NOTA PELABURAN DALAM PENDIDIKAN (Ekonomi Sumber Manusia)
PELABURAN DALAM PENDIDIKAN
Mengikut teori modal,
pelaburan dibuat jika nilai aliran tunai (NPV) atau faedah lain yang
dihasilkan/diperoleh melalui pelaburan melebihi nilai kos semasa pelaburan, NPV
> Kos.
Pulangan nilai semasa bagi pelaburan pendidikan
T= tempoh kerjaya
Kt=
perolehan/pendapatan akan datang jika melanjutkan pelajaran
Ht= perolehan
akan datang jika tidak melanjutkan pelajaran
Kt-Ht=
peningkatan perolehan daripada menamatkan/menghabiskan persekolahan
r= kadar bunga
t= future periods
Contoh: andaikan
nilai-nilai adalah seperti berikut
T=10
tahun
Kt=RM5000
X 10 Tahun X 12 Bulan = RM600K
Ht=RM700
X 10 Tahun X 12 Bulan= RM84K
r=
1% atau 0.01
Jika nilai Kt >
Ht, maka orang akan buat keputusan untuk sambung study, tapi jika
Ht>Kt maka orang tidak akan sambung study. Ini dapat dilihat dalam kira-kira
seperti dibawah:
Apabila Kt>Ht
PV=RM467128.0686
Disebabkan nilai pv
adalah positif maka orang akan buat keputusan untuk sambung stdy.
Tapi jika nilai
Ht>Kt
Andaikan Ht=600K dan
Kt=84K, kadar bunga tidak berubah
PV= -RM467128.0686
Disebabkan nilai PV adalah
negative maka orang akan membuat keputusan untuk tidak sambung study.
Sekiranya kadar bunga naik,
maka orang ramai cenderung untuk tidak sambung study, hal ini kerana ia
meningkatkan kos pendidikan
r meningkat dari 1% ke 10%,
dengan andaian Kt=600k, dan Ht=84k
PV=RM198940,
Nilai pv menurun dari
RM467128.0686 kepada RM198940. Peningkatan yang besar dalam kadar bunga akan
membawa kepada penurunan nilai PV yang banyak. Oleh itu, peningkatan yang besar
dalam kadar bunga menyebabkan orang tidak mahu sambung study.
Terdapat
dua kos dalam pelaburan pendidikan:
I.
(C0)-
Kos langsung bagi pendidikan - kos
yuran pengajian, buku teks
II.
(F0)-
Kos lepas bagi masa yang diluangkan
untuk pendidikan. (Pelajar yang berpendapatan tinggi behenti kerja untuk
menyambung pelajaran)
Apa-apa peraturan keputusan
untuk pelaburan adalah ia perlu dibuat selagi nilai pulangan pelaburan semasa
melebihi jumlah kos pelaburan, NPV > Kos.
Nilai bersih semasa bagi pelaburan pendidikan
Apabila NPV adalah
positif, NPV > 0 maka pelaburan keatas pendidikan diperingkat
kolej/universiti adalah satu pelaburan yang baik. Tapi sekiranya NPV adalah
negatif, NPV < 0 maka kolej/universiti bukanlah satu pelaburan yang baik.
Jika kos pendidikan adalah lebih besar/tinggi berbanding gaji yang diperoleh
pada masa akan datang, maka lebih baik berhenti melanjutkan pelajaran di
peringkat kolej, dan bekerja.
Contoh: andaikan
nilai-nilai adalah seperti berikut
T=10
tahun
Kt=RM5000
X 10 Tahun X 12 Bulan = RM600K
Ht=RM700
X 10 Tahun X 12 Bulan= RM84K
C0=
RM30000
F0=RM700
X 3Tahun X 12 bulan= RM25200 (Tidak sama dengan Ht sebab ia adalah
kos lepas sepanjang masa digunakan untuk study, means tidak bekerja kan)
r=
1% atau 0.01
apabila nilai PV>kos
(C0+F0), maka orang akan sambung stdy
NPV= RM143940.3373
NPV >0, Means
positif, so akan sambung study
Jika kos pendidikan
iaitu yuran meningkat yang mana menyebabkan C0 meningkat dari RM30 K
kepada 100K, dimana nilai F0 adalah kekal, So ia menyebabkan nilai
NPV menurun dari RM143940.3373 kepada RM73740.33735. ini bermaksud orang tetap
akan sambung study dimana nilai NPV masih positif walaupun kos meningkat.
NPV= RM73740.33735
Manakala jika nilai kos
>PV orang tidak sambung study
Dengan andaian nilai C0
meningkat dari RM30000 kepada RM180000, dan pemboleh ubah lain tidak berubah,
NPV= -RM6259.662654
NPV <0, Means
negatif, so tidak akan sambung study
Untuk awal
persekolahan, pulangan untuk persekolahan melebihi kos. Terdapat dua sebab
untuk ini. Pertama, terdapat banyak yang perlu dipelajari apabila seseorang
mengetahui sedikit. Kedua kos persekolahan bagi awal persekolahan adalah
rendah. Subsidi dan bantuan pendidikan yang diberikan kerajaan menyebabkan kos
langsung C0=0. Tambahan lagi melepaskan pendapatan semasa awal
persekolahan F0 adalah rendah dimana anak-anak boleh berkerja dalam
perniagaan keluarga. Ijazah tambahan (extra degree) tidak meningkatkan
pendapatan dimana pendidikan sebagai pengunaan (Education as a consumption).
KESAN
KOS DAN FAEDAH KOS
I.
Peningkatan dalam kos
tuisyen, yuran atau kos lain akan mengurangkan penglibatan/ kemasukan pelajar
ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Ini disebabkan pelajar mendapati
kos pendidikan melebihi faedah/manfaat (gaji) yang akan diperolehi, dimana nilai
bersih semasa (NPV) bagi pendidikan adalah hampir dengan kosong. Sesiapa yang
telah berkerja dan mendapat gaji yang tinggi akan enggan/keberatan untuk
menlanjutkan pelajaran. Ini disebabkan program MBA dan universiti biasanya
meningkatkan kadar permohonan apabila ekonomi meleset dan mengurangkan kadar
permohonan apabila ekonomi dalam keadaan baik.
Pendidikan adalah pelaburan yang baik apabila peluang pasaran buruh
adalah rendah (peluang pekerjaan yang sedikit, gaji yang rendah, maka lebih
bagus sambung study) dan sebaliknya kerana ini adalah kos lepas bersekolah.
II.
KADAR BUNGA
Peningkatan dalam kadar
bunga bermaksud tingkat optimum untuk bersekolah juga akan rendah dimana
pulangan pelaburan masa depan disedari adalah rendah atau NPV < 0. Semakin
tinggi kadar bunga, semakin banyak perolehan pada masa depan yang akan
didiskaun/ditolak. Dimana kadar bunga yang tinggi menyebabkan kos pinjaman
seperti PTPTN meningkatkan menyebabkan NPV adalah rendah. Kadar bunga tidak
memberikan kesan keatas keputusan untuk bersekolah, disebabkan oleh 2 sebab.
Pertama pendidikan adalah pelaburan jangka masa panjang dimana kadar bunga
jangka masa panjang adalah lebih relevan berbanding kadar bunga dalam jangka
masa pendek dimana biasanya ia tidak cepat berubah (less volatile). Kedua kadar
pinjaman implisit (kos terlindung/tidak nampak) yang ditanggung oleh ibu bapa
bagi membiayai persekolahan anak-anak dimana anak-anak mereka nanti tidak akan
terikat dengan kadar bunga.
III.
TEMPOH KERJAYA (T-Last
year of the career)
Semakin lama/panjang
tempoh berkerja, semakin besar pelaburan optimum dalam pendidikan. Maka, orang
lebih memilih untuk melabur dalam pendidikan semasa mereka muda disebabkan
mereka menjangkakan dapat memperoleh dan berseronok atas pulangan pelaburan
dalam jangka masa panjang. Berdasarkan kajian, ia menjangkakan wanita cenderung
untuk tidak melabur dalam pendidikan berbanding lelaki walaupun wanita
menpunyai jangka hayat yang tinggi berbanding lelaki. Secara purata, biasanya
wanita meluangkan masa yang sedikit dalam pasaran buruh berbanding lelaki,
dimana ia mengurangkan pulangan pelaburan keatas pendidikan. Ia disebabkan oleh
kesuburan (fertility). Ini menyebabkan kerjaya wanita terganggu untuk beberapa
tahun.
IV.
PENGKHUSUSAN DALAM
MODAL MANUSIA
Kebanyakkan pelajar
mengkhususkan pendidikan yang mereka ambil (specialize their education),
sebagai contoh, focusing on a major area of study in college (fokus dalam satu
bidang). Pendidikan adalah seperti pelaburan yang menpunyai kadar pulangan
berkurangan, dimana penambahan tahun pembelajaran dalam bidang yang sama memberikan
kesan yang sedikit dalam bidang tersebut berbanding pada tahun sebelum (may be
belajar benda yang sama menyebabkan utliliti/hasil berkurangan). Disebabkan
itu, orang patut melabur dalam kemahiran berbanding fokus untuk mengelakkan
masalah pulangan berkurangan. Kebiasaanya orang akan mengkhusus dalam
pendidikan yang dilanjutkan disebabkan oleh faktor penting dalam ekonomi iaitu
kelebihan bandingan dan keuntungan daripada perdagangan (comparative advantage
and gain from trade). Jika seseorang individu fokus dalam satu bidang maka dia
akan pakar dalam bidang tersebut dan mereka boleh memperdagangkan kepakaran
tersebut kepada orang lain (cth: ahli kimia yang mencipta produk
baru,ubat-ubatan dan farmasi). Biasanya betul bahawa pembelajaran berkesan
dalam satu bidang akan berkurang dimana banyak masa diperuntukkan untuk belajar
dalam bidang tersebut. Walaubagaimana pun ekonomi cenderung untuk memberikan
ganjaran kepada peningkatan pengetahuan yang hebat dalam banyak bidang. Jadi ia
biasanya dibayar untuk mengkhususkan dalam satu bidang.
V.
PEMBELAJARAN YANG
BERKESAN
K – H adalah perbezaan
dalam pendapatan selepas belajar, dimana ia bergantung sebanyak mana ilmu yang
dipelajari dan kemahiran yang dimiliki dinilai dalam pasaran buruh. Apabila K –
H meningkat, maka NPV daripada pendidikan juga turut meningkatkan dan
kemudiaanya ia menyebabkan persekolahan meningkat. Kemampuan untuk belajar
dengan lebih cekap di sekolah menyebabkan nilai K meningkat. Faedah persekolahan
adalah tinggi bagi sesiapa yang sememangnya berbakat dan pandai dan mereka patut
melabur dalam pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu ia
meningkatkan ketidaksamarataan dalam kemahiran dan pendapatan yang diperoleh
dalam ekonomi. Peningkatan dalam kualiti sekolah sepatutnya menpunyai kesan
positif kepada K, dan sebaliknya. Inovasi teknologi dalam pendidikan
dijangkakan akan meningkatkan pelaburan dalam pendidikan oleh penduduk.
Pelajaran adalah pelengkap kepada teknologi untuk masyarakat yang maju. Menjadi
orang yang tidak berpendidikan, tidak pandai membaca, tidak mampu menyelesaikan
matematik yang mudah adalah halangan dalam masyarakat yang majoritinya adalah
pekerja berkolar putih berbanding masyarakat petani. Maka nilai K dan tahap
pendidikan adalah tinggi dalam masyarakat yang maju berbanding mereka yang
hidup pada tahun 1990an.
Kenapa
pasaran buruh menekankan pekerja yang berkemahiran tinggi berbanding yang
kurang kemahiran?
Ia disebabkan pada masa
sekarang berlaku peningkatan dalam penggunaan teknologi tinggi, termasuk
penggunaan komputer di tempat kerja. Peningkatan dalam penggunaan teknologi
tinggi meningkatkan keinginan untuk memiliki pekerja yang berkemahiran maka ia
akan meningkatkan permintaan untuk pekerja yang berkemahiran dan meningkatkan
nilai pasaran buruh mereka.
PELABURAN DALAM LATIHAN SEMASA BEKERJA
Latihan kerja formal
mungkin mengambil masa dan perhatian pekerja dari tugas biasa, menurunkan
produktiviti. Meletakkan seorang pekerja yang tidak terlatih (not fully train)
ke dalam pekerjaan, dan belajar melakukan pekerjaan itu, merendahkan
produktiviti berbanding dengan meletakkan pekerja terlatih dalam kerja tersebut.
Modal
Insan Umum vs Khusus Firma
Modal insan umum (GHC)
adalah kemahiran atau pengetahuan yang dimiliki pekerja yang boleh meningkatkan
produktiviti kepada majikan semasa, dan majikan lain.
Modal insan khusus firma
(FHC) dapat meningkatkan produktiviti di majikan sekarang sahaja,tidak
meningkatkan nilai anda kepada firma-firma lain.
·
Contoh:
jika firma mempunyai mesin telah direka untuk kegunaan firma itu sendiri,
pengetahuan tentang bagaimana untuk mengendalikan mesin dapat meningkatkan
produktiviti anda dalam kerja ini tetapi ia tidak menpunyai nilai jika anda
menukar majikan.
KAEDAH LATIHAN
Pada umumnya
kaedah-kaedah latihan boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang paling utama
iaitu:
-Latihan
Semasa Bekerja (ON-THE-JOB TRAINING).
-Latihan Luar Masa Bekerja (OFF THE JOB
TRAINING).
INVESTMENT ON THE JOB TRAINING
Latihan
Semasa Bekerja
Latihan semasa kerja
dilaksanakan oleh organisasi dengan menempatkan pekerja baru atau pekerja yang
baru dinaikkan pangkat untuk bekerja bersama-sama dengan pekerja lain yang
lebih berpengalaman (M.B. Muda, et.al, 2003). Latihan semasa kerja juga
dijalankan menerusi taklimat, ceramah, mahupun kursus pendek yang dianjurkan
oleh organisasi di tempat kerja pada hari bekerja. Contoh program latihan
semasa kerja adalah Latihan Arahan Kerja, Pusingan Kerja (job rotation),
Coaching dan Mentor-Mentee
Latihan Sambil Bekerja
meliputi beberapa kaedah seperti:
Ø Demonstrasi
(Demonstration)
Ø Latihan bersama
Jurulatih. (Coaching)
Ø Latihan membuat
kendiri. (do-it yourself training)
Ø Pusingan kerja dan
pelan pengalaman. (job rotation and planned experience)
Ø Latihan berasaskan
teknologi. (Technology based training (TBT))
Terdapat 2 jenis
latihan semasa bekerja
1.
Latihan umum- merujuk kepada
latihan yang meningkatkan produktiviti seseorang dalam banyak firma.
2.
Latihan khusus firma- meningkatkan
produktiviti seseorang hanya pada firma yang menyediakan latihan.
IMPLIKASI DARIPADA LATIHAN SEMASA BERKERJA (ON THE JOB TRAINING)
(ROS)
a) PENGANTIAN/TURNOVER
Jika latihan adalah
umum maka firma tidak peduli tentang pengantian (abaikan kos pusing ganti
pekerja). Jika firma tidak membuat pelaburan maka firma tidak memperoleh
pulangan daripada latihan dan firma tidak akan rugi sekiranya pekerja berhenti.
Sekiranya pekerja yang dilabur oleh firma berpindah kepada majikan yang lain,
pekerja tidak akan rugi apa-apa, sebab kos ditanggung oleh majikan.
Sebaliknya apabila
latihan semasa berkerja adalah khusus/spesifik, firma dan pekerja peduli
tentang pengantian (majikan kalau boleh mahu elakkan pekerja daripada berhenti).
Perkongsian pelaburan khusus firma (firm-specific investment), kedua-dua pihak
akan rugi sekiranya pekerja tersebut berhenti. Semakin besar perbezaan
produktiviti dalam sesebuah firma maka semakin tinggi kerugian (means pekerja
yang di invest specific training boleh menghasilkan produktiviti yang tinggi
then jika mereka berhenti ia memberikan kerugian kepada syarikat). Pelaburan
yang khusus (specific investment) memainkan peranan dalam peningkatan hubungan
antara pekerja dan majikan. Kedua-duanya menpunyai insentif untuk melabur dan
mengekalkan perhubungan.
b) PELABURAN
Semakin rendah pengantian
pekerja dalam sesebuah firma, maka pekerja lebih cenderung untuk melabur dalam
kemahiran yang pelbagai dimana ia sesuai untuk pekerjaan semasa dan majikan. Pengantian
yang tinggi menyebabkan pekerja lebih cenderung untuk melabur dalam kemahiran
supaya mudah diaplikasikan dalam firma yang lain. Firma jarang menginginkan
kepelbagaian kemahiran kerana mahu mengelakkan pengantian pekerja. Corak
pelaburan sepatutnya berubah mengikut masa. Pekerja yang telah lama bekerja dengan
sesebuah firma berkemungkinan menpunyai kemahiran yang sepadan dengan firma
tersebut. Ini meningkatkan insentif untuk kekal dengan majikan tersebut dan
mendorong untuk melabur lebih banyak dalam kemahiran khusus firma
(firm-spesific skills). Peningkatan dalam jawatan atau tempoh pekerjaan
menyebabkan pekerja cenderung untuk melabur dalam pekerjaannya sekarang.
c) PAMPASAN/GANTI
RUGI
Idea ini memberikan
kesan kepada bentuk pampasan (compensation pattern).Pertama, gaji akan
meningkat dengan meningkatnya pengalaman seseorang dalam pasaran buruh. Hal ini
kerana kebanyakkannya pekerjaan menyediakan latihan semasa bekerja. Kedua
pekerja yang lebih lama berkerja dalam sesebuah firma akan mendapat gaji yang
lebih tinggi berbanding pekerja yang lain. Ini kerana kemahiran mereka lebih
tertumpu kepada firma dan mereka akan menerima pulangan daripada pelaburan yang
mereka buat dulu dalam kemahiran khusus firma (Firm-specific skills). Ketiga,
semakin banyak kemahiran khusus firma yang dimiliki pekerja, semakin banyak
kerugian yang ditanggung pekerja sekiranya mereka bertukar kerja. Hal ini
kerana kemahiran yang ada hanya sesuai untuk pekerjaan sekarang bukan pekerjaan
lain. Semakin tinggi kerugian yang dijangkakan dalam ganti rugi dari
meninggalkan firma, maka semakin rendah kemungkinan untuk meninggalkan firma
tersebut. Ini kerana pekerja cenderung untuk melabur lebih banyak dalam
kemahiran khusus firma untuk majikan mereka untuk terus kekal bekerja di firma
tersebut.
d) KETEBALAN
PASARAN BURUH (LABOR MARKET THICKNESS)
Pasaran buruh
kadang-kadang disifatkan sebagai tebal dan nipis. Pasaran tebal adalah apabila
pekerja dengan mudah mendapat pekerjaan baru dimana mereka memiliki kemahiran
yang baik. Pasaran yang nipis pula adalah sebaliknya. Ketebalan pasaran buruh
adalah bergantung kepada jenis pekerjaan pekerja. Cth: lebih banyak peluang
pekerjaan untuk peguam berbanding dengan ahli akademik dalam sesebuah Bandar.
Ketebalan juga bergantung kepada kitaran perniagaan. Jika ekonomi meleset maka
beberapa firma sahaja yang akan mengupah pekerja, ini menyukarkan untuk
mendapatkan penawaran kerja yang memberikan upah yang sama berbanding kerja
mereka sekarang. Ia bertentangan apabila ekonomi dalam keadaan yang baik.
Ketebalan juga disebabkan oleh saiz ekonomi tempatan, jika terdapat kos untuk
pekerja bergerak mencari pekerjaan yang baru. Ketebalan juga bergantung kepada
kemahiran campuran pekerja. kemahiran campuran menyebabkan kenipisan pasaran
buruh untuk sesetengah pekerja.
e) SAIZ
FIRMA
Pekerja di firma yang
lebih besar akan melabur lebih banyak dalam kemahiran yang pelbagai dan khusus
untuk majikan mereka. Ini disebabkan, pertama firma yang besar menpunyai
pengantian pekerja yang rendah berbanding firma kecil. Kedua, firma besar akan
mencari alternatif atau kerja yang baru sekiranya pekerja berhasrat mahu
menukar pekerjaan. Syarikat yang besar kadang-kadang menpunyai pasaran dalaman
buruh formal dimana Jabatan Sumber Manusia secara aktif menawarkan pekerjaan
dan mencari calon dalaman untuk mengisi kekosongan jawatan.
No comments:
Post a Comment