Monday 21 May 2018

Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan:

1. Bunga lawang
2. Bunga cengkih
3. Buah pelaga
4. Kulit kayu manis
5. Bawang merah+putih+halia (blend)
6. Lada hitam (blend)
7. Carrot
8. Bunga kobis
9. Baby corn
10. Tomato
11. Cili (dipotong)
12. Ayam/daging/udang/sotong
13. Mee kuning
14. Garam
15. Ajinomoto

Cara-cara:


1. Tumis 4 beradik iaitu Bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, sehingga naik bau dan kekuningan, 

2. kemudian masuk kan bawang putih+merah+halia yang telah diblend, masukkan lada hitam yang diblend, tumis sehingga kekuningan dan wangi.
3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, ayam/daging dan carrot dulu, apabila carrot hampir masak  masukkan bunga kobis, baby corn, cili potong dan tomato. 
4. Masukkan bahan perasa seperti garam dan ajinomoto.  
5. Masukkan mee kuning dan udang. Apabila mendidih tutup api (jangan terlalu lama, jika tak nak mee kembang). Siap!!!


#Mee rebus sihat
#Mee rebus Terengganu

#Resepi Mee rebus simple 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...