Wednesday, 24 May 2017

Ikan Masak Asam Pedas


Bahan-bahan:
1. Ikan (Siakap/Tenggiri/Ikan merah, apa-apa ikan je yang korang suka)
2. Bawang putih
3. Bawang Merah
4. Halia
5. Air
6. Asam gelugur (3 keping)
7. Bunga Kantan 1 kuntum
8. Serbuk kunyit atau kunyit hidup
9. Garam
10. Lada Lumat 1 atau 2 sudu
11. Ajinomoto (Terpulang nak letak ke tak)

Cara-cara
1. Masukkan ikan dan air dalam periuk, air tu agak-agak je.
2. hidupkan api gas
3. Sementara itu blend bawang putih+merah+halia
4. Siap blend terus masukkan dalam periuk tadi.
5. kemudian masukkan asam gelugur, bunga kantan, sedikit serbuk kunyit, lada lumat, garam dan ajinomoto
6. biarkan ianya mengelegak seketika, then siap. 

*Just nak bagi tahu resepi asam pedas orang terengganu ni sihat tau. Tak perlu tumis bawang semua. minyak memang tak guna la. Resepi amat mudah dan senang. Selamat mencuba uolls. 

Sunday, 1 January 2017

Permohonan Bantuan Zakat (MAIDAM) Terengganu Dibuka: Bermula 3 Julai hingga 31 Ogos 2017

Bantuan Zakat IPTA/IPTS akan dibuka 3 Julai 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Para pelajar anak Terengganu yang sedang menuntut di IPT Dalam dan Luar Negara dipelawa memohon.


Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran IPTA/IPTS MAIDAM
Permohonan Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran Zakat IPTA/IPTS telah dibuka bermula 3/7/2017 sehingga 31/8/2017. Sila hantar borang yang telah dicetak bersama-sama salinan dokumen yang diperlukan ke Pejabat Urusan Zakat (PUZ) Daerah masing-masing. Harap maklum. Permohonan Bantuan Dermasiswa dan Am Pelajaran Zakat IPTA/IPTS ini hanya layak dimohon sekali setahun sahaja untuk setiap pelajar, sekiranya pelajar telah membuat permohonan bagi sesi Januari - Mac 2017, maka pelajar tersebut tidak layak memohon untuk sesi Julai - Ogos 2017 ini.




MAKLUMAT-YANG PERLU DIISI OLEH PEMOHON







SYARAT-SYARAT DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

1. OBJEKTIF :
a. Menyediakan bantuan kepada penuntut Terengganu yang tidak berpeluang mendapat pinjaman atau pembiayaan pengajian di dalam dan luar negara.
b .Meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung kos pengajian anak-anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi.
c.Membuktikan keprihatinan MAIDAM ke atas umat Islam di negeri Terengganu dalam menggalakkan menimba ilmu pengetahuan.

2. ASNAF : Fisabililllah

3. SYARAT-SYARAT UMUM DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN :
a. Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
b .Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
c.Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi telah lama menetap / bermastautin di Terengganu yang di sahkan oleh Amil Zakat/ Ketua Kampung / Pengerusi JKKK/ Penghulu / Y.B.
d.Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh MAIDAM secara online.
e.Surat bukti bahawa pemohon telah memohon pinjaman daripada badan yang mengeluarkan pinjaman tetapi permohonan tersebut ditolak, hendaklah disertakan bersama dalam permohonan tersebut.
f.Tarikh pembukaan permohonan bantuan adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
g.Pemohon adalah seorang yang telah diterima belajar atau telah belajar di institusi pengajian tinggi atau universiti yang boleh dibiaya pengajian oleh pihak MAIDAM.
h.Mestilah dibuktikan dengan dokumen-dokumen berkaitan serta surat tawaran dan penerimaan masuk ke institusi pengajian berkenaan .
i.Pemohon yang mengikuti bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab diberi keutamaan.
j.Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan yang melalaikan.
k.Tempoh pemberian Bantuan Dermasiswa atau Bantuan AM Pelajaran kepada pelajar dalam dan luar negara seperti berikut :-

Bil
Tahap
Tempoh
Catatan
1
Sijil 
2 tahun   
Ma’ahad Bu’uth  dan Pusat bahasa
2
Diploma
3 tahun   
Darul Ifta’ dan lain-lain
3
Ijazah Pertama (BA)
4 tahun 
Pelajar biasa
4
Ijazah Pertama (BA)
2 tahun
Khusus untuk pelajar mu’adalah
5
Ijazah Pertama (BA)
6 tahun
Khusus untuk pengajian perubatan
6
Ijazah Pertama (BA)
3 tahun
Pengajian qiraat di Mesir
7
Master (MA)              
2 tahun
Pelajar biasa
8
Doktor Falsafah (Phd)  
4 tahun
Pelajar biasa

4. SYARAT KHUSUS DERMASISWA :
a. Bantuan Dermasiswa disalurkan melalui sinf fisabilillah dan khusus untuk pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama ada bergaji penuh atau sebahagian dan tidak mendapat apa-apa bantuan sama ada elaun, pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan yang lain dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
b. Bantuan ini hanya layak dipertimbangkan kepada pemohon- pemohon yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi atau universiti awam atau swasta dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia / pihak berkuasa Malaysia.
5. SYARAT KHUSUS BANTUAN AM PELAJARAN :
a.Setiap peringkat pengajian sama ada BA , MA atau PhD , pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekiranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja ( Bukan Double Degree).
b.Bantuan Am Pelajaran disalurkan melalui sinf fisabilillah dan boleh dipertimbangkan kepada para pelajar seperti berikut iaitu :-

   i. Institusi pengajian yang tidak diiktiraf JPA.
   ii. Pengajian jarak jauh ( PJJ ) .
   iii. Penambahan semester pengajian layak pertimbangkan bantuan sekali sahaja.
   iv. Pinjaman pelajaran disekat kerana keputusan peperiksaan yang rendah
   v. Penerima bantuan MYBRAIN tidak dipertimbangkan.
   vi. Pemohon tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.

6. KADAR BANTUAN SEPERTIMANA BERIKUT :
a.Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average(GPA) 2.5 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil
Tahap Pengajian
Dalam Negara RM

1
Diploma
800.00
2
Ijazah Pertama
1,000.00


b.Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.

7. KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN :
a. Permohonan boleh dibuat secara “online” menerusi laman web MAIDAM www.maidamtrg.gov.my
b.Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah (bagi pelajar dalam negara) beserta dokumen berikut:

   i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut Malaysia /
      Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar luar Negara atau dari Bahagian Hal
      Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:

           - Bidang Pengajian.
           - Tahun Pengajian.
           - Pinjaman/ Pembiayaan semasa.
           - Keputusan peperiksaan
           - Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penangguhan semester.

   ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.
   iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
       bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.
   iv. Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara
       yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.
   v. Pengesahan bermastautin di Terengganu
   vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).
   vii. Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.
c.Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar berkenaan.

8. KEMUDAHAN LANJUTAN PERMOHONAN
a. Kemudahan “LANJUTAN PERMOHONAN” hanya khusus untuk para pelajar yang pernah membuat permohonan bantuan Dermasiswa atau Bantuan Am Pelajaran sahaja.
b. Mereka perlu mengemaskini maklumat masing-masing melalui laman web serta perlu mencetak borang yang telah diisi dengan lengkap.
c.Menghantar borang tersebut beserta dokumen -dokumen berkaitan seperti di atas ( dokumen permohonan biasa) ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing (bagi pelajar dalam negara).

9. CARA BAYARAN :
a. EFT / cek / Cara lain yang bersesuaian.



       Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada : 

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my

SUMBER: MAIDAM

Saturday, 22 October 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH 2016

IKLAN JAWATAN KOSONG YAYASAN TERENGGANU 2016 


Permohon adalah dipelawa daripada calon-calon yang berkelayakan sahaja bagi memenuhi jawatan-jawatan berikut : - 

1. JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT)/GURU INTERIM GRED DC41 BAGI SUBJEK BERIKUT :- 

i) Bahasa Melayu 
ii) Bahasa Arab
iii) Sains 
iv) Bahasa Inggeris 
v) Teknologi Maklumat 
vi) Matematik 
vii) Bahasa Arab Asing 
viii) Pendidikan Agama Islam 
ix) Kaunselor x) Quran 
xi) Sejarah 
xii) Kemahiran Hidup Bersepadu 
xiii) Geografi 

2. PENEMPATAN : Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 

3. TARAF JAWATAN : Sandaran 

4. * KADAR ELAUN BULANAN 



5. SYARAT LANTIKAN : 

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia serta rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. 
ii. Umur tidak melebihi 35 tahun bagi siswazah 
iii. Mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf 
iv. Mempunyai kepujian Bahasa Melayu diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran lain. 
v. Bagi lantikan guru agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan kepujian Bahasa Arab sekurang-kurangnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mata pelajaran Agama Islam Tinggi atau Empat (IV) Senawi atau setaraf dengannya. 
vi. Seseorang calon boleh juga ditawarkan dan dilantik ke dalam kategori yang rendah daripada kelayakan yang diperolehi mengikut keperluan dan kepentingan Perkhidmatan. 

6. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN : 

Pegawai-pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Wednesday, 28 September 2016

Jawatan Kosong


Iklan kekosongan Jawatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS)






Sumber: FB Universiti Malaysia Sabah & Iklan kekosongan bukan akademik

Tuesday, 27 September 2016

Solow Growth Model


How to Derive Solow Growth Model




Monday, 26 September 2016

Semak Status Anda, Anda Mungkin Terpilih Mendapat Decoder Percuma

Unit Dekoder Percuma






Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah 
terpilih di seluruh negara.



KLIK SINI UNTUK SEMAK





















Untuk semak sama ada anda terpilih untuk dapat decoder percuma ataupun tidak,
 KLIK SINI atau klik link ini
http://mytvbroadcasting.my/phase2/index.php atau klik ini MyTV


Jika anda berjaya :)

















Ejen Pemasangan

Penerima MYTV Basic dinasihatkan untuk membuat pemasangan sendiri berpandukan 
Panduan Pemasangan yang disertakan bersama set dekoder. Bagaimanapun, sekiranya 
anda memerlukan bantuan pemasangan antena luaran, caj pemasangan sebanyak 
RM180 (termasuk antena dan pendawaian) akan dikenakan. Bagi yang memerlukan 
bantuan teknikal selain daripada pemasangan antena pula, caj minimum sebanyak 
RM50 akan dikenakan.


Saluran yang boleh ditonton menerusi MyFreeview
Buat masa ini saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, 
TV9 dan Bernama NewsChannel (BNC). Jumlah saluran akan bertambah dari semasa 
ke semasa.


Jika  terpilih, bagaimana akan menerima set dekoder 
Set dekoder MYTV Basic akan dihantar melalui perkhidmatan Pos Laju ke alamat anda. 

LIPUTAN SIARAN
Siaran DTT oleh MYTV kini dipancarkan menerusi 13 pemancar utama di seluruh negara, 
meliputi kira-kira 80% kawasan berpenduduk di Malaysia. Secara keseluruhan, MYTV 
merancang untuk memasang sejumlah 60 pemancar utama dan 40 pengisi jurang 
(gap fillers) yang akan meliputi 98% kawasan berpenduduk negara pada 2018


Senarai kawasan liputan siaran DTT di bawah adalah berdasarkan ujian lapangan serta 
jangkaan melalui ujian simulasi setakat 31 Ogos 2016 . Untuk maklumat lanjut mengenai
 status liputan DTT di kawasan anda, sila rujuk wakil jualan
MYTV berhampiran anda.


NEGERI
BANDAR/DAERAH
KELANTAN
Machang, Tanah Merah, Pasir Putih, Melor, Bachok, Pasir Mas, Kuala Krai, Ketereh
TERENGGANU
Besut, Kuala Terengganu, Gong Badak, Batu Rakit, Chalok, Merang, Bukit Payong, Kedai Buluh, Marang, Kelulut, Ajil, Kuala Berang
PAHANG
Kuantan, Balok, Gebeng, Cherating, Geliga (Cukai), Bukit Goh, Sungai Pancing, Gambang, Pekan, Bentong, Karak, Mentakab, Temerloh, Triang, Chenor, Kuala Krau, Jengka
SABAH
Kuala Penyu, Membakut, Papar, Kinarut, Penampang, Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Likas, Inanam, Sepangar, Karambunai, Tamparuli, Tuaran, Sulaman, Kota Belud (sebahagian), Tawau, Tanjung Batu Laut,
Pulau Sebatik, Andrassy, Pulau Kaniogan, Sepilok, Kota Kinabatangan, Sentosa, Batu Putih
KEDAH
Gurun, Kota Sarang Semut, Pendang, Kuala Kedah, Alor Setar, Kepala Batas, Jitra, Jeniang, Sik, Bedong, Yan, Merbok, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kota Kuala Muda, Kuala Ketil, Padang Serai, Kulim
PERLIS
Sebahagian Negeri Perlis
PULAU PINANG
Penaga, Kepala Batas, Tasek Gelugor, Butterworth, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Prai, Bukit Mertajam, Simpang Ampat, Pulau Tikus, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah
PERAK
Manjung, Lekir, Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang, Sabak Bernam, Langkap, Kampong Gajah, Bidor, Tapah, Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Tanjung Tualang, Parit, Lambor,
Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Tanjung Malim, Slim River, Sungkai, Bidor, Hutan Melintang
JOHOR
Ayer Hitam, Parit Raja, Seri Gading, Simpang Renggam, Senggarang, Rengit, Benut, Layang-layang, Bandar Tenggara, Gugusan Taib Andak, Kota Tinggi, Ulu Tiram, Kulai, Senai, Pekan Nanas, Pontian, Kukup, Skudai, Gelang Patah Nusajaya, Tanjung Kupang, Johor Bahru, Seri Alam, Masai, Pasir Gudang
NEGERI SEMBILAN
Nilai, Labu, Mantin, Lenggeng, Seremban (sebahagian), Senawang (sebahagian)
SARAWAK
Sematan, Lundu, Bau, Siburan, Kota Sentosa, Kota Samarahan, Kuching, Santubong, Rampangi, Petra Jaya,
Asajaya, Sebangan
SELANGOR
Gombak, Rawang, Batu Arang, Bestari Jaya, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Jeram, Puncak Alam, Kelang, Sungai Buloh, Subang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kajang, Hulu Langat, Semenyih, Beranang, Serdang, Bangi, Puchong, Cyberjaya, Dengkil, Sepang, Sungai Pelek, Banting, Sekinchan, Sungai Besar,
Sabak Bernam, Kuala Kubu Baru
KUALA LUMPUR
Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
PUTRAJAYA
Seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya


MYTV Broadcasting Sdn Bhd (897549-X)
2271, Jalan Usahawan 2, 
Cyber 6, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan 
Tel : +603-8313 6988

Pusat Khidmat Pelanggan 
1300-80-6988 

Wednesday, 21 September 2016

What is Balanced Growth Path

 In a steady state, there is balanced growth. That is, output and capital grow at the same rate: call it g.

Balanced growth refers to an allocation where output grows at a constant rate and capital-output ratio, the interest rate, and factor shares remain constant

A balanced growth path is a situation where each variable in the model is growing at a constant rate.

A balanced growth path is a path along which the quantities Y; K; and C are positive and grow at constant rates (not necessarily positive and not necessarily the same). 

(i) if there is balanced growth, then gY = gK = gC; and the ratios Y=K; C=K; and C=Y are constant; 

(ii) if Y=K and C=Y are constant, then Y; K; and C grow at the same constant rate, i.e., not only is there balanced growth, but the growth rates of Y; K; and C are the same.

The steady state level of capital per unit of effective labour, k* , is the level of capital per unit of effective labour that equates break even investment and actual investment i.e., sf(k*)=(n+g+δ)k*.

The golden rule level of capital per unit of effective labour, kG , is the steady state level of capital per unit of effective labour that would maximize the steady state value of consumption per unit of effective labour.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...