Dengan
menggunakan payoffs matrik-komitmen untuk bekerja lebih masa seperti dalam
gambarajah 1, kenalpasti dalam keadaan manakah Rat Race akan memberikan kesan
baik dan juga kesan buruk.
Angelina Jolie
|
|||
Ya
|
Tidak
|
||
Brad Pitt
|
Ya
|
3,3
|
3,2
|
Tidak
|
2,3
|
5,5
|
Istilah
"Rat Race" berasal dari kisah dua tikus yang mengesan/terjumpa
sekeping keju di hujung bilik. Kedua-dua mula berjalan, dan akhirnya, satu
tikus meningkatkan kelajuan supaya berada dihadapan berbanding tikus yang ke-2.
Tikus ke-2 pula meningkatkan kelajuan, lebih laju berbanding tikus 1,
menyebabkan tikus pertama meningkatkan lagi kelajuan. Di pengakhirannya,
kedua-dua ekor tikus tersebut terpaksa mengunakan lebih banyak tenaga berbanding
tenaga yang mereka dapat perolehi daripada hanya sekeping keju. Rat Race adalah tidak berkesudahan, merugikan
diri sendiri, dan usaha yang sia-sia (tidak berbaloi, sebab terpaksa rehat
lebih).
Kerja lebih masa
mengambarkan komitmen pekerja kepada majikan mereka. Disebabkan itu, apabila
seseorang individu bekerja lebih masa, maka pekerja yang lain juga akan
bersaing untuk bekerja lebih masa. Hasilnya boleh menjadi Rat Race dimana
pekerja (tikus) yang bekerja waktu paling lama akan menang, walaupun jumlah
keju yang ditawarkan sebagai ganjaran tidak berubah.
Kesan
buruk dalam payoffs matrik-komitmen diatas adalah (3,3)
dimana Brad Pitt dan Angelina Jolie tidak berkerjasama dan bersaing antara satu
sama lain untuk bekerja lebih masa. Dimana apabila seseorang individu bekerja
lebih masa, maka pekerja yang lain juga akan bersaing untuk bekerja lebih masa.
Ia mendatangkan kesan buruk dimana payoffs yang diterima oleh kedua-duanya
berkurang daripada 10 kepada 6. Nilai-nilai kebendaan dan persaingan mendorong
pekerja untuk mendapatkan pendapatan yang lebih banyak dan status yang lebih
tinggi, dan, sebagai akibatnya ia menyebabkan mereka lebih fokus kepada
aktiviti yang memberi pulangan berbanding dengan aktiviti yang beraspek
kesejahteraan (Kasser, 2002: 82).
Payoffs (3,3)
adalah kesan buruk/negatif dimana bentuk-bentuk persaingan memberikan keburukan
kepada pekerja tersebut dimana mereka terpaksa meluangkan masa yang bukan
sahaja untuk keperluan asas tetapi untuk keperluan orang lain. Ia juga adalah
kesan buruk dimana ia menyebabkan waktu kerja meningkat dimana ia memberikan
tekanan terhadap pekerjaan malah menyebabkan masa lapang untuk bersama-sama
dengan keluarga ataupun rakan berkurang. Walaupun pekerja dapat meningkatkan
gaji dan taraf hidup mereka hasil daripada kerja lebih masa, hakikatnya mereka tidak
gembira dimana mereka tidak menpunyai masa lapang untuk diri sendiri dan untuk
bersama-sama keluarga, dimana masa dan wang bukanlah pengganti sempurna.
Sebagai contoh, bagi orang yang berkahwin masa lapang dan wang bukanlah
pengganti sempurna, dimana masa lapang untuk bersama keluarga adalah sangat
penting dan sukar digantikan dengan wang. Manakala bagi yang tidak berkahwin,
mereka tidak menpunyai komitmen mahupun tanggungjawab seperti orang yang
berkahwin. Bagi mereka yang tidak berkahwin masa lapang dan wang adalah
pengganti sempurna, dimana wang dapat memberikan kepuasan kepada mereka
walaupun masa untuk diri sendiri atau rakan berkurang.
Manakala
kesan baik dalam payoffs matrik-komitmen diatas adalah (5,5).
Dimana Brad Pitt dan Angelina Jolie saling berkerjasama untuk tidak bekerja
lebih masa. Ia mendatangkan kesan yang baik dimana payoffs/ ganjaran yang
diperoleh meningkat daripada 6 kepada 10 dimana kedua-duanya menpunyai masa
lapang dan gaji yang sama. Dalam dunia sebenar, sebab peruntukan masa untuk
bekerja lebih masa boleh bergantung kepada struktur ganjaran kepada
pekerja-pekerja lain.
Payoffs (5,5) adalah kesan yang baik
kerana ia membolehkan pekerja menpunyai masa lapang untuk rehat dan
bersama-sama dengan keluarga. Walaupun gaji mereka tidak meningkat sebaliknya
mereka gembira dapat meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga dimana wang
dan masa lapang bersama keluarga bukanlah pengganti sempurna dimana masa lapang
untuk bersama keluarga adalah sangat penting dan sukar digantikan dengan wang.
Jika masa lapang ditumpukan dengan aktiviti bersama keluarga ia memberikan
manfaat kepada kanak-kanak dan masyarakat.
The key to this tradeoff is a comparison
between the wage received from each hour of working and the amount of
satisfaction generated by use of non-paid time. Such a comparison generally
means that a higher wage entices people to spend more time working for pay;
this "substitution effect" implies a positively sloped labor supply
curve. However, the backward-bending labor supply curve results when an even
higher wage actually entices people to work less and to "consume"
more leisure or non-paid time
No comments:
Post a Comment