Tuesday, 19 January 2016

SOALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) 2016

THE EXAMPLE QUESTION OF  PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK EXAM


SOALAN PTD TAHUN 2015 DAN KE BAWAH



SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 50

Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali
A. menangani kos sara hidup.
B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
I. kanak-kanak.
II. balu askar dan polis.
III. orang kelainan upaya.
IV. mangsa bencana alam.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Jawapan: A

3) Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu?
A-Kedah
B-Perak
C-Johor
D-Sabah

Jawapan: A

4) Semasa penerimaan barang dari pembekal, apakah prosedur yang perlu dilalui dahulu oleh sesebuah syarikat atau agensi kerajaan mengikut susunan di bawah ini?
I. Pegawai Keselamatan Cop “Delivery Order” untuk pastikan barang tersebut wujud dan masuk ke dalam kawasan jabatan.
II. Penyelia Stor Menerima Barang dan mengira barang.
III. Penyelia stor akan menandatangani “Delivery Order”.
IV. “Delivery Order” yang telah disahkan oleh ketua jabatan pula diberikan kepada kerani akaun untuk direkodkan ke dalam sistem akaun syarikat.

A. I, III, IV,II
B. I, II, III, IV
C. I, III, II, IV
D. I, IV,II,III

Jawapan: B














SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 40

Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

































SOALAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) 2016

19 JANUARI 2016




Math

Jawapan: 
D) (72.16/8) + (45.34-37.63)

Nota: Jangan buang masa. Tekan je kalkulator saintifik. Banyak & panjang lagi soklan lain.

C


Math

Jawapan: 
D) RM 510

Cara kira:
Anggerik - RM2.50 x 40 = RM100
Cempaka - RM1.50 x 20 = RM30
Matahari - RM5.00 x 60 = RM300
Mawar - RM1.00 x 80 = RM80

100 + 30 + 300 + 80 = RM510

Jawapan: 
c) 36

Cara kira:
Mimi = RM310
Adik = 4/5 x RM310 = RM248
Mimi + Adik = RM310 + RM248 = RM558

3 Sains = RM25 x 3 = RM75
4 Math = RM32 x 4 = RM128
2 Sejarah = RM?
4 Geog = 3/4 Sejarah
Baki = RM175

2 Sejarah (S) + 4 Geog (G) = RM558-RM75-RM128-RM175) = RM180

2S + 4G = 180
2S + 4(3/4S) = 180
2S + 3S = 180
5S = 180
S = 36

Math (IQ)

Jawapan: 
D) 49

Cara kira:
89 = 13 + 27 + Z
Z = 49

Nota 1: Nombor dalam kotak tengah adalah hasil tambah 3 nombor yang lain.

Math

Jawapan: 
C) 100

Cara kira:
2/5 = X
3/5 = 60+40+50 = 150
150 ÷ 3 = 50

X = 50 x 2 = 100



Math

Jawapan: 
B) 7

Cara kira:
(3+4+5+6+6+8+8+8+15) ÷ 7 (jumlah nombor) = 7

Math (IQ)

Jawapan: 
D) 87

Nota: Terbalikkan skrin / tengkuk korang. Either one. Jangan amek remeh isu viral. Ia mungkin masuk soklan exam anda!


D


D

Pengetahuan Am

Jawapan: 
B) I dan III

Nota:
Permanent - AS, China, Perancis, Rusia, UK
Non-permanent - Angola, Japan, Malaysia, Mesir, New Zealand, Senegal, Sepanyol, Ukraine, Uruguay, Venezuela







D

D

A



D







C

























SUMBER: Athira AlCaza

Monday, 18 January 2016

Bantuan Kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi

Bantuan Kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (SARAWAK SAHAJA)
Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara. Skop bantuan IPT dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di Semester 1 Tahun Satu sahaja pada peringkat matrikulasi, Diploma atau Ijazah Pertama atau mana-mana kursus/sijil selama enam bulan keatas bagi membolehkan mereka mendaftarkan diri. Sementara itu, skop IPT luar negara pula dikhususkan bagi peringkat Ijazah sahaja dan lebih kepada bantuan sokongan kepada pemohon. 

Syarat Kelayakan
-Pemohon adalah pelajar Islam Sarawak dan/atau bermastautin di negeri Sarawak.
-Sarjana dan PhD tidak layak memohon
-Semester 1 Tahun Satu

PERMOHONAN BOLEH DI BUAT DISINI



















Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Menengah dan Rendah

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah kini memudahkan ibubapa untuk menyemak markah keputusan peperiksaan awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun anak-anak dengan SECARA ONLINE di laman web KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA  atau KLIK SINI
Ibubapa juga boleh menyemak keputusan anak-anak dan melihat KDK (KEDUDUKAN DALAM KELAS), KDD (KEDUDUKAN DALAM DARJAH) dan KDT (KEDUDUDKAN DALAM TINGKATAN).

LANGKAH 1:

LANGKAH 2: 
-Masukkan No. K/P atau Mykid atau Sijil Lahir
-Jenis Sekolah Rendah @ Menengah
-Tahun
-Semak Laporan


LANGKAH 3:
 -Pilih Jenis Peperiksaan (Sama ada Peperiksaan Pertengahan Tahun @ Akhir Tahun)
-Klik PAPAR SLIP KEPUTUSAN  untuk download keputusan peperiksaan
- atau KLIK PAPAR MARKAH PEPERIKSAAN



CONTOH SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

*** KDK: Kedudukan Dalam Kelas
*** KDD: Kedudukan Dalam Darjah








Friday, 15 January 2016

Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu: Tarikh Tutup 31 MAC 2016

 Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara , Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) kini dibuka dan akan ditutup pada 31 MAC 2016 ( Khamis ).

• Bagi Pelajar persendirian yang belum pernah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS hendaklah mengisi pada ruangan “ Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara”

• Manakala bagi pelajar yang telah mendapat Bantuan Zakat IPTA/IPTS pada tahun lepas hendaklah mengisi pada ruangan “ Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara.


• Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian ( Online ) dipautan http://www.espmb.com/maidam_zakat.

• Sila gunakan Google Chrome Sebagai pelayar.

• Permohonan online yang dicetak bersama dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Unit Agihan Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu ( MAIDAM ) sebelum 31 MAC 2016.

• Sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada dermasiswa@gmail.com atau Hubungi 09-6303030 samb Unit Agihan Zakat ( Bantuan Zakat IPTA/IPTS )

• Tarikh Tutup Permohonan pada 31 MAC 2016.

Sumber:  MAIDAM (PUSAT URUSAN ZAKAT TERENGGANU)



SYARAT-SYARAT BANTUAN DERMASISWA & BANTUAN AM PELAJARAN ZAKAT MAIDAM

1. SYARAT-SYARAT UMUM
 
  a.


b.

c.


d.

e.


f.

g.


h.


i.

j.

k.











Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri 
Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.

Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama
menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Pengerusi JKKK.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.

Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi
permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.

Tarikh pembukaan permohonan Bantuan Dermasiswa adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi
atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.

Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke
institusi pengajian berkenaan .

Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.

Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.

Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran
kepada pelajar dalam dan luar negara seperti berikut :-

   i. SIJIL : 2 tahun ( Ma’ahad Bu’uth & Pusat bahasa)
   ii. DIPLOMA : 3 tahun ( Darul Ifta’ dan lain-lain )
   iii. IJAZAH PERTAMA (BA) : 4 tahun
   iv. IJAZAH PERTAMA (BA) : 2 tahun khusus untuk pelajar mu’adalah
   v . IJAZAH PERTAMA (BA) : 6 tahun khusus untuk pengajian perubatan
   vi. IJAZAH PERTAMA (BA) : 3 tahun pengajian qiraat di Mesir.
   vii. MASTER (MA) : 2 tahun.
   viii. DOKTOR FALSAFAH (PhD): 4 tahun.

 
2. SYARAT KHUSUS BANTUAN DERMASISWA:
 
  a.





b.




Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber
pendapatan sendiri atau tetap samada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan
samada elaun atau seumpamanya dari mana-mana sumber samada daripada Yayasan Terengganu atau
badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa 

Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi
pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh
kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.



3. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN:
 
  a.


b.








Setiap peringkat pengajian samada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja ( Bukan Double Degree)

Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

   i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA.
   ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
   iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
   iv. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
   v. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

 
4. KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN
 
  a.

b.
























c.

Permohonan boleh dibuat secara “online” menerusi laman web MAIDAM www.maidamtrg.gov.my

Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat pejabat MAIDAM beserta dokumen berikut:

   i. Surat Pengesahan dari Jabatan Penuntut Malaysia /Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar
      luar negarayang mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   ii.Surat Pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar tentang status terkini pelajar dalam negara
      luar negarayang mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   iii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iv. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
   v. Keputusan peperiksaan terkini bagi yang berkaitan.
   vi. Surat tawaran belajar.
   vii. Salinan surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Universiti.
   viii. Sijil-sijil akademik.
   ix. Pengesahan bermastautin di Terengganu oleh Amil Zakat/ Pengerusi JKKK.
   x. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
   xi. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

 
5. PERHATIAN
 
  a.


b.
















“LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang telah diluluskan salah satu daripada bantuan seperti di atas sebelum ini.

Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta menghantar maklumat berikut untuk tindakan MAIDAM.

   i. Surat Pengesahan dari Jabatan Penuntut Malaysia /Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar
      luar negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar tentang status terkini pelajar dalam negara yang
      mengandungi maklumat berikut:
           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.

   ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri.
   iv. Keputusan peperiksaan terkini bagi yang berkaitan.
   v. Salinan surat pengesahan sebagai pelajar dari pihak Universiti.
   vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN).
   vii. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 
6. PERTANYAAN :

       Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada :

Jabatan Baitulmal
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20676 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my


Sumber: MAIDAM
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...