Tuesday 21 June 2016

PELUANG PEKERJAAN UNTUK YANG SEDANG MENCARI KERJA

HANTAR PERMOHONAN ANDA SEBELUM 13 JULAI 2016!!!

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembangunan Karier (UKM-KARIER) dengan kerjasama BriTay Asia (M) Sdn. Bhd. akan menganjurkan satu LAGI program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) tajaan Khazanah Nasional Berhad SESI 3!!!
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan UKM.
Program ini terbuka kepada semua pemegang Ijazah (pelbagai bidang) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA sahaja. Calon yang berjaya diterima dalam program ini akan menjalani latihan pengurusan sebagai persediaan sebelum memasuki dunia kerjaya mereka. Setelah tamat menjalani latihan pengurusan selama 1 bulan, calon tersebut akan ditempatkan dalam syarikat yang berkaitan yang telah dilantik dalam program ini.

Calon hendaklah memenuhi kriteria ini bagi menyertai program ini. Kriteria tersebut adalah seperti berikut :
1. Umur tidak melebihi 27 tahun
2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf
3. Lulusan CGPA 2.00 dan ke atas
4. Tidak bekerja selama 6 Bulan dari tarikh peperiksaan akhir Universiti
5. Mempunyai minat yang tinggi untuk bekerja
6. Warganegara Malaysia
Di samping itu, graduan yang menyertai program ini akan menikmati faedah-faedah berikut:
1. Percuma satu bulan latihan soft skills
2. Kursus-kursus Pengurusan tambahan PERCUMA
3. Penempatan 6 bulan di syarikat
4. RM 1,500.00 Elaun bulanan
5. Elaun makan harian*
6. Penginapan PERCUMA *
7. Makanan dan minuman percuma akan disediakan *
8. Perlindungan insurans Takaful PERCUMA
*Hanya disediakan sepanjang latihan softskills (1 bulan)
Cara & Syarat Permohonan 
1. Kepada yang berminat boleh mengisi borang yang dilampirkan bersama resume yang terkini.
2. Semua permohonan hendaklah diemailkan kepada ukm-karier@ukm.edu.my selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Julai 2016 (Rabu)
3. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga Sekiranya tiada sebarang pemakluman dalam masa 6 bulan, permohonan anda adalah tidak berjaya.

APA TUNGGU LAGI? ISI BORANG DAN HANTARLAH PADA Ukm Karier SEKARANG!!!!



SUMBER: FB:UKM KARIER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...