Monday 27 June 2016

Paru-Paru Berair


Hari ni saya dapat berita yang mana saya dapat interview kerja. Then tak lama kemudian saya dapat berita yang permohonan PhD saya accepted. Dalam hari yang sama, tak sampai satu jam dapat berita gembira. Ya Allah gembiranya saya. Syukur Alhamdulillah. Impian saya selama ni nak further study till PhD termakbul. Syukur kehadrat Ilahi. Lepas tu terus tak jadi nak pergi interview kerja. Lepas tu dapat berita yang mama saya dijangkiti penyakit paru-paru berair. Ya Allah. Terkejutnya saya. Anak mana yang tak sedih Ibu yang dicintai sakit. Diri ini berasa sangat down, sangat sedih. Terus tak de semangat nak buat thesis master time tu. Bulan depan nak kena submit. Hmm. Sedihnya.. Ya Allah kuatkanlah mama ku. Aku sayang dia. Dia Ibu yang terbaik yang pernah ku miliki. She the best mom in the world that I have. Then terasa rindu sangat kat Dia. Ibuku adalah semangatku. Dia nak sangat saya sambung PhD. Dia nak aku berjaya dan Dia nak sangat aku jadi pensyarah one day nanti. In shaa Allah. In Shaa Allah akan saya tunaikan permintaan  tu. Ya Allah berikanlah aku peluang untuk berjasa kepada kedua ibubapa ku. Panjangkanlah usia mereka dan berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka Ya Allah. In shaa Allah dua hari lagi saya akan balik kampung. Hati ni tak tenang selagi tak tengok dorang depan mata.  

Maklumat kat bawah ni saya google. Sebab nak tahu apa tu paru-paru berair, nak tahu samada  ada tak ubatan tradisional yang mampu merawat penyakit ini. Mohon korang doakan mama saya supaya cepat sembuh dan sihat wal'afiat. Moga kalian juga sihat-sihat selalu. May Allah bless all of us. In shaa Allah.. Amin.....

Apakah Maksud Paru-Paru Berair

Paru-paru berair dikenali sebagai Pneumonia yang mana ia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru. Paru-paru berair merupakan sejenis penyakit radang paru-paru. Biasanya, ia digambarkan sebagai radang parenchyma/alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru.

Simpton Paru-Paru Berair

Tanda-tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlaku takungan itu dan jumlah darah yang bertakung. Bila ia berlaku dalam masa yang singkat dan mendadak, pesakit akan sesak nafas yang ketara, batuk teruk dan nafas berbunyi seperti mereka yang diserang lelah. Kahak yang keluar pula berbuih dan mungkin berdarah. Bibir pula akan kebiruan, selain jari jemari yang berpeluh teruk. Pesakit juga sukar untuk baring.


Jika takungan berlaku dalam jangka waktu yang panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif, berjalan, naik tangga atau mendaki bukit malah bersenam ringan. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak boleh baring mendatar, memerlukan lebih daripada satu bantal untuk kepala dan sering terbangun pada waktu malam kerana tersedak dan terbatuk-batuk. Selain itu, boleh juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati. 


Adakah mandi lewat malam menyebabkan masalah paru-paru berair?

Ia tidak kira bila atau di mana anda mandi. Bakteria dan virus mungkin berada di mana-mana. Atypical mycobacteria hidup di dalam air paip. Bakteria ini tahan pada klorin. Orang-orang tertentu seperti perokok dan warga tua di mana tahap antibodinya lebih lemah senang menerima kehadiran bakteria ini ke dalam paru-paru. Ada yang mengatakan bahawa mandi lewat malam hanyalah mitos kepada punca masalah paru-paru. Tetapi sejauh mana kesahihnya saya pun tidak pasti. Tetapi seeloknya elak lah daripada mandi pada waktu malam atau minum minuman berais dengan begitu kerap. 

Cara Merawat dan Mencegah Paru-Paru Berair

Sebenarnya tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit ini. Rawatan yang pasti adalah dengan mengambil ubat yang diberikan doktor dan makan mengikut jadual ataupun menjalani pembedahan. Seeloknya jangan mandi malam dengan begitu kerap. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...