi ini adalah daripada siraplimau.com

# resepi kek pisang mudah
# resepi kek pisang kukus
# resepi kek pisang blender
# resepi kek pisang tanpa mixer
# resepi kek pisang tanpa oven
# resepi kek pisang jimat kos
# resepi kek pisang semudah ABC

Thursday 19 April 2018

How to Remove Ads in YouTube

Steps
1. Type "Chrome Web Store" or click blue words below 

Chrome Web Store - Extensions


2. Then you will see the pic below, and type adblock plus



3. Then you will see three type of adblock. Choose the first one "Adblock Plus"




4. DONE. No need to setting in YouTube. Just install this apps. Settled. 

Monday 16 April 2018

Resepi Ikan Singgang Terengganu

Bahan-bahan:
1. Ikan tongkol (dipotong)
2. Lengkuas (lagi banyak lagi sedap)
3. kunyit
4. Asam Gelugor (1-2 keping)
5. Garam
6. Cukup rasa/ajinomoto
7. Air



Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dan perasakan dengan garam dan cukup rasa.
2. Masak hingga mendidih. Siap

Resepi Singgang Sotong Terengganu

Bahan-bahan:
1. Sotong jarum
2. Bawang merah (4biji) @ bawang besar (1biji) (Mayang)
3. Bawang Putih (3-4 ulas) (Hiris)
4. Serai 1 batang
5.  Cili (3 biji)
6. Air
7. Garam
8. Cukup rasa@ Ajinomoto


Cara-cara:
1. Masuk kan semua bahan 1-6 ke dalam periuk dan letakkan di atas dapur gas.
2. Kemudian masukkan garam dan cukup rasa. 
3. Masak sehingga mendidih. Siap

Tuesday 10 April 2018

Resepi Kuah Laksa Putih Terengganu

Bahan-bahan :
1. Isi ikan selayang 5-6 ekor 
2. Bawang merah + halia
3. Lada hitam (blend) 
4. Santan 
5. Garam 
6. Ajinomoto 


Cara-cara :
1.  Masuk kan bawang merah + halia dan isi ikan yang telah diblend ke dalam periuk. Buka kan api gas.


2. Kemudian masuk kan lada hitam yang telah diblend . Kacau. 
3. Masuk kan santan. Kacau. Jika pekat tambah kan sedikit air. 
4. Masuk kan garam dan ajinomoto secukup rasa. 
5. Apabila berbuih tutup. Jangan tunggu sehingga menggelegak ye. Siap. 

Sunday 8 April 2018

Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan:
1. Bawang putih + merah + halia (blend) 
2. Bunga kantan 
3. Serai 
4. Daun kelsom 
5. Serbuk kunyit 
6. Air asam jawa 
7. Belacan 
8. Lada lumat 
9. TomaTo 


Cara-cara : 
1. Tumis bawang putih + merah + halia kemudian masuk kan lada lumat dan Serbuk kunyit dan daun kelsom dan bunga kantan dan serai 
2. Kemudian masuk kan belacan dan air asam jawa 
3. Masuk kan air sedikit 
4. Masuk kan ikan 
5. Masuk kan tomato / kacang bendi 

Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:
1. Ayam
2. Lada lumat 
3. Bawang putih+merah+halia 
4. Daun kari 
5. Jintan putih 
6. Lada hitam
7. Garam 
8. Ajinomoto 
9. Bunga cengkih + rawang + kayu manis.


Cara-cara:
1. Mayang bawang putih +merah
2. Tumis bersama bunga cengkih + rawang + kayu manis (kalo kari ikan / ketam tak yah letak), Letak 2 je bagi setiap jenis bersama dengan daun kari  sehingga kekuningan kemudian masuk kan Bawang putih + merah + halia +Jintan putih dan lada hitam yang telah dblend sehingga kekuningan, masuk kan serbuk kari babas. 
3. Kemudian masuk kan lada lumat 
4. Masuk kan ayam, Tumis, then baru masuk kan air sikit. 
5.  Apabila mendidih masuk kan santan.
6. Masak beberapa minit. Siap  

Saturday 7 April 2018

Resepi Sayur Keladi Orang Terengganu

Bahan - bahan:
1. Batang keladi
2. Daun kelsom
3. Satu atau dua ekor Ikan selayang (rebus, tumbuk halus isi ikan) 
4. Lada hitam (tumbuk) 
5. Garam, ajinomoto, gula
6. Bawang putih + merah (kisar) 
7. Budu

Cara-cara 
1. Rebus batang Keladi sampai empuk/lembik kemudian toskan air nya. 
2. Masuk kan Batang Keladi yang telah direbus ke dalam periuk, masuk kan air, garam, ajino, gula, budu, lada hitam, daun kelsom, bawang putih n merah yang telah dikisar dan isi ikan. 
3. Masak sehingga mendidih. Siap. 

Nota :
Tidak perlu tumis bawang. 

Tuesday 23 January 2018

Resepi Agar-Agar Santan

Bahan-bahan 
1. 2 sudu besar Serbuk agar-agar 
2. 3/4 cawan gula 
3. 200 ml santan kotak kecil
4. 900 ml air 
5. Secubit garam
6. 1 biji telur 
7. Daun pandan 

Cara-cara 
1. Blend daun pandan bersama air,  tapiskan (ambil air sedikit daripada 900ml).
2. Masuk kan serbuk agar agar, gula, air pandan ke dalam periuk, masak hingga mendidih. 
3. Pukul telur bersama santan. 
4. Apabila mendidih tuang kan santan yg telah dipukul dengan telur dan kacau hingga mendidih. Apabila mendidih tutup api. 
5. Basah kan acuan dan tuang. 







Resepi Apam Susu

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum 
2. 1 sudu teh baking soda
3. 4 biji telur ayam 
4. 1 cawan gula
5. 1 sudu besar ovallete 
6. 1 sudu teh even vanilla 
7. 4 sudu besar susu pekat 
8. 4 sudu besar minyak jagung 
9. Perwarna 

Cara-cara 
1. Ayak bahan 1 dan 2, ketepikan 
2. Putarkan bahan 3-6 hingga gebu
3. Apabila gebu, masuk kan susu pekat, Putarkan 
4. Masuk kan pula minyak jagung, Putarkan 
5. Putar hingga betul2 gebu
6. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit, guna kan kaedah kaut balik, ulang sehingga tepung habis. 
7. Bahagi kan kepada 3 bahagian 
8. Warna kan mengikut pilihan warna anda. 
9. Masuk kan adunan secara berselang seli ke dalam loyang sehingga adunan habis. (sapu loyang ngan minyak atau mentega) 
10. Masuk kan ke dalam pengukus 
11. Kukus selama 40 minit. 













Sunday 21 January 2018

Resepi kuih lapis

Bahan-bahan:
1. 1 cawan tepung beras 
2. 2 sudu besar tepung gandum 
3. 2 sudu besar tepung jagung 
4. 1/4 sudu teh garam
5. 2 cawan santan 
6. 0.5 cawan gula
7. Pewarna 

Cara-cara: 
1. Santan + gula + garam, panas kan dia atas dapur, sekejap Sahaja sehingga cair. 
2. Masuk kan adunan pertama ke dalam tepung (tak perlu sejuk kan, campur kan Je terus) (tiga jenis tepung), kacau dan tapis, bahagi kan kepada 3 bahagian. 
3. Sapu kan minyak pada loyang 
4. Panas kan Air dalam kukusan 
5. Masukan 100ml adunan ke dalam loyang dan kukus selama 5 min. Dan ulang cara yang sama sehingga adunan habis mengikut pilihan warna yang anda sukai 
6. Selepas lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 
7. Biar kan sejuk then baru potong.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...