Hablum
minaAllah
bermaksud hubungan manusia dengan Allah S.W.T yang dizahirkan melalui
kepercayaan dan pelaksanaan ibadat yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Sebagaimana yang diajar oleh RasulNya Nabi Muhammad S.A.W, dan melaksanakan
segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Hablum minaAllah melibatkan
hubungan antara hamba dengan penciptanya atau dikenali sebagai pelaksanaan
segala ibadat khusus yang diwajibkan oleh Allah S.W.T kepada umatNya.
Hablum
minannas bermaksud
hubungan manusia sesama manusia yang berlandaskan aturan dan hak yang telah
ditetapkan oleh Allah S.W.T sebagai pencipta kerana hanya Allah sahaja yang
tahu apa yang terbaik bagi manusia. Hubungan sesama manusia dibina di atas
dasar ketakwaan, belas kasihan sesama makhluk dan hormat menghormati tanpa
mengira agama, bangsa, keturunan, pangkat, kedudukan dan sempadan geografi.
Konsep
perburuhan dalam islam
Buruh merupakan salah satu
daripada komponen faktor pengeluaran penting dalam ekonomi. Dalam perspektif
Islam, buruh tidak dianggap sebagai mesin semata-mata, malah Islam amat
mementingkan kebajikan buruh. Perburuhan Islam adalah selaras dengan kehendak
Islam sebagaimana agama sejagat yang mementingkan kedamaian umatnya. Allah
S.W.T melantik khalifah di atas muka bumi ini iaitu nabi-nabi yang terdahulu
dengan tujuan untuk mentadbir serta memakmurkan bumi. Islam mementingkan
kesamarataan dan melarang sama sekali penindasan terhadap kaum yang lemah bagi
mengelakkan amalan “yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin”.
Dalam agama islam,
kebajikan buruh diukur dengan sejauh mana kemampuan dan kejujurannya dalam
melaksanakan kerjaya serta kemampuan hasil kerja yang dilakukan. Rasulullah
S.A.W juga mengajar kita agar berlaku jujur dan adil dalam segala hal.
Contohnya dalam transaksi perdagangan, manusia haruslah berlaku jujur dan adil
agar tidak membuat pelanggannya berasa tertindas dan kecewa.
Ekonomi
Islam
Ekonomi Islam merupakan
ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang perilakunya yang diatur
berdasarkan aturan agama Islam dan didasari dengan tauhid sebagaimana dirangkum
dalam rukun iman dan rukun Islam. Berkerja dalam Islam adalah merupakan suatu
ibadah, dimana ia juga merupakan suatu kewajipan kerana Allah SW.T
memerintahnya, sepertimana dalam surah At Taubah ayat 105.
Konteks perburuhan dalam
Islam, haruslah dilihat kepada ajaran Islam itu sendiri. Seperti yang kita
ketahui, ajaran Islam tidak dapat dipisahkan dengan rukun Islam, dimana salah
satu daripada rukun Islam tersebut ialah solat lima waktu sehari semalam.
Ikatan melalui solat lima waktu ini sesungguhnya dapat menjadikan seseorang
pekerja itu jujur, amanah, serta bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan
harian.
Apabila hubungan manusia
dengan Allah s.w.t adalah baik seperti melaksanakan segala suruhanNya dan
meninggalkan segala laranganNya (Amar makruf nahi munkar) maka secara automatik
hubungan manusia sesama manusia adalah juga baik. Seperti yang kita ketahui
Allah S.W.T melarang keras umatNya melakukan perkara yang negatif seperti pecah
amanah, menipu, rasuah dan sebagainya kerana amalan tersebut akan memudaratkan
dan menindas sesetengah pihak. Oleh itu, kita haruslah berpegang teguh dan
mempratikkan amalan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Amalan hidup yang
berpandukan al-Quran dan Sunnah dapat melahirkan manusia yang berakhlak mulia.
Apabila agama menjadi teras dan panduan hidup manusia, maka dengan mudah dapat
melahirkan manusia yang baik dan berkualiti dalam sesebuah organisasi serta
dapat mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan pekerja. Pimpinan
organisasi yang berlandaskan agama, dapat mewujudkan buruh yang berdisiplin dan
jujur, sekaligus dapat meningkatkan produktiviti syarikat tersebut.
Rujukan
1. Jomo K.S (1992). Islamic Economic
Alternatives “Critical Perspectives and
New Directions”. Malaysia: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
2. Irfan ul Haq (1996). Economic
Doctrines of Islam: A study in the
Doctrines of Islam and their Implications for Poverty, Employment
and Economic Growth. USA: International
Institute of Islamic Thought Herndon, Virginia
3. N.Mustapha Hj.N.Hassan, Sh.Mohd
Saifuddeen Sh.Mohd Salleh & Hamiza Ibrahim (1999).
Globalisasi: Peranan Ekonomi dan Kewangan
Islam. Ampang: Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM)
No comments:
Post a Comment