Wednesday, 6 May 2015

Malaysia and India Budget 2015

Analisa Aspek Sosial Dan Ekonomi Bajet Malaysia 2015 Berbanding Bajet India 2015


Pengenalan
Pada 10 Oktober 2015, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Menteri Kewangan telah membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat. Bajet 2015 ini merupakan bajet yang terakhir dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Bajet 2015 ini bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’. Dalam pembentangan Bajet 2015, ia menggariskan tujuh strategi utama bagi mengurangkan kos bebanan hidup rakyat Malaysia, antaranya memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat. Manakala pada 28 Februari 2015, Menteri Kewangan India, Arun Jaitley mengumumkan satu bajet yang bertujuan untuk pertumbuhan yang tinggi di India yang bermula pada 1 April.. Bajet 2015-2016 ini akan menyebabkan defisit fiskal akan menjadi perlahan dan seterusya akan meningkatkan pelaburan dan memastikan bahawa rakyat mendapat manfaat.

Bajet 2015 Malaysia
Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion)

Kebaikan
Keburukan
Pendidikan
-RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan
-RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.
*Meningkatkan mutu pengajaran awalan kanak-kanak di negara kita. Kebanyakan ibu bapa tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta.
*Membantu golongan Bumiputera untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.
*Kerajaan haruslah juga menitik beratkan kepada pemakanan dipusat jagaan ini selain daripada kualiti pendidikan.Ini tidak disebut didalam pembentangan bajet baru-baru ini.
SUBSIDI BERSASAR
RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BR1M.
*Bantuan ini membantu golongan yang berpendapat sederhana dan rendah.
*Mengurangkan beban rakyat.
*Kerajaan haruslah memastikan tiada golongan berpendapatan tinggi yang memperoleh bantuan ini.
*BR1M meningkatkan hutang kerajaan.
Minyak
Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.
*Mensasarkan kepada golongan berpendapat sederhana dan rendah.
*Mengurangkan hasil kerajaan.
Cukai Pendapatan
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus.
*Dapat mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah.
*Pengurangan hasil. Pendapatan boleh guna meningkat, kuasa beli bertambah, permintaan agregat bertambah seterusnya menyebabkan inflasi tolakan permintaan.
Infrastruktur
* RM27 bilion untuk pembinaan Membina Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan Sabah
* RM4.5 bilion bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.
*Merapatkan jurang pembangunan diantara Semenanjung dan Sabah/Sarawak. Lebuh raya ini amat baik untuk pertumbuhan ekonomi di Malaysia Timur.
*Hasrat rakyat Sabah Dan Sarawak juga harus diambil secara serius oleh kerajaan Pusat.
*Ini dapat meningkatan perbelanjaan kerajaan.
Keselamatan
* RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
*Inisiatif yang tepat bagi menjaga kedaulatan Malaysia dan mengelakan kejadian yang serupa dari berlaku dan memberikan keamanan dan ketenangan kepada penduduk di Sabah.
*Pemeriksaan secara berskala besar bagi memastikan Sabah bebas dari pendatang tanpa izin.
*Ini meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
Pertanian
RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
*Jaminan bekalan makanan harus ditekankan kerana sector ini adalah nadi kepada pembangunan Negara
*Kawalah keatas orang tengah dan peraih yang memanipulasi harga barangan haruslah digiatkan secara berterusan dan serius.
Kesihatan
RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat
*Ini akan menambah baik sektor perkhidmatan kesihatan di Negara kita.
*Dapat meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
*Peruntukan yang tinggi akan meningkatkan belanjawan kerajaan.
Bantuan Perumahan
*Dapat membantu golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.
*Ini akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sekaligus meningkatkan bajet defisit.

Bajet 2015 India

Kebaikan
Keburukan
Populasi
Skim pencen
-Skim keselamatan sosial
-Skim pencen Negara
Meningkat dari Rs 100,000 kepada Rs 150,000
*Sebahagian besar penduduk India tidak memiliki insurans kesihatan, kemalangan mahupun insuran nyawa, ini dapat membantu mereka dimasa hadapan.
* Pendapatan boleh guna berkurangan disebabkan peningkatan kadar caruman.
Pendidikan
80,000 sekolah menengah di naik taraf.
*Sistem pendidikan yang lebih baik dapat meningkatkan kemasukan pelajar dan membantu melahirkan masyarakat yang berakademik.
* Pendidikan adalah pelaburan masa panjang.
Kesihatan
Premium insuran kesihatan dinaikkan kepada 14% daripada 12.36%.
*Ini dapat mengalakkan lagi penduduk India untuk mengambil insuran kesihatan.
*Terlalu bergantung kepada insuran kerajaan.
Pengangkutan
-Alaun pengangkutan bulanan dinaikkan dari Rs 15,000 kepada Rs 25,000.
*Mengurangkan beban cukai.
*Meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Bajet defisit. 
Cukai
-GST akan sepenuhnya dilaksanakan pada tahun hadapan 1 April 2016.
*Meningkatkan hasil kerajaan, dan dapat mengurangkan beban hutang seterusnya pengurangan bajet deficit.
*Kenaikan kos hidup mengakibatkan pendapatan boleh guna mengecil.
Pertanian
-Para petani diberikan Rs 8.5 lakh crores pada 2015-2016.
*Galakan kepada sektor pertanian. Dapat mengeluarkan masyarakat daripada paras kemiskinan.
*Meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
Subsidi
-Subsidi dikurangkan

*Mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang dapat mengecilkan bajet defisit.
*Meningkatkan kos pengeluaran dan kos sara hidup.
Infrastruktur
-Pembinaan infrastruktur
 Mensasarkan 6 crore tandas
- Bon bebas cukai
*India mensasarkan 6 crore tandas yang mana tandas yang tersedia adalah sebanyak 50 lakh.
*Kerajaan India juga memperkenalkan bon infrastruktur yang bebas cukai untuk projek landasan keretapi dan jalan raya.
*Pembangunan infrastruktur meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
Bantuan fizikal
*Kerajaan India akan memberikan bantuan fizikal kepada golongan tua yang hidup dibawah garis kemiskinan.
*Meningkatkan beban hutang kerajaan.
Dana Nirbhaya
*Dana Rs 1000 crore dinaikkan kepada Rs 2000 crore untuk menyokong keselamatan wanita dan melindungi kehormatan dan maruah wanita.
*Meningkatkan perbelanjaan dan beban hutang kerajaan.
Skim NREGA
National Rural Employment Guarantee Act 2015)
Rs 346.99 billion diperuntukan untuk skim NREGA.
* NREGA untuk meningkatkan keselamatan kehidupan di kawasan luar bandar. Penduduk luar bandar yang tidak diberikan kerja dalam tempoh 15 hari memohon, pemohon adalah layak untuk elaun pengangguran.
*Elaun pengangguran mengurangkan motivasi untuk berusaha untuk mencari kerja.
* meningkatkan perbelanjaan kerajaan.
Teknologi maklumat (IT)
*Rs 150 core untuk meningkatkan teknologi maklumat. Dapat melahirkan masyarakat celik IT
*Meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Bajet defisit.

Kesimpulan
Pembentangan bajet pada tahun 2015 ini banyak merangkumi sektor yang pasti akan memberi keuntungan kepada mereka dan tidak kurang juga dalam memberi kesan secara langsung dan tidak langsung. Rakyat juga perlu bersiap sedia untuk beberapa perubahan seperti penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015. Pengurangan sedikit dalam kadar cukai pendapatan telah dinyatakan. Tidak banyak akan dilakukan untuk menaikkan cukai selain daripada pengenaan GST. Subsidi juga dikurangkan dalam bajet. Oleh itu, perbelanjaan operasi hendaklah dihadkan manakala perbelanjaan pembangunan tidak perlu dikurangkan untuk projek-projek yang memberi manfaat kepada golongan miskin. Pada masa yang sama juga, terdapat banyak peluang kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang keusahawanan dengan adanya pelbagai program dan bantuan yang disediakan. Bajet India 2015 menjanjikan untuk meningkatkan pertumbuhan dengan peningkatan yang besar dalam perbelanjaan awam ke atas infrastruktur dan juga mengurangkan kadar cukai korporat. Langkah ini diraikan oleh industri di India. Mereka bergerak secara mesra pasaran ini telah seimbang dengan program kebajikan baru untuk golongan miskin, seperti penciptaan pelan keselamatan sosial baru untuk menyediakan insurans dan pencen subsidi, dan sasaran santai untuk mengurangkan defisit fiskal. Bajet itu amat dinanti-nantikan oleh ahli ekonomi dan industri, yang telah berharap ia akan mengandungi pembaharuan utama yang akan melonjakkan kitaran pelaburan baru yang lebih bertenaga.
           

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...