Tuesday, 23 January 2018

Resepi Apam Susu

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum 
2. 1 sudu teh baking soda
3. 4 biji telur ayam 
4. 1 cawan gula
5. 1 sudu besar ovallete 
6. 1 sudu teh even vanilla 
7. 4 sudu besar susu pekat 
8. 4 sudu besar minyak jagung 
9. Perwarna 

Cara-cara 
1. Ayak bahan 1 dan 2, ketepikan 
2. Putarkan bahan 3-6 hingga gebu
3. Apabila gebu, masuk kan susu pekat, Putarkan 
4. Masuk kan pula minyak jagung, Putarkan 
5. Putar hingga betul2 gebu
6. Masuk kan tepung sedikit demi sedikit, guna kan kaedah kaut balik, ulang sehingga tepung habis. 
7. Bahagi kan kepada 3 bahagian 
8. Warna kan mengikut pilihan warna anda. 
9. Masuk kan adunan secara berselang seli ke dalam loyang sehingga adunan habis. (sapu loyang ngan minyak atau mentega) 
10. Masuk kan ke dalam pengukus 
11. Kukus selama 40 minit. 













Sunday, 21 January 2018

Resepi kuih lapis

Bahan-bahan:
1. 1 cawan tepung beras 
2. 2 sudu besar tepung gandum 
3. 2 sudu besar tepung jagung 
4. 1/4 sudu teh garam
5. 2 cawan santan 
6. 0.5 cawan gula
7. Pewarna 

Cara-cara: 
1. Santan + gula + garam, panas kan dia atas dapur, sekejap Sahaja sehingga cair. 
2. Masuk kan adunan pertama ke dalam tepung (tak perlu sejuk kan, campur kan Je terus) (tiga jenis tepung), kacau dan tapis, bahagi kan kepada 3 bahagian. 
3. Sapu kan minyak pada loyang 
4. Panas kan Air dalam kukusan 
5. Masukan 100ml adunan ke dalam loyang dan kukus selama 5 min. Dan ulang cara yang sama sehingga adunan habis mengikut pilihan warna yang anda sukai 
6. Selepas lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 
7. Biar kan sejuk then baru potong.











Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
1. 1.5 cawan tepung gandum 
2.  1 sudu teh soda birkabonat 
3.  0.5 cawan minyak masak
4. 2 sudu besar susu pekat 
5. 1 sudu besar marjerin 
6. 2 biji telur ayam
7. 1 cawan gula
8. 1 cawan air panas 
9. Esen vanilla 

Cara-cara 
1. Masak gula sampai keperangan, apabila sudah keperangan masukan air panas dengan berhati hati dan kacau. Tutup api dan biar kan sejuk. Ketepikan. 
2.  Ayak tepung gandum bersama soda birkabonat. Ketepikan. 
3. Blender bahan 3-6 sampai hancur, kemudian masuk Esen vanilla, kemudian masuk tepung half. Blend. Kemudian masukan gula Hangus yang telah dicampur kan dengan air. Blend. Kemudian masuk kan lebihan tepung. Blend. 
4. Masukan hasil blend ke dalam bekas, dan ketepikan. Biar kan selama 45 minit
5. Sapu kan minyak pada acuan.  Masuk kan hasil blend dalam acuan  isi separuh sahaja , 
6. Kukus selama 15 minit.







Resepi Sandwich tuna

Bahan-bahan 
1. Satu buku roti keping 
2. Satu tin ketulan tuna jenama REX (guna half je) 
3. Mayonis 
4. Telur ayam 2 biji (rebus) 
5. Salad bulat
6. Tomato 
7. Parsley flakes 
8. Black pepper jenama aji shio 
9. Marjerin 


Cara-cara 
1. Buang minyak dalam tuna, hancur kan tuna, apabila hancur campur kan dengan mayonis, black pepper dan parsley flakes. Ketepikan.
2. Hancur kan telur rebus, apabila hancur campur kan dengan mayonis, black pepper dan parsley flakes .ketepikan. 
3. Sapu kan Marjerin pada kepingan roti, letakan salad, kemudian letak inti tuna, kemudian tekupkan dengan roti dan sapu Marjerin, kemudian letak inti telur dan hirisan tomato dan tekupkan dengan roti.  
4. Potong roti ikut citarasa masing2 






Friday, 19 January 2018

Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Bahan-bahan
1. Pucuk paku
2. Bawang merah +putih (Blend)
3. Cili boh 
4. Serbuk kunyit 
5. Garam +ajinomoto
6. Lada hitam
7. Santan 
8. Sedikit air

Cara cara 
Masuk semua bahan, apabila mendidih masuk kan santan, kacau seketika. Siap

Udang masak lemak cili api

Bahan-bahan
1. Udang 
2. Bawang merah + putih + halia 
3. Cili boh 
4. Serbuk kunyit 
5. Serai 
6. Garam + ajino
7. Lada hitam 
8. Santan 

Cara cara
1. Masuk kan semua bahan, apabila mendidih masuk kan santan. 

Thursday, 28 December 2017

Ayam masak merah versi Mak

Bahan-bahan

Bahan tumis 
1. Cili boh (2 senduk)
2. Bawang putih + merah (bawang putih 4-5 biji, bawang merah saya lebih prefer guna bawang besar, so dalam dua biji)
3. Halia (sedikit, dalam 1.5 inci)
4. Sedikit asam jawa (diramas dengan air) @ Asam keping (2 keping) @ cuka (nak sedap of course la guna asam jawa, jangan banyak sangat nt terlebih masam)
5. Belacan (sedikit, sebesar ibu jari)
6. Garam (letak sikit, kan banyak banyak masin lak, sebab biasanya cili boh da masin)
7. Ajinomoto
8. Gula (sedikit, dalam 1-2 sudu)
9. Kicap (sedikit kicap nak bagi colour dia gelap sikit)

10. 1 ekor Ayam

Cara cara
Tuang minyak dalam kuali, kemudian Tumis cili boh sampai pecah minyak, kemudian masuk kan bawang n halia yang telah diblend, kemudian masuk kan air asam jawa @ asam keping n belacan, garam n ajionomoto and masuk kan ayam. 
kacau-kacau kejap supaya ayam serap dengan bawang, kemudian masuk kan air. Perlahan kan api, biarkan ayam di atas dapur n kacau dalam 15 minit sekali sehingga kuah pekat sedikit seperti yang anda mahu kan. Kalo anda yang jenis suka makan bawang, boleh mayang/potong sebiji bawang besar n tabur atas ayam. Siap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...