Monday 16 July 2018

Resepi Kek Pisang Mudah Menggunakan Blender Sahaja

Bahan-Bahan:
1. 1 cawan pisang (dilecek)
2. 1 biji telur ayam
3. 1 cawan minyak masak, nak sedap minyak jagung la
4. 1 cawan gula (saya kurangkan sedikit, bergantung kepada kemanisan pisang itu)
5. 1 penutup esen pisang, kalo tak de pun letak esen vanilla pun tak pe
6. 1 1/2 tepung gandum (diayak)
7. 1 sudu teh soda bikarbonat
8. 1 sudu teh baking powder

Cara-Cara:
1. Blend telur dengan gula sampai bertukar warna menjadi putih dalam 3-5 minit
2. 
3. kemudian masukkan pisang yang telah dilecek bersama dengan minyak masak n esen pisang. Blend sehingga hancur.
4. Dibekas yang lain, masukkan tepung gandum bersama dengan baking powder dan soda bikarbonat yang telah di ayak ke dalam satu bekas. 
5. kemudian masukkan hasil blend ke dalam tepung. kacau dengan senduk sehingga sekata.
6. sapukan acuan bekas kek dengan sedikit minyak supaya kek tidak melekat dengan acuan 
7. isi adunan tadi ke dalam acuan dan kukus (api besar) sehingga 15-20 minit
8. pastikan penutup pengukus ditutup dengan tuala atau kain supaya wap tidak jatuh ke dalam adunan kek. 

Satu adunan boleh dapat 17 biji bentuk love cm kat bawah ni :) 



Resepi ini adalah daripada siraplimau.com

# resepi kek pisang mudah dan gebu
# resepi kek pisang kukus
# resepi kek pisang blender
# resepi kek pisang tanpa mixer
# resepi kek pisang tanpa oven
# resepi kek pisang jimat kos
# resepi kek pisang semudah ABC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...