Saturday 7 May 2016

PERMOHONAN ONLINE iDANATTB (TERENGGANU) FASA I-2017 KINI DIBUKA

BORANG PERMOHONAN BANTUAN BAKTI REMAJA (TERENGGANU) DIBUKA MULAI HARI INI 16.01.2017 HINGGA 15.02.2017


Berikut adalah syarat-syarat permohonan




1. Rakyat Negeri Terengganu (Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK kawasan masing-masing. 

2. Jumlah pendapatan bulanan  tidak melebihi RM1,500.00 sebulan. 

3. Pemohon yang belum berkahwin, berumur antara 21-40 tahun

4. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji.

5. Bagi mereka yang tidak mempunyai slip gaji, perlu mengemukan surat pengakuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKK atau Penghulu Mukim. 

6.Pemohon mestilah seorang pengundi berdaftar di Terengganu.

7. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ini ditolak. 

8. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis. 

CARA-CARA MENGISI PERMOHONAN
1. Anda boleh menyemak kelayakan anda di LINK INI atau KLIK SINI
2. Masuk kan No kad Pengenalan anda (Seperti gambar di bawah, kemudian klik SEMAK)

3. Klik mana-mana yang berkenaan dan kemudian KLIK PERMOHONAN BARU. 


4. Borang permohonan hendaklah dikemukan kepada Pengerusi JKKK masing-masing berserta salinan dokumen berikut : i. Kad Pengenalan Pemohon ii. Slip Gaji.

6. Sila serahkan borang permohonan ini berserta salinan dokumen sampingan kepada Pengerusi JKKK bagi tujuan pengesahan sebelum atau pada 15-FEB-2017. Kegagalan mengemukakan borang ini boleh menyebabkan permohonan anda GAGAL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...